Penulis Skrip: Diyana Ismail, Nur Aminahtul Mardiah
Pelakon : Nadia Aqilah, Nadia Brian, Shamsul Danish, Mimi Ernida, Norman Hakim, Azrel Ismail, Jay Iswazir, Aleeza Kasim, Ako Mustapha, Datuk Jalaludin Hassan, Tony Eusoff, Hasnol Rahmat, Esma Daniel
Syarikat Produksi:
Pengedar: D Alpha Legacy
Genre: Psikologi / Drama
Durasi Tayangan: 90 minit
Tarikh Tayangan: 26 Januari 2023
Trailer :
Filem yang bertemakan kesihatan mental, Dissociative Identity Disorder (DID) mengisahkan tentang Eva (Nadia Aqilah) yang bekerja sebagai peguam jenayah dan dikenali ramai kerana sentiasa membela perogol. Hakikatnya, kehidupan Eva terpaksa berkongsi dengan dua lagi watak iaitu Mike (Norman Hakim) dan juga Amy (Mimi Ernida). Personaliti Mike terlahir sejak Evan dan Elly belajar ilmu silat bersama dan kerana itulah dia conquer badan Eva ketika membunuh sementara Amy pula bersifat lembut dan lebih teliti kerana wataknya adalah pakar forensik.
Eva mempunyai seorang anak lelaki bernama Miqal (Shamsul Danish) dan mereka anak-beranak tinggal bersama dengan kakaknya, Elly (Nadia Brian) yang sentiasa menjaga kerana keadaan Eva yang kurang stabil. Elly juga selalu mengadakan sesi terapi bersama kliennya di rumah tersebut.
Miqal selalu tertanya-tanya tentang kegiatan Eva di bangsal rumah tersebut kerana ibunya banyak menghabiskan masa di sana. Kerana bangsal yang terletak jauh sedikit dari rumah, Miqal tak pernah mendengar sebarang bunyi yang pelik. Eva pernah terlihat membawa masuk lelaki asing ke bangsal tersebut. Kata Eva dia meluangkan masa dengan kerja-kerja melukis tapi bangsal tersebut dipenuhi dengan plastik bungkusan dan senjata tajam. Tiada sebarang lukisan pun yang pernah dilihat di bangsal tersebut.
Miqal menyelinap masuk ke ruang kerja Elly dan mengambil maklumat peribadi ibunya lalu berjumpa dengan Pakar Psikiatri (Aleeza Kassim) untuk meminta bantuan.
Naskhah Eva terbitan D Alpha Legacy telah tercalon dan memenangi banyak anugerah di beberapa film festival termasuklah menjadi pemenang bulanan untuk kategori filem thriller sekaligus bakal mendapat tayangan perdana di Cannes Film Festival tak lama lagi.
Walaupun seronok dapat tengok filem tempatan bersama barisan pelakon tempatan dapat pengiktirafan dari juri festival filem berprestij, tetap rasa naskhah psikologi ni ada banyak kekurangan juga kelompongannya. Mungkin ada kriteria yang memenuhi selera juri di sana tapi dari segi jalan cerita, filem Eva terlihat lemah sebagai karya visual yang menarik perhatian.
Teknik kamera dalam filem Eva: Take Me As I Am mungkin dibikin mengikut kreativiti untuk mendapat markah penuh juri di filem festival namun kalau untuk menghidupkan screenplay jelas jauh tersasar untuk menimbulkan bonding atau paparkan drama dari watak yang terlibat.
Babak Elly pujuk Miqal yang gagal dalam subjek Biologi nampak macam menghafal skrip sebab pengarah bersilih ganti antara watak yang bercakap melalui cermin. Tak nampak natural langsung bonding makcik dengan anak saudara yang dipaparkan dalam filem Eva. Watak Elly pun adakalanya terlihat melayan Miqal sebagai pesakit saja. Belum masuk babak menyiksa mangsa yang lebih fokus pada riak wajah Eva.
Kalau sebelum ni Nadia Aqilah pandai deliver watak dengan cemerlang, malangnya kali ni boleh nampak dia tak mampu atau tak selesa dengan 3 watak yang berbeza sekaligus. Ada masanya lakonan Nadia Aqilah tampak canggung terutamanya untuk watak Mike. Nadia Brian somehow lebih menyerlah dalam karakter Elly yang pandai memanipulasi keadaan. Untuk Shamsul pula, lakonan yang lemah buatkan watak dia nampak tersia dalam kebanyakan babak. Cameo dari beberapa pelakon pun kebanyakannya over dengan dialog yang minimal.
Tak pasti kenapa kebanyakan babak dipaksa berbahasa Inggeris sedangkan karya filem tempatan. Jelas sangat para pelakon struggle untuk bertutur dalam bahasa asing dengan dialog yang deep dan panjang. Bila Eva sembang tentang ilmu biologi sambil menyiksa mangsa, ketara sangat skrip hafal buku teks. Emosi pun tak sampai untuk babak-babak genting.
Idea dan skrip untuk filem Eva boleh dikatakan bagus untuk dijadikan filem komersial namun banyak aspek yang membuatkan distributors ambil keputusan untuk hentikan tayangan selepas 4 hari. Not their fault at all. Kenapa tak ada langsung plot pihak polis pelik dengan kehilangan semua defendan yang dibela oleh Eva sedangkan ada nexus yang jelas? Anyway, have fun dekat Cannes nanti.
1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.4, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.3, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.2, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0 = 3.2/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Baru nak tengok.. Memang nampak kakulah sikit lakonan semua tapi okaylah sebab ada percubaan untuk filem bertemakan identiti berbeza..
ReplyDelete