Drama Review | Projek: High Council (2023)

Friday, 17 March 2023


Pengarah: Anwari Ashraf, Ika Zakaria
Penulis Skrip: Anwari Ashraf, Zulaikha Zakaria, Amira (Mya) Nasiruddin, Luqman Ghazali, Zaharin Zabir, Zulaikha Zulhaimi,Samuel Sin 
Pelakon: Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Naim Daniel, Yusof Hashim, Daiyan Trisha, Sazzy Falak, Ben Tan, Sathisvaran M Magesvaran, Kahoe Hon, Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Ameer Asyraf, Muzayyin Mahyuddin, Hazeeq Dean, Aida Aris, Azhar Sulaiman, Edika Yusof 
Syarikat Produksi: Pasal Productions Sdn Bhd  
Penyiaran: Astro OnDemand & Astro Go, Astro Ria
Genre: Aksi / Fiksyen / Remaja
Jumlah Episod: 10 Episod (45 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: Astro OnDemand & Astro Go - 14 Jan 2023 (Bermula Tengah Malam), Astro Ria (Linear) 23 Jan 2023 (Setiap Isnin, 9 malam)
Trailer : 


Drama baru terbitan Astro Originals yang berlatarkan kehidupan pelajar sekolah berasrama menyingkap kehidupan masalah buli di sekolah berprestij tinggi, Kolej Ungku Deramat (KUDRAT). Di sekolah tersebut pelajar tingkatan lima yang telah menang di dalam ‘Manifesto’ menjadi ketua yang digelar KAPLA mengikut sistem High Council. 

Sistem tersebut sudah lama pun ditubuhkan sejak tahun 1968 dengan bertujuan untuk mengawal perangai pelajar lelaki yang mula hidup berpuak dan suka bergaduh namun lama-kelamaan sistem tersebut diubah sedikit demi sedikit mengikut KAPLA yang memerintah. Sesiapa yang mengadu akan digelar sebagai Jibam kemudiannya dipulaukan sehingga keluar dari situ. 


Tak mudah untuk ubah sesuatu yang sudah lama terpasak dalam institusi sejak berkurun lamanya. Namun Naim (Nadhir Nasar) dan Fakhri (Mierul Aiman) masuk untuk bertanding kerana menyampah dan sakit hati dengan cara Kahar (Amir Ahnaf) sebagai KAPLA pada tahun tersebut. Selain isu High Council, dua-beradik ini juga mempunyai masalah peribadi sejak kecil dan dendam tersebut memberi kesan psikologi kepada mereka berdua. 

Selepas Projek: Anchor SPM (2020), Astro Original muncul dengan sebuah lagi naskhah yang diceduk dari kisah benar yang pernah menggemparkan negara pada tahun 1992 dahulu. Bukan cuma sebuah sekolah sahaja seperti KUDRAT, malah sistem hierarki ini telah wujud di kebanyakan sekolah berasrama penuh. Macam yang Mia (Daiyan Trisha) bagitahu, semua sekolah berasrama ada masalah ni. Antara teruk ataupun tidak je. KUDRAT dekat mana? Dekat tahap paling teruk. 


Bukan cuma masalah buli dari pelajar senior, masalah gangguan seksual yang ditonjolkan oleh beberapa watak dan juga guru yang cuba tutup mata seperti Mr. Sin (Ben Tan) dan juga Pengetua (Hasnul Rahmat). 

‘Kudrat is an old school, like me. And when you become older, you become set in your ways. Through your years, you’ll develop habits which are hard to shake.’ – Mr. Sin


Kekuatan pada drama Projek: High Council semestinya terletak pada lakonan barisan utama and kudos to casting director yang berjaya cari pelakon berbakat malah memiliki wajah Melayu untuk mengukuhkan lagi screenplay yang berlatarkan masyarakat Melayu. Amir Ahnaf antara punca banyak mata tertumpu pada Projek: High Council selain Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Naim Daniel, Hazeeq Dean dan ramai lagi. Kalau sebelum ni nama Nadhir naik menerusi drama Projek: Anchor SPM dan diteruskan pula dengan Projek: High Council, tak mustahil kalau pengarah ambil bakat-bakat baru ni untuk installment seterusnya. 

