Sembang Syawal 2023

Saturday, 29 April 2023

Sama macam tahun lepas, raya tahun ni pun huru-hara sebab ada percanggahan sama ada beraya hari Jumaat atau Sabtu. Untuk yang dapat bercuti awal tu tak ada masalah lah sebab boleh elak kekeliruan tu tapi untuk pekerja marhaen macam kitorang ni, hari Khamis tu dok resah esok Raya atau tidak. 

Minggu akhir tu dah redho dah kalau raya Jumaat, apa je lagi boleh buat kan? Kalau raya hari Jumaat, balik je lah pagi raya. Memang dari Subang ke Sabak tak jauh pun, 3 jam je tapi kawasan kampung ni senang sesak bila orang keluar beraya. Tapi tu lah, nak buat macam mana, hadap je lah. 

Lagi perit raya tahun ni jatuh tengah bulan, gaji tak masuk lagi. Nak beraya pun rasa takde mood sebab duit kering. Memang kering habis lah bulan ni sebab elaun makan tak dapat langsung lepastu ada additional expenses yang tersalah bajet. Nasib baik lah raya jatuh hari Sabtu, pagi Jumaat tu kitorang balik jalan lengang. 

Sampai je rumah, kemas apa yang patut lepastu keluar pulak beli baju raya sebab tukang jahit tak jahit pun kain yang kitorang hantar. Hampeh. Dah tanya dah sempat siap ke tak, katanya sempat tapi sunyi sepi. I memang tak suka tempah baju sebab dah banyak kali kena macam ni tapi sebab mak beria nak tolong. Sudahnya kelaut. 

Tahun lepas plan nak pakai baby blue lepastu mak tiba-tiba hantar kain warna lilac sudahnya beli baju warna hitam sebab warna tu senang nak cari last minute. Dah la tak bawak balik shawl warna hitam, nasib baik pernah tertinggal shawl hitam dekat rumah Sabak T.T



Dah elok plan pun huru-hara jugak raya tahun ni. Langsir dekat belakang tu pun pagi raya sebelum bergambar baru pasang. Tahun ni banyak take jugak lah ambil gambar raya, mungkin sebab tema warna gelap kot, gambar pun jadi tak berapa nak cantik sebab lighting dalam rumah pun tak banyak. Patutnya bergambar dekat luar tapi panas pulak nak berdiri lama. 300 keping gambar pun susah nak cari yang cantik sampai muka adik dah masam dah sebab penat senyum. 


Lepas dah bergambar, sesi bagi duit raya. Nasib baik lah company bagi duit raya banyak tahun ni, dapat lah memasing merasa isi sampul yang seronok mata memandang. Sebab tu muka memasing lebar kemain sengih. 

Selalunya kitorang keluar beraya ke rumah jiran sekitar untuk Raya pertama tapi tahun ni terkejut sebab ramai datang rumah. Datang tak bagitahu memang kelam-kabut lah jadinya. Nasib baik lah rezeki kitorang dapat rendang, ketupat palas, sambal goreng jawa dengan rendang daging dari jiran sebelah. Banyak sampai boleh jamu tetamu yang datang sekali. 

Raya Kedua kitorang masak laksa untuk yang datang beraya tapi tak ada pulak yang datang pagi tu jadi kitorang keluar lah pergi beraya sebab ada kawan-kawan mak dah jemput datang rumah. Sampai malam kitorang beraya, tak sempat pun nak tukar baju dari siang sampai ke malam. Nak tak nak kena pergi jugak semua rumah yang jemput tu sebab Isnin dah nak balik Subang dah. 

Plan asal nak balik awal pagi lepas breakfast tapi kawan mak jemput pergi ke open house. Dia buat waktu tengahari jadi terpaksa lah balik lepas Zohor. Boleh je mak pergi sendiri jalan kaki tapi orang dah jemput satu family kan, pergi je lah sebab bukan selalu. Petang tu stuck dalam jam dari Sekinchan tapi tak rushing nak balik so drive chill chill je. Jam bukan sebab semua orang balik serentak pun tapi sebab orang keluar beraya. Raya Keempat memang berehat je dekat rumah sebelum masuk kerja. 

Macam tu je lah cerita Syawal tahun ni, tak meriah pun tapi asalkan semua ada, sihat pun dah bersyukur dah. Masa puasa tu memasing sakit, ada yang batuk, ada yang demam, migraine sebab cuaca panas sangat. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua kawan blogger and readers. Selamat beraya and take extra care sebab kes covid tengah naik sekarang. 

TREASURE Balut Lemang

Wednesday, 26 April 2023


Hamper, Hadiah & Sampul Raya 2023

Setiap tahun mesti dapat hamper, hadiah atau sampul raya tapi tak pernah rasa nak update sebab malas. Tahun ni saja simpan dekat sini untuk future reference. Nanti nak beli hamper raya tahu lah dekat mana kan? 

Hamper Raya paling cantik tahun ni dapat dari klien. Kreatif sangat guna bag nylon berwarna putih gading dengan corak bunga emas dekat bahagian tengah. Ribbon hitam putih ada tulisan Selamat Hari Raya Aidilfitri dengan font warna gold. 



Tengok isi dekat dalam pun rasa happy bila unboxing sebab cantik. Maybe sebab logo MS Creative tu memang dah cantik kot. Kuih raya dalam semua hamper ni sedap belaka, kejap je kitorang makan dah habis. Belek IG dia, diorang aktif masa Raya je. Mungkin memang ambil order masa raya je kot. So raya tahun depan lah pulak ek roger roger. 

Hamper Raya beg woven ni pula dari VIP client tapi untuk partners je lah. Tahun lepas dapat hamper yang sama jugak, penuh dengan kuih raya dan kerepek. 




Hadiah Raya dari Chief Technical Officer, ada towel lembut dekat dalam. Masa Raya Cina awal tahun dulu kitorang bagi hamper raya dekat dia, kali ni dia balas balik gesture tu. 


