Movie Review | Chhatriwali (2023)

Sunday, 19 March 2023


Director : Tejas Prabha Vijay Deoskar
Writer : Sanchit Gupta, Priyadarshee Srivastava   
Cast : Rakul Preet Singh, Sumeet Vyas, Satish Kaushik, Dolly Ahluwalia, Rajesh Tailang. 
Production Companies : RSVP Movies 
Distributors : ZEE5
Genre : Social Comedy 
Running Time : 116 minutes
Release Date : 20 January 2023 
Trailer :


Tahun lepas filem Janhit Mein Jaari (2022) menggunakan tema safe sex education iaitu kondom menerusi lakonan Nushrratt Bharuccha yang bekerja sebagai salesman di Little Umbrella. Tahun ni pula, tak jauh jarak dengan filem tersebut, naskhah dengan tema yang sama, Chhatriwali pula ditayangkan di ZEE5. 

Plot utama Chhatriwali lebih kurang sama atau boleh kata seakan sama dengan filem Janhit Mein Jaari kerana Sanya Dhingra (Rakul Preet Singh) juga terpaksa bekerja di kilang kondom kerana desakan hidup. Kalau Manu nak lari dari berkahwin, Sanya lebih terdesak sebab keluarga dia perlukan duit untuk biaya pendidikan adiknya, baiki rumah dan juga tampung keperluan seharian. 


Awalnya Sanya bekerja sebagai tutor subjek Sains tapia nak muridnya tak lah ramai mana pun sedangkan bil sedia ada juga yang tertunggak semakin menimbun. Nak tak nak terpaksa juga dia terima tawaran Ratan Lamba (Satish Kaushik) untuk bekerja sebagai Ketua Quality Control kerana kelulusan Sanya dalam bidang kimia. 

Dengan syarat, Sanya dibayar sebanyak Rs50,000 sebulan dan tiada siapa yang boleh tahu dia bekerja di kilang tersebut. Mr Lamba juga kemukakan syarat bahawa Sanya tidak boleh berhenti selagi belum cukup setahun tempoh bekerja di situ. 


Tak lama pun untuk hidup Sanya mula berubah sedikit demi sedikit, sama ada keadaan rumahnya, masa depan adiknya mahupun status diri dia yang bakal menjadi isteri kepada Rishi Kalra (Sumeet Vyas). Mr. Lamba bahagia dengan perubahan hidup Sanya tapi dia cuba nasihatkan supaya berterus-terang kepada Rishi tentang kerja sebenar Sanya. Tak mungkin lah Sanya berani nak bagitahu sebab dia tak nak hilang lamaran hanya kerana kerja. Bila tiba masanya, Sanya akan berterus-terang juga. 

Perbezaan antara filem Janhit Mein Jaari dengan Chhatriwali adalah cara kedua-dua watak wanita ni bekerja. Manu dari awal lagi memang dah tebalkan muka keluar bekerja sebagai salesperson dan yakinkan ramai pelanggan lelaki untuk beli kondom. Sementara Sanya pula menggunakan ilmu kimia untuk ubah kualiti produk yang dijual. Kedua-duanya menarik untuk ditonton. 


Bila tengok macam mana Rishi, Rajan Kalra (Rajesh Tailang) dan ramai lagi lelaki lain yang berkeras menolak penggunaan kondom dan paksa supaya isteri telan pil perancang, boleh faham lah kenapa filem edutainment sebegini wujud. Kesian tengok Nisha (Prachee Shah Paandya) sampai masuk hospital sebab terpaksa gugurkan anak gara-gara suami tak nak guna kondom tapi tak mahu juga untuk tambah ahli keluarga sebab kewangan sempit. 

No wonder lah populasi di India boleh mencecah sehingga 1 billion kalau kondom pun dianggap memalukan masyarakat. Baru belajar tentang kondom, belum lagi buka bab tentang period dan dua organ yang dianggap sensitif. Dia punya tahap malu tu sampai tak nak ajar anak murid di sekolah sampai paksa pelajar jawab soalan lain untuk kumpul markah dalam subjek sains atau biologi. 


Bukan masyarakat di kampung seperti Karnal, India saja malah diMalaysia pun masih lagi menjadi sesuatu yang sensitif di beberapa tempat. Bak kata adik Sanya, jauh lagi perjalanan untuk ubah pemikiran orang di situ tapi sedikit sebanyak dapat ubah dan selamatkan beberapa nyawa di sekeliling. Hopefully di Malaysia juga akan wujudkan naskhah edutainment seperti dua naskhah ni. 

Sinematografi dari Siddharth Vasani paparkan suasana di Karnal yang terhad namun berjaya dihidupkan melalui lagu-lagu yang digubah oleh Akhil Sachdeva dan ramai lagi. Lagu Main Teri Hi Rahoon sweet sebab paparkan chemistry yang kuat antara Rakul dengan Sumeet. Masa Rishi pergi minta maaf dengan Sanya tu comel sangat. Bukti cinta tu boleh ubah seseorang secara lembut dan drastik. Tertarik dengan tema pelamin dengan wedding lehenga Sanya sebab guna corak poligon, sesuatu yang segar dan unik dari stylist. Mungkin nak match dengan konsep kimia kot sebab Rishi bagi hadiah simbol serotonin kepada Sanya. 



Ending Chhatriwali tak preachy macam filem Jaanhit Mein Jaari tapi macam awkward juga lah sebab satu kelas tahu masalah keluarga Kalra. Padahal satu soalan dari Mini (Riva Arora) pun dah cukup sebenarnya. Anyway I had fun watching this movie dan bak kata Rakul, kalau filem cinta boleh diterbitkan 10 filem dengan jalan cerita yang sama dalam masa setahun jadi kenapa dua cerita dengan tema yang sama tak boleh? Do watch this movie if you have time 😊

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.6/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.