Movie Review | Mantan Manten (2019)

Saturday, 25 March 2023


Pengarah : Farishad Latjuba 
Penulis Skrip: Farishad Latjuba, Jenny Jusuf
Pelakon : Atiqah Hasiholan, Arifin Putra, Tutie Kirana, Tio Pakusadewo, Marthino Lio, Oxcel, Dodit Mulyanto
Syarikat Produksi: Visinema Pictures, JD.ID, Kaskus
Pengedar: Visinema Pictures, Netflix
Genre: Drama
Durasi Tayangan: 102 minit
Tarikh Tayangan: 4 April 2019 
Trailer :


Mantan Manten mengisahkan tentang Yasnina Putri (Atiqah Hasiholan) yang kehilangan karier dalam dunia pelaburan setelah dikhianati oleh mentornya sendiri, Arifin Iskandar (Tio Pakusadewo). Di saat genting tersebut, tunangnya, Surya (Arifin Putra) malah menghilangkan diri. Habis semua hartanya disita untuk menanggung kerugian yang dialami. 

Kalau semalam Nina adalah orang yang paling bahagia, berada di puncak karier dan dilamar untuk menjadi isteri namun hari ni dunianya hancur sekelip mata. Nina pulang ke rumah anak yatim, tempat dia membesar dahulu. Lantas, Surya ke sana untuk pujuk Nina untuk jual rumah di Tawangmangu, satu-satunya aset kepunyaan Nina cuma belum tukar nama dan hak milik. 


Untuk urusan tersebut, Nina perlu berjumpa dengan Bu Marjanti (Tutie Kirana) yang merupakan seorang paes atau dukun kahwin. Bu Marjanti bersetuju untuk tukar hakmilik rumah tersebut namun dengan syarat, Nina perlu tinggal selama 3 bulan bersama dia dan belajar ilmu dukun yang dimilikinya. Menarik bila tengok Nina, wanita korporat berubah menjadi wanita yang lemah lembut berkhidmat untuk penduduk kampung tersebut.

Berlatarkan masyarakat Jawa, pengarah dan penulis Farishad Latjuba menyingkap kehidupan dukun perkahwinan yang penting peranannya dalam sebuah majlis perkahwinan. Masa Nina berjumpa dengan Bu Marjanti buat pertama kali, kita dapat tengok macam mana dukun tua tersebut hilangkan resah dan masalah si pengantin lelaki. 


Pertama kali tahu tentang kewujudan paes dalam masyarakat Jawa dari filem Mantan Manten ni. Peranan dia bermula dari menyolek pengantin, menyediakan semua kelengkapan perkahwinan sehinggalah memberi nasihat sampai lah selesai upacara, paes menyerahkan kembali tanggungjawab kepada ketua keluarga. 

Perspektif generasi muda haruslah sama seperti Nina yang beranggapan perkahwinan tu bertahan kalau kedua-dua pasangan ikut formula kehidupan rumah tangga yang sepatutnya tapi berbeza dengan pandangan Bu Marjanti. Penulis tak buat sesi perdebatan langsung walaupun cara kedua-dua generasi berbeza. Boleh nampak kenapa Bu Marjanti pilih Nina bila dia berjaya pujuk Ayu untuk teruskan juga perkahwinan tersebut. 


Sayangnya tak banyak pun pengalaman paes yang ditonjolkan dalam naskhah drama ini walaupun judulnya terarah pada dukun. Sepatutnya penulis highlight perjalanan Nina menjadi paes dan bukannya konflik lain seperti Surya atau Ardy (Marthino Lio). Kenapa Pak Arifin khianat Nina pun tak dijelaskan padahal boleh nampak mereka berdua rapat sejak Nina muda lagi. 

102 minit terasa tak cukup untuk menceritakan perjalanan tersebut disebabkan pace yang perlahan. Kenapa Nina dan Bu Marjanti boleh connect dalam mimpi pun tak diceritakan sebaiknya. Kisah cinta Nina dengan Surya pun lemah padahal chemistry antara pelakon dah kuat. Tak pasti kenapa penulis perlu masukkan plot twist, mungkin nak tonjolkan kekuatan Nina tapi rasanya tak perlu pun. 


Naskhah Mantan Manten bergantung kepada VFX untuk babak mimpi paes yang dialami oleh Nina dan Bu Marjanti. Tak lah nampak meyakinkan tapi tak lah juga nampak cela yang teruk. Suka tengok budaya perkahwinan masyarakat Jawa dan juga kebaya yang dikenakan oleh Nina dan Bu Marjanti.  Dinamik Atiqah Hasiholan dan Tutie Kirana juga kuat dan terlihat seolah-olah mereka berdua adalah gandingan ibu dan anak selama Nina belajar tentang ilmu dukun. Sedih bila tengok Nina mengamuk dapat tahu Bu Marjanti tak berterus-terang dengan dia. 


Filem Mantan Manten boleh jadi lebih menarik kalau penulis hanya fokus pada kisah paes daripada guna plot Nina berlawan dengan dunia tanpa kesudahan yang jelas pun. Boleh sangat kalau Nina cuma bercerita di mulut semasa berjumpa dengan Bu Marjanti. Naskhah Mantan Manten adalah percubaan yang menarik untuk mengekalkan budaya yang diwarisi turun-temurun. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.2 = 6.5/10

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.