Terima kasih Astro untuk kuih raya eksklusif untuk media - Biskut Biscoff Cornflakes. I tak layan sangat Biscoff ni tapi kuih raya ni dah habis dah masa raya pertama sebab hidang dekat tetamu yang datang. 



Hadiah balang raya dengan lambang KLCC ni haruslah dari pihak Suria KLCC. Terima kasih KLCC bagi duit raya dan balang raya yang cantik ni. Dalam gambar ni memang tak semenggah rupa dia sebab I ambik gambar ala kadar sebelum isi kuih raya tapi depan mata memang cantik. 

Sampul Raya pula I dapat dari Astro yang dipek dalam kotak berwarna pink tu. KLCC punya sampul raya belah kanan sekali. Astro dengan KLCC ada set sampul berbeza dalam satu pek. Yang warna hijau dekat tengah tu dari KPlus Market, dapat sebab beli barang dapur dekat situ. Boleh dapat sampul free untuk pembelian RM50 ke atas. Habis semua sampul I guna untuk bagi duit raya dekat family dengan tetamu yang datang. 

Sampul raya dari Ram Reza & Muhammad cantik sangat tahun ni sampai sayang nak pakai. Yang ni kita simpan buat kenangan sebab cantik. Bagi dekat orang pun nanti kena buang je macam dalam video Ray tu haha

Terima kasih kepada semua yang memberi. I plan nak buat sampul jugak tapi malas sebab nanti tak habis, tak sangka pulak tahun ni boleh habis. Setiap tahun memang tak boleh dijangka ye ceritera raya macam mana. 

Uruskan Hal Tertunggak Sebelum Raya

Last time pergi SSM Menara Sentral di KL Sentral masa tahun 2020, tengah pandemik lagi masa tu. 2 tahun kemudian baru jejak kaki lagi dekat sini. Kali ni nak bayar kompaun syarikat klien pula. Disebabkan urusan ni melibatkan jumlah duit yang besar jadi tak berani nak minta tolong orang lain. 

At first macam nak drive je tapi bila terfikir jam dekat kawasan tu lepastu susah nak cari parking, terus decide naik MRT. Kalau naik MRT dekat Kwasa Sentral tu senang, ambil bas depan rumah turun dekat MRT Kwasa Sentral, drop off dekat stesen MRT Muzium Negara lepastu berjalan sampai ke KL Sentral. Dari tangga MRT tu belok kanan lepastu straight je sampai dekat KLIA Express transit kemudian keluar dari bangunan KL Sentral lepastu jumpa jalan besar. Dekat situ melintas je pergi ke bangunan SSM. Hujan pun tak ada masalah sebab semua laluan berbumbung. 

Dah sampai ke kaunter, bagitahu nak ke Tingkat 17 untuk bayar kompaun tapi disebabkan tak ada notis kompaun, kena turun balik ke kaunter bawah untuk ambil pas pelawat, naik ke Menara B Tingkat 26. Sampai dekat  Bahagian Pematuhan Korporat, ambil borang untuk isi sebagai wakil syarikat kemudian letak dalam tray dekat kaunter tu. 


Disebabkan first time pergi  Bahagian Pematuhan Korporat ni, blur jugak lah nak ambil nombor giliran dekat mana. Tanya orang yang tunggu giliran dekat situ, dia bagitahu isi je borang lepastu nanti pegawai SSM akan panggil. 

Dekat meja isi borang tu SSM dah advise supaya isi borang dengan lengkap, nama, nombor telefon dan alamat emel supaya senang pihak SSM boleh hubungi nanti. Tulisan pun tak boleh cincai supaya pegawai SSM boleh baca. 


Tak lama pun tunggu nama dipanggil sebab tak ramai orang satu hal, kaunter ni untuk cetak notis kompaun dan check berapa tawaran kompaun yang boleh syarikat tu dapat. Kalau sebelum ni SSM bagi pengurangan sebanyak 85% tapi start tahun ni SSM bagi sampai 90% untuk yang dah buat serahsimpan. 

Syarikat klien ni lambat buat serahsimpan dari tarikh ulangtahun penubuhan syarikat jadi terpaksa lah bayar penali RM500 lepas dah dapat diskaun 90% yang SSM bagi tu. Tak sampai 10 minit pun untuk settle semua ursan dekat kaunter ni. Yang jadi lama tu sebab sistem nak cari maklumat syarikat. Renyah dekat kaunter bila ada penghadang besar. Bila bercakap pun tak jelas, kita tak dengar sangat pegawai SSM sembang apa, pegawai tu pun tak dengar sangat kita tanya apa T.T


Selesai urusan dekat Tingkat 26, turun balik ke kaunter pendaftaran untuk pulangkan pas dan ambil IC. Lepastu naik ke Tingkat 17 dekat Menara A untuk bayar kompaun. Lepas ambil nombor giliran terus kena panggil untuk buat bayaran sebab tak ada orang pun. Dah ramai dah balik kampung untuk beraya, hari Khamis kemudiannya I datang pun sunyi sepi. Kalau lepas raya confirm sesak dengan orang, sebab tu nak settlekan cepat sementara tak ada orang ni. Pegawai SSM pun tak bad mood nak layan kita yang noob penuh dengan pertanyaan ni. 


Selesai urusan bayar kompaun syarikat klien, pergi pula ke Kaunter 23 sebab ada masalah dengan sistem MyCoID. Dari tahun lepas berurusan melalui email je, haritu pergi terus dekat kaunter untuk tanya sendiri pegawai/technician dia. Dapat lah jawapan tapi tak boleh nak settle lagi. Terpaksa lah pergi lepas raya ni sebab dah berbulan dah pending. 

