Movie Review | Seratus (2022)

Sunday, 19 March 2023


Pengarah : Feroz Kader
Penulis Skrip : Eenaz Mokhtar, Mohd Rohizan Ramli
Pelakon : Sharul Kamal, Marissa Yasmin, Sara Ali, Riz Amin, Wan Hanafi Su, Daniella Sya, Fauzi Nawawi, Fify Azmi, Hafeez Mikail, Pablo Amirul, Meor Mohd, Kodi Rasheed, Shah Iskandar, Fadlan Hazim, Fara Nadiah, Shamsul Danish, Awie, Roy Azman, Amar Baharin, Amyra Rosli, Kin Wah Chew, Alif Satar, Ashraf Muslim, Amyza Adnan, Azlee Khairi, Alvin Chong, Adam Lee, Along Cham, Adam Shah, Alicia Amin, Adi Putra, Atiq Azman, Bront Palarae, Nash, Beto Kusyairy, Badrul Muhayat, Bell Ngasri, Bella Dally, Esma Daniel, Elizabeth Tan, Fara Fauzana, Fahrin ahmad, Floor 88, Isa Khan, Fizz Fairuz, Izzue Islam, Jasmin Hamid, Jay Iswazir, Siti Saleha, Joey, Kuza, Lydiawati, Lan Siro, Niezam Zaidi, Nazrief Nazri, Nora Danish, Reen Rahim, Risteena, Noorkhiriah, Norman Hakim, Ropie Cecupak, Rusdi Ramli, Santesh, Sean Lee, Shukri Yahaya, Syafie Naswip, Sweet Qismina, Syazwan Zulkifly, Tiz Zaqyah, Wan Sharmila, Yusuf Bahrin, Ziana Zain
Syarikat Produksi : FJ Pictures, Unomedia
Pengedar : Metrowealth Pictures, Netflix
Genre : Thriller / Aksi 
Durasi Tayangan : 95 minit
Tarikh Tayangan : 6 Oktober 2022 (Malaysia)
Trailer :


Unik betul filem Seratus arahan Feroz Kader kerana bukan saja menggunakan wang kertas bernilai RM100 malah mempunyai seramai 100 orang pelakon tempatan. Tak semua mempunyai pertalian dengan watak utama, ada yang masuk sebagai cameo dan tidak mempunyai dialog. Tetap menarik untuk ditonton sebab kita kenal dengan semua pelakon yang ada selain mempunyai plot yang kuat. 

Plot utama mengisahkan tentang Hafiz (Sharul Kamal) yang didatangi oleh ayahnya, Azhar (Fauzi Nawawi) secara mengejut setelah lama menghilang. Azhar minta anak dan isterinya (Marissa Yasmin) pindah dari rumah tersebut kerana mereka semua berada dalam bahaya. Menyampah dan ambil keputusan untuk endahkan saja permintaan ayahnya, Hafiz menerima panggilan telefon kerana ayahnya dibunuh kemudian ibunya pula diculik. 

King (Pablo Amirul) minta maklumat yang Azhar berikan pada malam tersebut tapi Hafiz tidak tahu-menahu tentang maklumat yang dicari. Hanya not bernilai RM100 dengan alamat yang ditulis oleh Azhar tapi duit tersebut telah pun digunakan di café He & She Coffee. Nasib dia baik bila Sofia (Sara Ali) baru saja beri kepada pelanggan. Apa maklumat tersebut dan berjaya tak Hafiz selamatkan ibunya, kena tengok lah di Netflix. 

Jalan cerita naskhah thriller aksi Seratus nib oleh kata jalan cerita yang tipikal dan mudah diteka alurnya tapi masa tonton tu tak ada lah macam bosan pun sebab excited tengok ramai pelakon yang buat cameo. Kekuatan lakonan Sharul Kamal sebagai rider bersama beberapa dialog yang padu menguatkan lagi penceritaan. 

Ada juga beberapa scene yang menarik dan menghiburkan macam scene Sofia bagitahu Hafiz supaya lepak dekat rooftop sebab view lagi cantik padahal dia bagi hint supaya spend time dengan dia. Halus betul perempuan bagi hint. Scene Shah Iskandar jatuh bangunan tu pun kelakar sebab represent karier lakonan dia. Rising and bammm goes flat. Masa Saadiah (Fify Azmi) sembang pasal jutawan yang dermawan tu pun macam tahu penulis tuju pada siapa. 

Untuk elemen thriller dan aksi, Seratus hidangkan kedua-duanya dengan baik. Saspen tengok episod kejar-mengejar antara Azhar dengan konco King ataupun babak Hafiz larikan diri dari anak buah King. Babak Samier (Riz Amin) belasah geng tebing yang buli Hafiz pun best, kalau pengarah letak babak Samier lawan dengan King pun menarik jugak. 

Kelemahan Seratus pula bukan pada babak geng rider datang tolong Hafiz ataupun chemistry antara Sharul dengan Sara namun pada visualnya yang tampak seolah-olah dibikin dalam format telefilem. Grading tone mahupun lighting yang digunakan tidak menarik. Mungkin ada beberapa teknik biasa seperti slo-mo ataupun transition menarik boleh menguatkan lagi screenplay selama 95 minit tersebut. Tapi kelemahan ni tak lah terlalu ketara hingga mencacatkan feel masa menonton so kepada siapa yang belum tengok lagi naskhah Seratus boleh tengok di Netflix. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 7.7/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.