Lirik Lagu D1K4U (Dikau) - She Pandora

Friday, 14 April 2023


She Pandora kini muncul lagi dengan single terbaru beliau, berjudul D1K4U. D1K4U merupakan hasil susunan lagu dan lirik She Pandora sendiri. Mengetengahkan konsep ketuhanan, lagu ini berkisahkan tentang kelalaian manusia terhadap Sang Pencipta. Bait indah lagu D1K4U mulai ditulis oleh She Pandora sendiri sewaktu musim pandemik Covid-19 yang lepas.

Menurut She Pandora, lagu ini ditujukan kepada semua yang turut merasakan apa yang dirasakan oleh beliau selama ini. Mungkin banyak yang kehilangan jiwanya, yang merasakan bahawa setiap hari yang mendatang penuh dengan masalah. Lagu ini juga diibaratkan sebagai sebuah doa dan pengharapan buat diri beliau sendiri. Harapan She Pandora, agar lagu ini dapat menyentuh jiwa-jiwa yang sedang hilang, sayu dan sunyi, agar sesiapa yang mendengar lagu ini sentiasa kembali dan perbaiki hubungan bersama yang Maha Esa.


LIRIK LAGU D1K4U

Penyanyi : She Pandora
Lagu : She Pandora  
Lirik: She Pandora  
Produced & Published: Pandora Empire Studios

Lumrah manusia menginginkan
Kejayaan dalam kehidupan
Tanpa disedari hadirnya keluhan 
Atas setiap dugaan dan cabaran 

Obsesi terlalu mengejar impian 
Sepertinya, hanya itu yang diperlukan 
Sehingga aku..

Lupa.. pada-Mu 
Pergi terlalu lama 
Hati tak mahu pulang 
Kini Dikau terpaksa 
Memberikan cara 
Agar Ku tahu Dikau rindu 
Padaku..
Dikau tetap menyayangi 
Mengasihi aku..

Kini ku telah 
Menyedari..
Tiada siapa yang mampu 
Menandingi melebihi 
Kiniku semakin mensyukuri 
Atas segala kelebihan yang telah diberi 
Yang slama ini ku nikmati 
Ku akui aku..

Lupa.. pada-Mu 
Pergi terlalu lama 
Hati tak mahu pulang 
Kini Dikau terpaksa 
Memberikan cara 
Agar Ku tahu Dikau rindu 
Padaku..
Dikau tetap menyayangi 
Mengasihi aku..

Seharusnya ku jalani 
Semuanya..
Kerana Dikau..
Tiap kehebatan dan keindahan 
Yang ku saksikan 
Tentang Dikau
Milik Dikau 
Hanya Dikau..

Ku akui..
Aku lupa 
Haaa…. 

Kini Dikau terpaksa 
Memberikan cara 
Agar Ku tahu Dikau rindu 
Padaku..
Dikau tetap menyayangi 
Mengasihi aku….
Huu…

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.