Hari Khamis sebelum cuti raya pun terpaksa jejak kaki dekat SSM untuk bayar kompaun syarikat juga. Lagi satu hal sebab nak minta tunjuk ajar dari SSM berkenaan pengarah syarikat. 5 minit je dah dapat jawapan. Padahal masa on call sebelum ni lama gila tunggu tapi tak dapat jawapan T.T

Managing partner I selalu pesan, kalau by call tak dapat jawapan, pergi terus dekat pejabat dia. Kalau tunggu dia reply email, angkat call memang makan bulan lah jawabnya. Tapi tu lah, penat lah nak pergi selalu. Kerja kat office banyak tak siap lagi :(

Best Bollywood Movies 2022

Tuesday, 25 April 2023


Seperti tahun-tahun sebelumnya, menjelang award season akan datang lah mood untuk senaraikan semua filem Bollywood yang menarik untuk tahun 2022. Dan seperti tahun sebelumnya juga, tak semua filem mampu tengok walaupun kebanyakan filem dah masuk streaming platform jadi senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. 

Disclaimer, senarai ni tak mengikut turutan dan rating untuk setiap movie berdasarkaan score sheet peribadi. Please, no hard feelings :)



Director: Behzad Khambata
Writer : Behzad Khambata
Cast : Yami Gautam, Atul Kulkarni, Neha Dhupia, Dimple Kapadia, Karanvir Sharma
Distributor : Disney+ Hotstar
Genre : Crime / Thriller
Rating: 9.3/10

Mengisahkan tentang guru tadika, Naina Jaiswal (Yami Gautam) yang baru sahaja pulang selepas bercuti selama 3 minggu. Naina ambil alih untuk menjaga kesemua 16 orang pelajar di tadika Little Tots, Colaba, Mumbai untuk meraikan hari jadi Niharika. Sebaik sahaja driver sampai untuk hantar kek, Naina mulakan plan dia untuk jadikan kanak-kanak tersebut sebagai tebusan agar pihak polis bersetuju dengan permintaannya. Setiap kali permintaan dia ditunaikan, beberapa orang pelajar tadika dibebaskan. Jika mereka gagal, salah seorang dari kanak-kanak tersebut akan dibunuh. 



Director : Shanker Raman
Writer : Shanker Raman, Mehak Jamal, Yogi Singha
Cast : Bobby Deol, Vikrant Massey, Sanya Malhotra
Production Company : Red Chillies Entertainment, Drishyam Films
Distributor : ZEE5
Genre : Romance / Thriller
Rating: 10/10

Bertemakan cinta terhalang dek kerana perbezaan agama, filem Love Hostel mengangkat kisah cinta Ahmed Shaukeen (Vikrant Massey) dan Jyoti Dilawar (Sanya Malhotra). Bermula dengan Jyoti lari dari rumah kerana dipaksa berkahwin dengan lelaki pilihan nenek dia kemudiannya dihantar ke safe house selepas dapat perintah mahkamah. Safe house ditubuhkan untuk beberapa pasangan berlindung daripada dibunuh secara kejam oleh keluarga mereka. Ahli politik bernama Kamala upah Dagar (Bobby Deol) untuk bunuh Ahmed dan Jyoti sebagai langkah membersihkan masyarakat. 



Director : Vivek Agnihotri
Writer : Vivek Agnihotri, Saurabh M. Pandey
Cast : Mithun Chakraborty, Anupam Kher, Darshan Kumar, Pallavi Joshi, Chinmay Mandlekar, Prakash Belawadi, Puneet Issar
Production Company : Zee Studios, Abhishek Agarwal Arts
Distributor : Zee Studios
Genre : Drama
Rating: 9.5/10

Naskhah The Kashmir Files memaparkan kekejaman pengganas berlatarkan tragedi perpindahan kaum Hindu beramai-ramai dari Kashmir pada tahun 1990. Slogan Raliv Galiv ya Chaliv ("Masuk agama Islam, keluar atau mati") dilaungkan berulang kali dan ditulis di merata tembok serta rumah penduduk Kashmir pada ketika itu. Malah di sekolah juga slogan tersebut disebut berkali-kali oleh para pendidik.

4. Dasvi


Director: Tushar Jalota
Writer: Ritesh Shah, Suresh Nair, Sandeep Layzell
Cast : Abhishek Bachchan, Yami Gautam, Nimrat Kaur
Production Companies: Maddock Films, Jio Studios, Bake My Cake Films
Distributor: Netflix, Jio Cinema
Genre: Social Comedy
Rating: 8.7/10


Mengisahkan tentang Ketua Menteri, Ganga Ram Chaudhary (Abhishek Bachchan) yang dijatuhkan hukuman penjara kerana kes duit haram dan rasuah. Dia adalah seorang figura yang berpengaruh di Haryana. Bagi Chaudhary, Pendidikan langsung tak penting dalam hidup seseorang individu. Malang nasib dia bila berjumpa dengan Superintendant Jyoti Deswal (Yami Gautam) yang tegas dan tak termakan langsung dengan sogokan duit atau pujian. Terduduk Chaudhary bila Jyoti adalah pegawai yang sama yang dipindahkan kerana mengganggu kerja-kerja politik dia. Makin diusir, makin mendekat. Dekat luar, Chaudhary ada kuasa tapi dekat dalam penjara, dia kena patuh dengan arahan Jyoti. 



Director : Gowtam Tinnanuri
Writer : Gowtam Tinnanuri
Cast : Shahid Kapoor, Mrunal Thakur, Pankaj Kapur
Production Company : Allu Entertainment, Dil Raju Production, Sithara Entertainments, Brat Films
Distributor : Balaji Motion Pictures, Pen Marudhar Entertainment (India), Yash Raj Films (overseas), Netflix
Genre : Sports / Drama
Rating: 9.7/10

Mengisahkan tentang kehidupan pemain kriket, Arjun Talwar (Shahid Kapoor) dalam kumpulan Punjab. Kehebatan Arjun menjadi tumpuan ramai sehingga dia terpilih masuk dalam pasukan kriket India tapi Arjun ambil keputusan untuk berhenti kemudian berkahwin dengan Vidya (Mrunal Thakur). 

Arjun bekerja sebagai penyelia pembekal makanan tapi digantung kerja kerana disyaki mengambil rasuah. Untuk ikat jamin saja, dia perlu sediakan Rs50,000 kepada pihak peguambela. Mana nak cari duit dengan gaji dia dan Vidya yang cukup makan saja? Nak cari kerja lain pun nama dia dah busuk walaupun dia tak ambil rasuah. 

