Breakfast Dengan Kak Iza Di Kafe SERASA GARDEN Subang Bestari, Seksyen U5

Friday, 3 March 2023


Premis yang pernah jadi restoran CANTEEN kemudiannya bertukar ke Thai x Kopitiam dah bertukar pula kepada Kafe SERASA GARDEN - Kopitiam x Ikan Bakar. Memandangkan ada port baru untuk breakfast, saja la ajak Kak Iza lepak breakfast dulu dekat restoran baru ni. Nak juga merasa makan dekat sini. 

Kitorang sampai around 7.30am macam tu sebab kafe ni promote dekat dalam group Community Subang Bestari untuk datang makan menu breakfast dekat sini. Tak banyak pun menu yang disediakan dan lebih kepada menu western. 


Kitorang order Egg Bacon Muffin dengan Big Supreme Breakfast sebab nampak macam mudah dan cepat untuk siap. Tapi sangkaan kitorang meleset sebab Breakfast & Co. ni ambil masa juga untuk prepare. Nasib baik lah office memasing tak strict bab attendance, takat lambat belas minit tu tak jadi masalah pun. 

Bukan nak kata ambik kesempatan dekat situ tapi kalau beria pergi awal pun jalan jam jugak, sangkut dalam traffic lepastu moody. Anyway lunch hour I makan dekat office, makan setengah jam je pastu sambung buat kerja so I guess no  big deal pun as long as kerja jalan (tibehhhh justify perangai sendiri). 


I macam kecewa dengan menu Big Supreme Breakfast tu sebab nama menu tak nak kalah tapi takde lah besar gedabak mana pun, takat omellet dengan roti dengan garlic spread memenuhi ruang bekas je. Tak perlu sembang pasal rasa pun sebab semua orang pun tahu rasa telur dadar macam mana. 



Egg Bacon Muffin ni not bad lah sebab ada cheese sebagai penyeri untuk muffin tu. Sesuai lah dengan harga dia RM6.90 cuma kalau jenis selera besar, menu ni bukan pilihan lah sebab muffin dia kecil tapak tangan je. Macam saiz burger mekdi bila kena wrap tu, macam tu lah. 

Dekorasi dan interior kafe SERASA GARDEN ni sama je dengan dua buah restoran sebelumnya. Staff pun orang yang sama jugak. Menu yang dijual dekat restoran ni saja yang berbeza. 





Thanks Kak Iza join breakfast dengan kitorang. Lepas setahun lebih dok jom lah lepak jom lah lepak, finally dapat jugak lepak sekejap padahal rumah dia dekat sebelah blok kitorang je. Memasing busy kan, keluar siang balik malam. 

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.