MAJLIS PELANCARAN MASKOT WETLAND STUDIOS PUTRAJAYA – “KIKAKO KIDS”

Tuesday, 7 March 2023


YBhg. Dato’ TPr Fadlun Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya secara rasmi melancarkan maskot Wetland Studios Putrajaya, KiKaKo Kids – iaitu manifestasi taman tema baharu yang akan dibuka kepada orang ramai pada Mei 2023. Terletak di Taman Wetland Putrajaya, iaitu “wetland” air tawar buatan manusia terbesar di kawasan tropika, Wetland Studios Putrajaya merupakan sebuah taman tema didik-hibur dalaman berteraskan teknologi dibawah kendalian KRU Studios.

KiKaKo Kids, watak-watak titisan air yang tinggal di awan, adalah kandungan buatan Malaysia untuk kanak-kanak ciptaan KRU Music. Terdiri daripada Kiki, Kaka dan Koko, KiKaKo Kids berhasrat untuk menanam kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar serta pemuliharaan hidupan liar sambil meraikan kepelbagaian budaya dari seluruh dunia sekaligus mendidik mereka menjadi warga global yang bertanggungjawab.


Sebagai permulaan, kandungan keluaran KiKaKo Kids adalah siri lagu kanak-kanak popular yang diterbitkan bersama Universal Music, dan akan diperbanyakkan lagi dengan karya-karya asli dimasa hadapan. Kandungan KiKaKo Kids boleh ditontoni di saluran YouTube Kartun Studios (jenama di bawah KRU Music) di mana kini telah mencapai lebih 2.37 juta pengikut dari seluruh dunia, serta di kesemua platform penstriman digital yang lain. Wetland Studios Putrajaya bakal menjadi pentas tetap KiKaKo Kids di mana mereka akan membuat persembahan pada setiap hujung minggu serta sepanjang musim cuti sekolah bermula pada bulan Mei 2023.

“Kami sangat teruja dengan pendekatan baharu daripada pihak KRU, bukan sahaja dengan perancangan strategik bagi menarik pelancong ke Putrajaya tetapi juga keupayaan mereka untuk membentuk kerjasama dengan pelbagai organisasi besar termasuk Universal Music, bagi mempromosikan taman bencah dan taman rekreasi kami dalam konteks yang universal iaitu penekanan tentang peranan air bagi menyokong pelbagai hidupan di muka Bumi,” ulas Dato' Fadlun bin Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya.

Menurut Dato’ Norman Abdul Halim selaku Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat KRU, “Melalui pengalaman hibrid secara maya dan fizikal, para pengunjung akan mendalami tentang sejarah bumi, peranan penting air serta ekosistem pelbagai hidupan seperti mamalia, reptilia, ikan, serangga, pokok, bunga dan lain-lain. Tujuan kami mencipta KiKaKo Kids sebagai titisan air yang tinggal di awan adalah bagi menggambarkan pandangan dari perspektif yang luas mereka untuk berkongsi pengetahuan dengan kanak-kanak tentang bagaimana setiap manusia mampu memainkan peranan dalam melindungi hidupan liar dan planet kita.”


“Sebagai sebuah syarikat muzik antarabangsa, Universal Music berbangga menjadi sebahagian daripada perjalanan KiKaKo Kids. Pentas tetap di Wetland Studios Putrajaya adalah sangat strategik memandangkan matlamat kami adalah sama dengan KRU. Harapan kami adalah bagi menarik perhatian kanak-kanak sambil menanam nilai-nilai positif dengan cara yang lebih menyeronokkan,” ucap Kim Lim, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia.

Tarikan di Wetland Studios Putrajaya merangkumi aset fizikal seperti animatronik, replika, dan hiasan berkonsepkan alam semula jadi; teknologi seperti hologram, realiti tambahan (AR), realiti campuran (MR) serta realiti maya (VR); dan juga kandungan digital yang menampilkan pelbagai watak animasi termasuk KiKaKo Kids.


Sempena Hari Terbuka Putrajaya 2023, Wetland Studios Putrajaya menawarkan diskaun 20% untuk pengunjung yang berdaftar awal dan boleh ditebus bermula dari 1 Mei 2023 hingga 31 Mei 2023. Sila ikuti platform-platform sosial media kami untuk maklumat lanjut mengenai Wetland Studios Putrajaya dan KiKaKo Kids.

Instagram : @wetlandstudios.putrajaya

Facebook : @wetlandstudios.putrajaya

TikTok: @wetlandstudios.putrajaya

1 comment

  1. Wah.. Menarik.. Boleh jadi next destination nanti dengan anak-anak..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.