Jurulatih Arjun, Sir Baali (Pankaj Kapur) datang berjumpa untuk pujuk Arjun bekerja sebagai pembantu jurulatih pasukan kriket Punjab. Arjun dah beberapa kali tolak tawaran tersebut walaupun anak tunggalnya, Kittu (Prit Kamani) berlatih kriket setiap hari selepas waktu sekolah. Akhirnyaa selepas beberapa kali segan meminta duit sana-sini, Arjun buat keputusan untuk kembali ke padang selepas 10 tahun berhenti dari dunia kriket. 



Director : Ajay Devgn
Writer : Ajay Devgn
Cast : Ajay Devgn, Amitabh Bachchan, Rakul Preet Singh, Boman Irani, Angira Dhar, Ahmad Harhash
Production Companies: Ajay Devgn FFilms, Panorama Studios 
Distributors: Panorama Studios, Yash Raj Films, Amazon Prime Videos 
Genre : Thriller / Drama
Rating: 7.4/10

Runway 34 mengisahkan tentang Kapten Vikrant Khanna (Ajay Devgn) bersama co-pilot Tanya Albuquerque (Rakul Preet Singh) menerbangkan pesawat komersial dari Dubai ke Cochin. Disebabkan ribut dan kesilapan pekerja di pusat kawalan trafik udara tidak memaklumkan status terkini kepada mereka, Kapten Vikrant terpaksa menggunakan ilmu dan pengalaman penerbangan dia untuk mendarat dengan selamat bersama 150 penumpang bersama stewardess yang lain. 

Walaupun mendarat dengan selamat namun situasi panik yang dialami oleh penumpang dan cabin crew yang lain menyebabkan seorang warga emas meninggal dunia kerana sakit jantung. Kerana panggilan mayday dari Kapten Vikrant juga buatkan Aircraft Accident Investigation Bureau menghantar Narayan Vedant (Amitabh Bachchan) untuk menyiasat kes tersebut. 



Director : Sashi Kiran Tikka
Writer : Adivi Sesh, Abburi Ravi (Telugu dialogue), Akshat Ajay Sharma (Hindi dialogue)
Cast : Adivi Sesh, Prakash Raj, Sobhita Dhulipala, Saiee Manjrekar, Revathi, Murali Sharma, Anish Kuruvilla
Production Companies : Sony Pictures International Productions, G. Mahesh Babu Entertainment, A+S Movies
Distributor : Sony Pictures Releasing
Genre : Biographical / Action / Drama
Rating: 9.3/10

Dari kecil lagi Mejar Sandeep Unnikrishnan tak kenal erti takut dan sentiasa ke depan untuk membantu sesiapa yang memerlukan baik ahli keluarga mahupun orang asing. Dek kerana semangat dan prinsip hidup dia, Sandeep sertai tentera darat setelah permohonan untuk masuk tentera laut ditolak gara-gara daya penglihatan yang lemah.

Tak ambil masa yang lama untuk Mejar Sandeep buktikan kemampuan dan dedikasi terhadap kerjaya bila dia dipandang tinggi oleh ahli pasukan dan juga pihak atasan. Dia merupakan pegawai latihan untuk 51 Special Action Group dalam National Security Guard – skuad elit pertahanan negara India untuk serangan pengganas. Major Sandeep ditugaskan untuk melumpuhkan pengganas yang menyerang di Hotel Taj, Mumbai. 



Director : Jai Basantu Singh
Writer : Raaj Shaandilyaa, Shaan Yadav
Cast : Nushrratt Bharuccha, Paritosh Tripathi, Vijay Raaz, Brijendra Kala
Production Companies: Thinkink Picturez, Bhanushali Studios Limited, Shree Raghav Entertainment, Take 9 Entertainment 
Distributor : Zee Studios
Genre : Comedy / Drama
Rating: 9.3/10

Movie Janhit Mein Jaari memaparkan kisah Manokamna Tripathi a.k.a. Mannu (Nushrratt Bharuccha) yang terpaksa bekerja sebagai eksekutif jualan di Little Umbrella yang menjual kondom. Susah untuk fresh grad seperti dia dapat pekerjaan di kawasan luar bandar seperti Chanderi. Kalau dia menganggur, parents dia pula akan kahwinkan dengan entah siapa yang datang meminang. Awalnya agak sukar untuk Mannu jual sekotak kondom tambah pula dia seorang perempuan. Tebalkan muka dan pekakkan telinga dengar orang mengata atau gelakkan pekerjaan dia. 

Dengan bantuan Devi (Paritosh Tripathi), makin lama makin ramai pelanggan Mannu. Dalam masa yang sama Mannu jatuh cinta dengan Manoranjan (Anud Singh Dhaka) dan berkahwin. Namun bila keluarga mertua dapat tahu pekerjaan sebenar Mannu, dia diberi pilihan sama ada berhenti ataupun bercerai. 



Director : Raj Mehta
Writer : Rishhabh Sharrma
Cast : Neetu Kapoor, Anil Kapoor, Varun Dhawan, Kiara Advani, Manish Paul, Tisca Chopra, Prajakta Koli
Production Company :  Dharma Productions, Viacom18 Studios
Distributor : Viacom18 Studios, Amazon Prime Videos
Genre : Romantic / Drama
Rating: 8.6/10

Bertemakan perkahwinan yang retak menanti belah, Kukoo (Varun Dhawan) dan Naina (Kiara Advani) berpura menjadi pasangan bahagia di hadapan ahli keluarga walaupun mereka berhasrat untuk berpisah selepas majlis perkahwinan Ginny (Tisca Chopra). Belum sempat meluah, ayah dia, Bheem nak ceraikan ibunya sebab dah bosan hidup tanpa cinta selama 35 tahun. 

Naina pula semakin rimas diasak tentang soal anak walaupun sudah 5 tahun berkahwin dan pindah ke Canada. Bila Naina paksa Kukoo untuk cerita pada orang tua mereka, Kukoo mengelak kerana dia ada masalah besar. 2 pasangan nak bercerai pada masa yang sama bukan sesuatu yang mudah untuk dihadam oleh sesiapa pun. Tambah pula sampaikan berita penceraian semasa meraikan majlis perkahwinan. 