Barisan penulis juga patut diberikan pujian kerana kreativiti mereka dalam merangka setiap watak utama seperti Naim, Fakhri, Ayam (Naim Daniel) dan Kahar. Walaupun Kahar teruk sebagai KAPLA namun tak semua orang kuat apabila mempunyai kuasa sepertimana Fakhri yang mudah saja goyah pendiriannya apabila naik sebagai wira baru untuk pelajar Tingkatan 4. Teruk-teruk Kahar pun bila dia buat salah, dia yang akan ke depan dulu untuk bertanggungjawab walaupun dia takut dengan ayahnya. Kahar value friendship sebab kawan-kawan dia selalu ada, berbeza dengan Fakhri yang suka musnahkan semua benda. 


Sekali lagi kagum dengan kebolehan lakonan Nadhir Nasar menerusi watak Naim sebagai anak sulung. Masalah psikologi yang dilalui oleh Naim boleh relate dengan semua anak sulung yang mempunyai broken family. Kalau tanya Nadhir, mesti dia akan cakap dia ambil pengalaman dari pengalaman sekeliling sepertimana yang dia bagitahu untuk watak dalam drama i-Tanggang (2021). Rasa puas bila Naim marah Papa (Azhar Sulaiman) dengan Mama (Aida Aris) yang cuma pandang Naim sebagai seorang anak yang kuat dan tumpu banyak perhatian terhadap Fakhri. 

Dalam babak Nadhir ingat Mama peluk Fakhri sampai tidur tu antara babak yang paparkan masalah psikologi bilamana pesakit ada selective memory untuk kuatkan lagi defensive mechanism individu. Mierul Aiman juga menyerlah dalam watak Fakhri yang baran dan manja. Personaliti dia boleh berubah jadi seorang yang keras kepala dan menakutkan juga boleh berubah jadi manja bila Mama suap asam pedas dekat asrama. 


Personally Projek: High Council antara naskhah tempatan terbaik yang dihasilkan oleh Astro Originals dengan menjadi medium edutainment di samping mengkritik masalah sosial juga kepincangan pimpinan negara. Cumanya tak berapa syok tengok watak Mia sebab lakonan yang lemah. Lagi menyampah bila tahu dia ludah makanan dekat dewan makan. Siapa yang duduk asrama memang faham benar lah macam mana horror makanan dewan makan sebelum Kementerian ubah skim makanan yang lebih sihat. Kalau dapat duit lebih memang menuju ke kedai atau koperasi daripada makan dekat dewan makan. 

Patutnya penulis develop je friendship Naim dengan Amirr (Yusof Hashim) dengan tambah flashbacks masa jadi junior di KUDRAT atau kembangkan lagi watak-watak sampingan yang lain sama ada menyokong atau menentang sistem High Council sebab isu yang dibawa dah kuat sangat dah jadi tak perlu pun ada eye candy. Serious talk friendship Naim dengan Amirr sweet sangat dan antara yang memecahkan taboo sebab kawan lelaki kalau rapat pun mesti ada boundaries supaya tak kena cop gay.  


Memandangkan audience High Council adalah generasi baru, ramai pelik kenapa Fakhri boleh sama kelas dengan Naim sebab zaman dulu boleh lompat tingkatan. Patutnya penulis terangkan lebih sikit tentang sistem pendidikan negara daripada masuk filler scenes yang tak dikembangkan dengan baik. Apa pun tahniah kepada team Astro yang semakin lama semakin melangkah ke hadapan dengan menghidangkan pelbagai isu dan tema menarik dari pelbagai genre. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.9, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.2/10

1 comment

  1. menariks drama ni, ada gak layan sikit2... Iris memang fav la kan.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.