General Assembly Ram Reza & Muhammad, One Club Damansara

Friday, 7 April 2023

Lepas sambutan ulang tahun ke-24 RRM, kali ni diadakan General Assembly Ram Reza & Muhammad di tempat yang sama, The Club, Damansara. Senang buat dekat sini sebab tak payah berebut dengan orang lain untuk book hall yang muat untuk 50 orang dalam satu majlis. Nak park pun senang dekat sini. 

Tujuan utama General Assembly ni untuk berbincang beberapa agenda utama dan buat undian. Pertama kali lah join perhimpunan macam ni sepanjang bekerja di Ram Reza & Muhammad. Agenda yang dibincangkan agak penting lah sebab cadangnya akan berpindah ke lokasi baru supaya semua warga RRM boleh duduk di bawah satu bumbung yang sama. 

Untuk agenda tersebut, semua yang ada dalam Corporate Department bersetuju sebab memudahkan kitorang untuk bekerja, lebih terurus dan jimat kos. Sekarang ni Corporate Department terpecah dua, satu di Oasis Square Ara Damansara, satu lagi di Dataran Ara Damansara. Bila ada dokumen sampai memang ambil masa yang lama nak hantar jadi I kena scan lepastu hantar dekat dalam Whatsapp group. Nak monitor attendance pun mudah sebab semua depan mata. 

Bab kos pula makin bertambah allocation untuk inventories sebab ada dua unit sedangkan boleh jimat banyak sebab utilities yang sama. Collection setiap bulan sama tapi expenses makin tinggi sejak ada dua unit. 


Memandangkan general assembly jadi branch dari Penang dan Kuala Terengganu pun join juga dan bentangkan sama ada mereka setuju ataupun tidak walaupun tak terlibat dengan mereka pun sebab unification tu untuk RRM di Lembah Klang. Agenda lain yang dibincangkan adalah:-

1. The unification of RRM 4 offices in Klang Valley into one in Ara Damansara. 
2. The shifting of Trainee Associate into various departments every 3 months as was practiced 15 years ago. 
3. The pegging of reward/salary based on individual target and quotas. 
4. The practice by other firms to pay commission to agents (touting).
5. Proposal for making RRM great again. 
6. What drastic improvement needed for RRM to be the center of excellence?



Ada banyak jawapan yang dibentangkan dari setiap branch melalui seorang wakil. Lepas sesi pembentangan, HR pula diberi masa untuk edarkan RRM Employee Book sebab ramai lawyer dan TA yang baru masuk bekerja dengan RRM. Penggubalan akta pun berlaku lepas bertukar kerajaan tahun lepas maka banyaklah pertanyaan untuk HR. Dah ada handbook macam ni senang, refer je kat situ sebelum tanya HR. 

Kemudian barisan partners pula bagi ucapan untuk warga RRM. TErima kasih kepada Pn. Hanim sebab bawa ole-ole dari Kuala Terengganu untuk semua orang. 




Setiap kali majlis, part paling I tunggu ialah part managing partner bercakap sebab ada banyak input yang dia akan kongsi dengan semua orang. General Assembly RRM ni diadakan selepas dia pulang dari Jakarta, Indonesia sebab RRM Jakarta baru saja berpindah ke lokasi baru. Jadi managing partner kongsi beberapa keping gambar di pejabat baru sebab kitorang semua belum ada rezeki untuk ke sana lagi. 


Tak sangka pulak ada pengumuman mengejut bila managing partner umumkan semua orang yang hadir akan dapat elaun kehadiran. Didn't see that coming. Yang I tahu RRM akan bagi sling bag atau bag pack untuk yang datang ke General Assembly RRM. 
















Majlis General Assembly RRM bermula dari jam 2.30 petang sampai jam 6 petang. Terima kasih untuk semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ni, makanan dari katering pun sedap. Happy dapat jumpa semua warga RRM sebab bukan selalu pun dapat pergi ke setiap branch apatah lagi yang jauh. 

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.