Director : Karan Malhotra
Writer : Neelesh Misra, Khila Bisht, Piyush Mishra (dialogues)
Cast : Ranbir Kapoor, Sanjay Dutt, Vaani Kapoor, Ronit Roy, Saurabh Shukla, Chitrak Bandhopadyay, Saurabh Kumar, Rudra Soni
Production Company : Yash Raj Films
Distributor : Yash Raj Films, amazon Prime Videos
Genre : History / Action
Rating: 7.8/10

Berlatarkan tahun 1871 ketika British berkuasa di tanah India, puak Khameran hidup dalam keadaan yang terancam kerana kasta mereka paling rendah berbanding penduduk kota Kaza yang lain. Raja-raja dan orang kaya menyerahkan emas dan barang kemas kepada askar British supaya puak Khameran diusir dari hutan. 

Shamshera (Ranbir Kapoor) tak mahu bertarung hingga menggadaikan nyawa yang lain tambah pula isterinya sedang sarat mengandung. Namun janji Shuddh Singh (Sanjay Dutt) menyebabkan puak Khameran dikurung dalam kubu yang dibina jauh dari kota Kaza. Puak Khameran dilayan seperti hamba, dirantai dan dipaksa bekerja tanpa upah. Shamshera yang kecewa ditipu dan gagal melindungi puaknya, berjanji mencari jalan untuk keluar supaya dapat bebaskan puak Khameran.



Director : Siddharth Sengupta 
Writer : Pankaj Matta
Cast : Janhvi Kapoor, Mita Vashisht, Samta Sudiksha, Deepak Dobriyal, Neeraj Sood
Production Companies : Lyca Productions, Colour Yellow Productions, Mahaveer Jain Films
Distributor : Disney+ Hotstar 
Genre : Black Comedy / Drama
Rating: 8.8/10

Jaya "Jerry" Kumari (Janhvi Kapoor) bekerja di pusat urut untuk menampung perbelanjaan keluarga dan yuran sekolah adiknya. Satu hari, ibunya didiagnos dengan kanser paru-paru dan kos rawatan sebanyak Rs2 juta. Mana dia nak cari duit sebanyak tu untuk sembuhkan ibu dia? 

Masa keluar dari kedai sari, Cherry secara tak sengaja bantu polis tangkap pengedar dadah. Timmy (Jaswant Singh Dalal) ugut Jerry untuk ambil dadah yang disembunyikan dalam tandas lelaki. Kalau Jerry gagal, Cherry akan dibunuh depan mata dia. Dalam keadaan takut, Jerry berjaya dapatkan kembali sepaket dadah tersebut tanpa disyaki apa-apa dari pihak polis. Jerry ditawarkan bekerja oleh Timmy. tugasnya mudah, cuma perlu menghantar paket dadah kerana polis tak pernah syak perempuan mengedar dadah. 



Director : Anurag Kashyap
Writer : Nihit Bhave
Cast : Taapsee Pannu, Pavail Gulati, Nassar, Rahul Bhat, Sukant Goel, Saswata Chatterjee, Himanshi Choudhary 
Production Companies : Cult Movies, Athena, Vermillion World
Distributor :  Pen Marudhar Entertainment, Netflix
Genre : Sci-fi / Mystery / Thriller
Rating: 8.2/10

Official remake filem Spain berjudul Mirage (2018) karya Oriol Paulo mengisahkan tentang antara Awasthi (Taapsee Pannu) secara tak sengaja dapat berhubung dengan Anay (Aarrian Sawant) melalui televisyen lama yang terletak di bilik tingkat atas. Antara baru sahaja berpindah ke rumah banglo 2 tingkat tersebut dan dapat tahu mengenai Anay yang meninggal selepas menjadi saksi kepada pembunuhan kejam yang berlaku di rumah jirannya. 

Semasa pembunuhan tersebut berlaku, ribut taufan melanda kawasan tersebut sehinggakan Anay dilanggar oleh trak bomba. Anay meninggal tepat pada jam 2.12 pagi dan umurnya ketika itu baru sahaja menginjak 12 tahun.



Director : Ranjit M. Tewari
Writer : Aseem Arora, Ram Kumar
Cast : Akshay Kumar, Rakul Preet, Joshua LeClair, Chandrachur Singh, Sargun Mehta
Production Company : Pooja Entertainment
Distributor : Disney+ Hotstar
Genre : Psychological / Crime / Thriller
Rating: 8/10

Cuttpulli yang bermaksud boneka mengisahkan tentang Sub-Inspector Arjan Sethi (Akshay Kumar) yang dihantar bertugas di Kasaulli cuba membongkar kes pembunuhan bersiri. Modus operandi pembunuhan tersebut ialah mayat pelajar perempuan dikorek matanya, dihentak kepala dengan tukul, gigi yang retak atau patah, muka dikelar dan pembunuh akan tinggalkan satu kotak hadiah berwarna biru yang diisi kepala boneka Cinderella dengan kesan luka yang sama pada mangsa. Naskhah Cuttpulli ni merupakan official remake kepada filem Tamil, Ratsasan (2018) di mana penulis Ram Kumar turut bekerjasama dengan pengarah Ranjit M. Tewari dan penulis Aseem Arora.



Director : Ayan Mukerji
Writer : Ayan Mukerji
Cast : Amitabh Bachchan, Ranbir Kapoor, Alia Bhatt, Nagarjuna Akkineni, Shah Rukh Khan, Dimple Kapadia, Mouni Roy  
Production Company :  Star Studios, Dharma Productions, Prime Focus, Starlight Pictures
Distributors : Star Studios (India), 20th Century Studios (North America), Walt Disney Studios Motion Pictures (International; except Latin America & Europe), Disney+ Hotstar 
Genre : Fantasy / Action / Adventure
Rating: 10/10 

Dikatakan pada kurun lampau, terdapat sekumpulan penjaga di gunung Himalaya yang dianugerahkan pelbagai jenis kuasa Brahm-shakti untuk melindungi dunia menggunakan kuasa astra. Antaranya ialah Kuasa Api (Agnyastra), Kuasa Air (Jalastra), Kuasa Angin (Pawanastra) dan banyak lagi kuasa lain yang diambil dari binatang dan juga tumbuhan. 

