Cast: Ra Mi-ran, Kim Mu-yeol, Seo Hyun-woo, Yoon Kyung-ho, Park Jin-joo, Kim Jae-hwa
Production Companies: Hong Film, Soo Film
Distributor: Next Entertainment World, iQiyi
Genre: Comedy
Running Time: 106 minutes
Release Date : 28 September 2022
Trailer :
Selepas kalah dalam pilihanraya lepas, Joo Song-sook (Ra Mi-ran) pulang ke kampung neneknya dan hidup sebagai nelayan bersama suaminya, Bong Man-sik (Yoon Kyung-ho). Bekas pembantu peribadinya, Park Hee-cheol (Kim Mu-yeol) pula masih lagi tinggal di bandar Seoul dan bekerja sebagai pemandu e-hailing.
Tak lama kemudian, Pony (Park Jin-joo), adik ipar Joo Sang-sook datang untuk tinggal bersama mereka setelah pulang dari Hawaii kerana bercerai. Joo Sang-sook yang menyampah dengan idea tersebut tak mampu membantah kerana dia juga punca utama mereka miskin. Ibu mertuanya tak sudah-sudah menyalahkan Joo Sang-sook yang mengakibatkan keluarga mereka menanggung malu.
Nak masuk kembali ke dunia politik memang tak mampu dah sebab nama dia dah pun busuk gara-gara apa yang berlaku sebelum ini. Bukan busuk di mata pengundi tapi tak ada langsung mana-mana parti yang ingin bawa dia masuk untuk bertanding kerana imej jujur yang dibawa.
Nasib Joo Sang-sook berubah bila dia berjaya selamatkan seorang pemuda yang hampir mati lemas kerana penat bekerja tanpa henti. Ko Gun-sik (Shin Jae-hwi) tak berhenti ucapkan terima kasih dek kerana perbuatan mulia bekas ahli politik tersebut. Dan kerana insiden tu juga, Joo Sang-sook dipilih untuk bertanding dalam pilihanraya sebagai calon bebas mewakili daerah Gangwon.
Joo Sang-sook bersama Hee-cheol masuk ke dewan rakyat setelah menang dan jujur bekerja namun pertanyaan dari Jo Tae-joo (Seo Hyun-woo) membuatkan mereka berdua berpatah balik ke perangai lama. Makin lama Sang-sook makin lupa diri dan sekali lagi dia disumpah untuk berkata benar. Kali ni lagi teruk bila Hee-cheol juga terkena sumpahan tersebut. Siapa yang akan selamatkan mereka berdua?
‘Why me? I was just trying to help, this is so unfair, I was trying to help! Why are you doing this to me, granny?!’ – Park Hee-cheol
Sekuel naskhah komedi satira arahan Jang Yu-jeong juga merupakan remake kepada filem Brazil, O Candidato Honesto 2 (2018) jadi tak hairanlah kalau cepat sangat production house terbitkan. Kalau sebelum ni naskhah Honest Candidate (2020) adalah sebuah kisah yang memaparkan kehidupan ahli politik Joo Sang-sook cuma berkisar pada aktiviti berkempen, dalam sekuel pula lebih berskala besar.
Disebabkan tu juga lebih ramai pelakon dibawa masuk untuk melakonkan beberapa watak sampingan yang menguatkan lagi dunia politik. Screentime Kim Mu-yeol sebagai pembantu peribadi dikembangkan lagi karakternya bila dia mempunyai saingan sebagai pekerja yang efisyen bila Tae-joo sentiasa satu langkah di hadapan dengan rangkaian networking yang besar.
Masa tengok Sang-sook berjaya pujuk developer Kang Yeon-joon (Yoon Doo-joon) supaya besarkan projek perumahan penjawat awam, dah boleh agak ada something fishy tapi tak pasti penulis nak dedahkan rahsia apa. Rasa nak tahu tu yang bawa minat hingga ke hujung cerita. Kalau nak dibandingkan, komedi dalam sekuel tak kelakar macam yang pertama. Mungkin sebab watak Joo Sang-sook yang over untuk beberapa babak.
Walaupun rindu dengan watak Bong Eun-ho (Jang Dong-Joo), anak tunggal Sang-sook dan Man-sik tapi terubat juga lah dengan kehadiran watak Pony. Keluarga Man-sik ni semua lebih kurang je perangai jadi tak hairan lah kalau Sang-sook stress. Nasib baik Hee-cheol tak perlu jaga keluarga ipar Sang-sook, kalau tak makin bertambah meroyan dia.
Kalau dalam previous installment, I kagum dengan strategi pilihanraya yang dibawa oleh Lee Woon-hak (Song Young-chang), dalam sekuel pula kagum dengan teknologi yang digunakan oleh Kang Yeon-joon. Boleh faham lah sejauh mana tahap kekayaan dia tu. Tak pasti kalau team production nak tambah installment ketiga tapi kalau ada hopefully penulis bawa balik Eun-ho. Bergabung pula dengan Pony, confirm boleh pergi jauh.
1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
i tak pernah tahu pun pasal movie tapi casting dia semua comel laa. Ra Mi Ran ni kalau bawa watak komedi memang best.haha
ReplyDelete