ShopeeFood Memberi Ganjaran Kepada Rakan Penghantaran Wanita Untuk Hari Wanita Sedunia

Wednesday, 15 March 2023

ShopeeFood Memberi Ganjaran Kepada Rakan Penghantaran Wanita Untuk Hari Wanita Sedunia | Sambutan ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada sumbagan rakan penghantaran wanita dalam industri penghantaran makanan #shopeedeliverslove

Bersempena Hari Wanita Sedunia pada bulan Mac, ShopeeFood telah menganjurkan program istimewa bagi memberi penghargaan kepada rakan penghantaran wanita ShopeeFood di Lembah Klang. Acara ini dilancarkan dengan kerjasama beberapa jenama terkemuka seperti NIVEA, Marrybrown, Chatime Malaysia dan L'Oréal Malaysia. Hampir 60 rakan penghantaran wanita, bersama rakan-rakan mereka, telah mengambil bahagian untuk menyambut peristiwa istimewa ini.

Tambahan lagi, ShopeeFood juga telah menganjurkan program pembangunan kendiri, yang dihoskan oleh pakar sains sosial dan kemanusiaan, Profesor Dr Hadija Mohd, yang merupakan pengasas rangka kerja Personal Initiative Intelligence (PI-Q).

Rangka kerja PI-Q bertujuan membina kemahiran insaniah yang sangat penting dalam membantu rakan penghantaran untuk meningkatkan prestasi kerja mereka. Justeru, pendekatan unik ini dapat memberi fokus kepada pembangunan kualiti dalaman individu seperti daya tahan, kesedaran diri dan juga empati.

Pada akhir program ini, rakan-rakan penghantaran ShopeeFood telah diberikan satu penilaian berdasarkan program PI-Q. Tiga rakan penghantaran yang mempunyai skor tertinggi telah dipilih untuk diberikan biasiswa pembelajaran di universiti yang terkenal untuk melanjutkan pembelajaran mereka. ShopeeFood telah memilih City Continued Education Centre sebagai penaja biasiswa pembelajaran ini, yang bernilai lebih daripada RM60,000.

Pada pendapat Kwa Yin Leng, Ketua Operasi ShopeeFood Malaysia, sambutan ini merupakan satu peristiwa penting untuk mengenali sumbangan para wanita di dalam industri penghantaran makanan.

“ShopeeFood ingin memberikan rakan penghantaran wanita kami persekitaran yang penuh sokongan supaya mereka berasa selamat dan dihargai. Kami sangat gembira untuk bekerja dengan pelbagai jenama terkenal untuk mempamerkan penghargaan kami terhadap rakan penghantaran wanita dengan cara yang lebih bermakna. Program pembelajaran ini akan membawa banyak manfaat dan juga akan memberi impak yang positif kepada kehidupan mereka.” kata beliau.

Selain daripada program pembelajaran kendiri, rakan penghantaran juga telah menyertai bengkel penjagaan kulit dan kebersihan diri yang ditaja oleh NIVEA. Dalam bengkel ini, pakar-pakar daripada NIVEA telah membuat demonstrasi tentang penjagaan kulit dan kebersihan diri yang bermanfaat kepada rakan penghantaran yang sering sekali terdedah kepada pelbagai jenis cuaca semasa melakukan pekerjaan. Pada akhir sesi ini, rakan penghantaran diberikan produk-produk NIVEA untuk menolong mereka dengan memulakan cara penjagaan kulit dan kebersihan diri yang baru.

Sebagai acara utama sambutan ini, ShopeeFood telah menganjurkan satu panel perbincangan yang juga telah disiarkan secara langsung dalam aplikasi Shopee dan juga media sosial ShopeeFood. Perbincangan menarik ini membawa tiga wajah terkenal di Malaysia untuk kongsi pengalaman mereka dalam melalui cabaran hidup dan perjalanan mereka menuju ke kejayaan. 

Para panelis adalah:

  • Datuk Shalin Zulkifli, merupakan seorang pemain boling profesional dan bekas atlet negara yang telah mewakili Malaysia selama 28 tahun dalam pelbagai persaingan antarabangsa. Pada masa kini, beliau telah pun memegang 5 gelaran kejohanan sedunia. Beliau juga merupakan penyokong vokal untuk hak kesaksamaan jantina.
  • Nandini Balakrishnan, merupakan seorang pengaruh media sosial dan producer video yang bekerja dengan syarikat media terkenal di Malaysia. Dia telah menulis secara meluas tentang diskriminasi dan kerja beliau telah ditampilkan di pelbagai penerbitan antarabangsa. Pada tahun 2021, Nandini telah diberi anugerah Women of The Future Awards Southeast Asia dalam kategori seni dan budaya.
  • Natasha Helwa Binti Ramlee, merupakan seorang usahawan wanita dan peniaga ShopeeFood. Beliau merupakan anak sulung kepada tiga beradik yang mengasaskan restoran Tiga Budak Gemok. Mereka bermula daripada kecil dengan mendirikan gerai di bawah pokok dan kini restoran Tiga Budak Gemok telah pun berkembang pesat dan boleh dijumpai di lebih daripada enam negeri di Malaysia.

Banyak perkongsian menarik dari ketiga-tiga panel mengenai peribadi dan kerjaya serta pengalaman mereka sebagai wanita bekerjaya. Perkongsian dari Natasha Helwa suntik inspirasi untuk bangun ubah kehidupan dan mampu untuk menyara diri sementara Nandini pula berkongsi tips mengenai cara menangani kecaman dan kritikan dari orang luar. Datuk Shalin juga mengingatkan bahawa pentingnya semangat dan minat terhadap sesuatu karier yang dipilih. Bukan saja kepada individu malah kepada golongan ibu bapa yang mempunyai anak-anak. 


Sebagai pengakhiran program sambutan Hari Wanita Sedunia ShopeeFood, rakan penghantaran menjamu selera dengan makananan yang ditaja oleh Marrybrown dan Chatime Malaysia. Antara makanan yang dihidang adalah Nasi Lemak MB dari Marrybrown dan pelbagai variasi minuman dari Chatime Malaysia, seperti Grass Jelly Roasted Milk Tea, Mango QQ, Lychee QQ dan Passionfruit QQ. Sebelum bersurai, rakan penghantaran diberi cenderahati yang ditaja oleh L'Oréal Paris yang bernilai lebih daripada RM12,000.

Mengenai ShopeeFood

ShopeeFood menghubungkan pengguna Shopee dengan peniaga makanan yang bervariasi, daripada restoran popular sehinggalah ke gerai tempatan, dengan nilai yang berbaloi. Dilancarkan pada 2021, ShopeeFood menawarkan pengguna sebuah pengalaman penghantaran makanan yang mudah dan lancar, di samping membantu peniaga mendigitalkan dan meluaskan jangkauan perniagaan mereka.

Diintegrasikan ke dalam ekosistem Shopee yang merangkumi dompet mudah alih ShopeePay, ShopeeFood menyediakan pengguna dengan pilihan pembayaran yang mudah, selamat, serta memberi ganjaran.

Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE:SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Selain Shopee, perniagaan teras Sea yang lain adalah termasuk cabang hiburan digitalnya, Garena, dan cabang perkhidmatan kewangan digital, SeaMoney. Misi Sea adalah untuk menambah baik kehidupan pengguna dan perniagaan kecil melalui teknologi.

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.