Tapi di sebalik kekuasaan semua kuasa tersebut, ada kuasa yang besar juga muncul bila mana kekuatannya sama seperti Mata Ketiga Dewa Shiva (Dewa Kemusnahan). Ia boleh mencipta dan juga memusnahkan. Setelah berbulan lamanya para penjaga kuasa mengawal kuasa tersebut, akhirnya muncul lah Brahmastra. Kerana kuasa yang ada pada Brahmastra, Shiva ditemani Isha mencari kesemua penjaga Astra gara-gara mimpi yang sering mengganggunya. 



Director : Ali Abbas Zafar
Writer : Sukhmani Sadana, Ali Abbas Zafar
Cast : Diljit Dosanjh, Amyra Dastur,  Kumud Mishra, Mohammed Zeeshan Ayyub, Hiten Tejwani
Production Company : AAZ Films
Distributor : Netflix
Genre : Drama
Rating: 9.3/10

Diinspirasikan dari tragedi sebenar yang berlaku di India pada 31 Oktober 1984 di mana dua orang Sikh dikhabarkan telah membunuh Perdana Menteri Indira Gandhi hingga mencetuskan rusuhan antara kaum India dan Sikh.  Joginder (Diljit Dosanjh) cuba untuk selamatkan penduduk yang berketurunan Sikh keluar dari Delhi menuju ke Amritsar. Perjalanan tu bukan mudah kalau tanpa bantuan Rawinder (Mohammed Zeeshan Ayyub) yang bekerja sebagai pegawai polis tanpa disyaki oleh pihak atasan.



Director :  R. Balki
Writer : R. Balki, Raja Sen, Rishi Virmani
Cast : Sunny Deol, Dulquer Salmaan, Shreya Dhanwanthary, Pooja Bhatt  
Production Company :  Hope Production
Distributor : Pen Marudhar Cine Entertainment 
Genre : Crime / Thriller
Rating: 8.6/10

Chup : Revenge of the Artist mengisahkan tentang pembunuh bersiri yang memburu pengkritik filem di dunia Bollywood. Mangsa akan diikat dengan pembalut plastik bercorak daun emas dan mempunyai ukiran bintang di dahi. Kalau pengkritik tersebut bagi satu bintang, maka ada satu bintang ditoreh di dahinya. Keadaan mayat pula akan dibunuh mengikut ulasan tentang filem tersebut. Inspector Arvind Mathur (Sunny Deol) ditugaskan untuk menyiasat kes pembunuhan tersebut.



Director :  Gurmmeet Singh
Writer :  Ravi Shankaran, Jasvinder Singh Bath
Cast : Katrina Kaif, Ishaan Khatter, Siddhant Chaturvedi, Jackie Shroff, Sheeba Chadha
Production Company : Excel Entertainment 
Distributor : AA Films
Genre : Horror / Comedy
Rating: 7.4/10

Major (Siddhant Chaturvedi) dan Gullu (Ishaan Khatter) obsess dengan hantu dan benda-benda menyeramkan namun malangnya tak ada seorang pun dari mereka yang berjaya lihat hantu. Sehinggalah mereka berdua terkena renjatan elektrik dalam sebuah parti dan berjumpa dengan Ragini (Katrina Kaif). 

Ragini bagi idea supaya kelebihan baru mereka digunakan untuk bantu roh lain yang senasib dengan dia. Berkeliaran sana-sini mencari jalan untuk dapatkan kebebasan ke alam seterusnya. Dari idea tersebut maka terwujudlah Phone Bhoot.



Director : Satramm Ramani
Writer : Mudassar Aziz, Sasha Singh(screenplay)
Cast : Sonakshi Sinha, Huma Qureshi, Zaheer Iqbal, Mahat Raghavendra, Kanwaljeet Singh
Production Companies: T-Series Films, Wakaoo Films, Elemen3 Entertainment, Reclining Seats Cinema
Distributors : AA Films, Netflix
Genre : Romantic / Comedy
Rating: 7.3/10

Mengisahkan tentang dua orang gadis bersaiz Double XL yang mempunyai impian besar dalam hidup mereka. Rajshree Trivedi (Huma Qureshi) mempunyai impian untuk menjadi sports presenter dan kerana impiannya, dia belajar banyak perkara tentaang kriket sejak kecil lagi. Rahshree mempunyai followers yang ramai di media sosial kepunyaannya. Malangnya bila dia pergi ke temu duga di Delhi, permohonannya ditolak kerana saiz badannya yang besar. 

Sementara Saira Khanna (Sonakshi Sinha) pula ingin mempunyai fashion label kepunyaannya namun kerana kekasihnya curang, dia kehilangan pengarah dan model untuk bekerja dalam travelogue fashion di London. Semasa menangis di tandas, Saira terjumpa dengan Rajshree yang juga menangis kerana kecewa. Dari situ bermulalah persahabatan dan perjalanan karier mereka. 



Director : Mathukutty Xavier 
Writer :  Alfred Kurian Joseph, Noble Babu Thomas, Mathukutty Xavier,Riteish Shah 
Cast : Janhvi Kapoor, Sunny Kaushal, Manoj Pahwa  
Production Companies :  Bayview Projects, Zee Studios
Distributors : Zee Studios, Netflix  
Genre : Thriller / Drama
Rating: 8.3/10

Mengisahkan tentang Mili Naudiyal (Janhvi Kapoor) yang bekerja di Doon’s Kitchen separuh masa dan bergilir dengan kelas TESL sebelum bekerja di Canada sebagai jururawat. Mili tinggal bersama ayahnya (Manoj Pahwa) dan sentiasa menjaga kesihatan orang tua tersebut untuk elakkan tekanan darah tinggi. Satu hari Mili terperangkap di dalam peti ais besar di bahagian belakang restoran setelah pengurusnya pulang ke rumah.



Director : Sooraj R. Barjatya 
Writer : Abhishek Dixit, Sunil Gandhi
Cast : Amitabh Bachchan, Anupam Kher, Boman Irani, Danny Denzongpa, Parineeti Chopra, Neena Gupta, Sarika 
Production Companies : Rajshri Productions, Mahaveer Jain Films, Boundless Media 
Distributors : Yash Raj Films, ZEE5
Genre : Adventure / Drama
Rating: 7.4/10

Naskhah Uunchai bertemakan persahabatan di antara Amit Srivastava (Amitabh Bachchan), penulis buku motivasi, Om Sharma (Anupam Kher) yang bekerja sebagai penjual buku dan juga Javed Siddiqui (Boman Irani) si tukang jahit. Mereka bertiga bawa abu mendiang Bhupen (Denny Denzongpa) untuk ditaburkan di Gunung Everest.



Director : Vasan Bala
Writer : Yogesh Chandekar, Vasan Bala
Cast : Rajkummar Rao, Huma Qureshi, Radhika Apte
Production Company : Matchbox Shots
Distributor : Netflix
Genre : Neo-Noir / Crime / Comedy / Thriller
Rating: 9.3/10
 
Selepas kematian Dev Prakash, supervisor di kilang robotick Unicorn, Jay (Rajkummar Rao) dilantik sebagai CEO baru untuk syarikat tersebut. Monica Machado (Huma Qureshi) cuba ambil kesempatan atas perlantikan tersebut dengan mengugut Jay supaya tanggung anak di dalam kandungannya. Tak perlu mengaku anak pun cuma setiap bulan kena bagi duit belanja. 

Jay takut untuk ambil risiko kerana dia bertunang dengan Nikki Adhikari (Akansha Ranjan Kapoor), anak CEO lama merangkap founder Unicorn. Tak mungkin lah dia nak buang macam tu saja usaha dia untuk keluar dari kampung kecil bernama Angola dan pangkat CEO di Unicorn. Jay berkomplot bersama 2 orang lagi pekerja dalam Unicorn untuk membunuh Monica. 



Director : Abhishek Pathak
Writer :  Aamil Keeyan Khan, Abhishek Pathak
Cast : Ajay Devgn, Akshaye Khanna, Tabu, Shriya Saran, Ishita Dutta, Rajat Kapoor, Mrunal Jadhav, Saurabh Shukla, Kamlesh Sawant  
Production Companies : Panorama Studios, Viacom18 Studios, T-Series Films 
Distributors : Panorama Studios, Yash Raj Films 
Genre : Crime / Thriller
Rating: 8/10

Selepas 7 tahun kejadian tersebut berlaku, sekali lagi Mahesh Deshmukh (Rajat Kapoor) berjumpa dengan Vijay Salgaonkar (Ajay Devgn) untuk cari tahu lokasi mayat anak lelaki tunggalnya. Dia nak isterinya move on dan lepaskan semua yang berlaku. Sebagai manusia dia faham anak tunggalnya buat kesilapan dengan mengganggu keluarga Vijay. Tapi sebagai ayah dia juga perlu pastikan anaknya tenang di alam sana. Mira yang belum berpuas hati dengan Vijay melantik Inspektor Tarun (Akshaye Khanna) untuk mencari tahu apa yang terjadi pada anaknya, Sam.



Director : Anvita Dutt
Writer : Anvita Dutt
Cast : Triptii Dimri, Babil Khan, Swastika Mukherjee, Amit Sial, Sameer Kochhar, Girija Oak, Varun Grover, Abhishek Banerjee, Anushka Sharma 
Production Company : Clean Slate Filmz
Distributors : Netflix
Genre : Musical / Drama
Rating:

Qala (Triptii Dimri) merupakan anak tunggal kepada penyanyi terkenal, Urmila Manjushree (Swastika Mukherjee) dan juga mendiang maestro di Kolkata. Qala sepatutnya mempunyai kembar lelaki namun kerana Qala adalah fetus yang lebih kuat dan menarik semua zat dan nutrian di dalam kandungan maka dia yang berjaya dilahirkan. 

Setiap hari Urmila sakit hati mengenangkan anak lelaki yang tak sempat lahir ke dunia. Walaupun Qala mempunyai kecantikan dan bakat nyanyian sepertinya namun tak pernah dihiraukan. Persembahan pertama Qala menarik perhatian Urmila terhadap Jagan (Babil Khan) yang mempunyai suara lunak dan seorang yatim. Kerana tergugat, Qala sanggup melakukan apa saja untuk dapat tempat sebagai penyanyi. 



Director : Shashank Khaitan
Writer : Shashank Khaitan
Cast : Vicky Kaushal, Bhumi Pednekar, Kiara Advani, Sayaji Shinde, Renuka Shahane, Dayanand Shetty, Amey Wagh 
Production Companies : Dharma Productions, Viacom18 Studios
Distributors : Disney+ Hotstar
Genre : Comedy / Mystery
Rating: 9/10

Mengisahkan tentang Govinda Waghmare (Vicky Kaushal) yang bekerja sebagai backup dancer untuk filem Bollywood di Mumbai. Govinda tak mempunyai duit kerana gaji harian yang diperoleh namun mempunyai banglo dua tingkat hasil peninggalan pusaka mendiang ayahnya. Malangnya keluarga isteri pertama dan anak tunggalnya, Vishnu (Akshay Gunawat) fight di mahkamah untuk dapatkan balik rumah tersebut. Vishnu malah menuduh perkahwinan antara ayahnya dan Asha Wagmare (Renuka Shahane) tidak sah kerana mereka berkahwin di kuil buatan dalam set filem. 

Govinda juga ingin bercerai dengan isterinya, Gauri (Bhumi Pednekar) kerana jatuh cinta dengan Suku (Kiara Advani) yang juga bekerja sebagai backup dancer. Tapi Gauri minta dia bawa Rs2crore sebagai ganti kerana minta hantaran tinggi untuk berkahwin. Dalam masa yang sama, Inspektor Javed (Dayanand Shetty) bagi masa selama 2 minggu untuk lunaskan hutang yang tertangguh lama atau Govinda akan ditembak mati dalam mana-mana raid. 

That's all for now, kepada yang mencari filem untuk ditonton boleh rujuk senarai ni. Review penuh boleh klik dekat tajuk movie dalam senarai okiess :)

Movie Review | Eva: Take Me As I Am (2023)

Monday, 24 April 2023


Pengarah : Suhaiza Aziz
Penulis Skrip: Diyana Ismail, Nur Aminahtul Mardiah
Pelakon : Nadia Aqilah, Nadia Brian, Shamsul Danish, Mimi Ernida, Norman Hakim, Azrel Ismail, Jay Iswazir, Aleeza Kasim, Ako Mustapha, Datuk Jalaludin Hassan, Tony Eusoff, Hasnol Rahmat, Esma Daniel
Syarikat Produksi: 
Pengedar: D Alpha Legacy
Genre: Psikologi / Drama
Durasi Tayangan: 90 minit
Tarikh Tayangan: 26 Januari 2023
Trailer :


Filem yang bertemakan kesihatan mental, Dissociative Identity Disorder (DID) mengisahkan tentang Eva (Nadia Aqilah) yang bekerja sebagai peguam jenayah dan dikenali ramai kerana sentiasa membela perogol. Hakikatnya, kehidupan Eva terpaksa berkongsi dengan dua lagi watak iaitu Mike (Norman Hakim) dan juga Amy (Mimi Ernida). Personaliti Mike terlahir sejak Evan dan Elly belajar ilmu silat bersama dan kerana itulah dia conquer badan Eva ketika membunuh sementara Amy pula bersifat lembut dan lebih teliti kerana wataknya adalah pakar forensik.

Eva mempunyai seorang anak lelaki bernama Miqal (Shamsul Danish) dan mereka anak-beranak tinggal bersama dengan kakaknya, Elly (Nadia Brian) yang sentiasa menjaga kerana keadaan Eva yang kurang stabil. Elly juga selalu mengadakan sesi terapi bersama kliennya di rumah tersebut. 


Miqal selalu tertanya-tanya tentang kegiatan Eva di bangsal rumah tersebut kerana ibunya banyak menghabiskan masa di sana. Kerana bangsal yang terletak jauh sedikit dari rumah, Miqal tak pernah mendengar sebarang bunyi yang pelik. Eva pernah terlihat membawa masuk lelaki asing ke bangsal tersebut. Kata Eva dia meluangkan masa dengan kerja-kerja melukis tapi bangsal tersebut dipenuhi dengan plastik bungkusan dan senjata tajam. Tiada sebarang lukisan pun yang pernah dilihat di bangsal tersebut. 

Miqal menyelinap masuk ke ruang kerja Elly dan mengambil maklumat peribadi ibunya lalu berjumpa dengan Pakar Psikiatri (Aleeza Kassim) untuk meminta bantuan. 


Naskhah Eva terbitan D Alpha Legacy telah tercalon dan memenangi banyak anugerah di beberapa film festival termasuklah menjadi pemenang bulanan untuk kategori filem thriller sekaligus bakal mendapat tayangan perdana di Cannes Film Festival tak lama lagi. 

Walaupun seronok dapat tengok filem tempatan bersama barisan pelakon tempatan dapat pengiktirafan dari juri festival filem berprestij, tetap rasa naskhah psikologi ni ada banyak kekurangan juga kelompongannya. Mungkin ada kriteria yang memenuhi selera juri di sana tapi dari segi jalan cerita, filem Eva terlihat lemah sebagai karya visual yang menarik perhatian. 


Teknik kamera dalam filem Eva: Take Me As I Am mungkin dibikin mengikut kreativiti untuk mendapat markah penuh juri di filem festival namun kalau untuk menghidupkan screenplay jelas jauh tersasar untuk menimbulkan bonding atau paparkan drama dari watak yang terlibat. 

Babak Elly pujuk Miqal yang gagal dalam subjek Biologi nampak macam menghafal skrip sebab pengarah bersilih ganti antara watak yang bercakap melalui cermin. Tak nampak natural langsung bonding makcik dengan anak saudara yang dipaparkan dalam filem Eva. Watak Elly pun adakalanya terlihat melayan Miqal sebagai pesakit saja. Belum masuk babak menyiksa mangsa yang lebih fokus pada riak wajah Eva. 


Kalau sebelum ni Nadia Aqilah pandai deliver watak dengan cemerlang, malangnya kali ni boleh nampak dia tak mampu atau tak selesa dengan 3 watak yang berbeza sekaligus. Ada masanya lakonan Nadia Aqilah tampak canggung terutamanya untuk watak Mike. Nadia Brian somehow lebih menyerlah dalam karakter Elly yang pandai memanipulasi keadaan. Untuk Shamsul pula, lakonan yang lemah buatkan watak dia nampak tersia dalam kebanyakan babak. Cameo dari beberapa pelakon pun kebanyakannya over dengan dialog yang minimal. 

Tak pasti kenapa kebanyakan babak dipaksa berbahasa Inggeris sedangkan karya filem tempatan. Jelas sangat para pelakon struggle untuk bertutur dalam bahasa asing dengan dialog yang deep dan panjang. Bila Eva sembang tentang ilmu biologi sambil menyiksa mangsa, ketara sangat skrip hafal buku teks. Emosi pun tak sampai untuk babak-babak genting.


Idea dan skrip untuk filem Eva boleh dikatakan bagus untuk dijadikan filem komersial namun banyak aspek yang membuatkan distributors ambil keputusan untuk hentikan tayangan selepas 4 hari. Not their fault at all. Kenapa tak ada langsung plot pihak polis pelik dengan kehilangan semua defendan yang dibela oleh Eva sedangkan ada nexus yang jelas? Anyway, have fun dekat Cannes nanti. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.4, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.3, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.2, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0 = 3.2/10