High Council, drama siri premium terbitan Astro Shaw di bawah jenama Astro Originals yang mendapat pujian ramai telah berjaya mencetuskan impak baru buat landskap industri seni tempatan dan sekali gus menyaksikan anjakan paradigma buat Astro untuk terus menyajikan kandungan terbaik dan menawarkan pengalaman tontonan yang cukup optimum buat semua pelanggannya.
High Council menjadi drama paling popular di platform medium digital dan platform Astro Go dan On Demand, di samping mencatat kadar statistik tertinggi dengan menjadi konten No. 1 pilihan penonton sepanjang Januari hingga kini. Lebih membanggakan, High Council turut memecah rekod drama premium Astro Originals terdahulu dab merekodkan kesan yang positif. Hasil perkongsian video di TikTok melalui #ProjekHighCouncil mencatatkan 100 ribu hanya dalam tempoh lima hari dan keseluruhan mencatat 1 billion views sejak Januari. High Council bukan sahaja cetus fenomena dalam kalangan penonton Malaysia tetapi juga menarik peminat di Asia Tenggara seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.
High council mula temui penonton sejak 14 Januari setiap hari Isnin, jam 9.00 malam di saluran Astro Ria serta platform penstriman Astro GO dan Astro On Demand. Mempunyai sebanyak 10 episod kesemuanya di mana setiap episod menampilkan konflik, saspens dan keterujaannya yang tersendiri. Selain mempersembahkan jalan cerita yang keluar dari kebiasaan, High Council berjaya mengetengahkan sisi berbeza bakat-bakat baru dan sekali gus menjadi kegilaan ramai. Ini membuktikan sesebuah karya mampu memikat hati penonton melalui bakat dan bukan jumlah 'followers' semata-mata.
Sementara itu, penampilan barisan pelakon High Council di satu acara sesi bertemu peminat anjuran Astro di ikon Kuala Lumpur iaitu pusat membeli belah terkemuka Suria KLCC, Kuala Lumpur telah dibanjiri oleh ribuan peminat, lalu mencuri perhatian ramai terhadap sambutan luar biasa buat sesebuah karya tempatan. Selain itu, watak Kahar menjadi topik 'trending' selama dua hari selepas kemunculan istimewanya di Gempak Most Wanted Awards.
Impak besar daripada fenomena hebat tersebut telah menjadi salah satu kunci kejayaan besar buat drama premium ini. Lanjutan daripada kejayaan itu, High Council mengukuhkan lagi jenama Astro Originals dalam menampilkan drama-drama premium berkualiti tinggi dengan jalan cerita segar.
Terdahulu, Astro Originals menampilkan 'One Cent Thief' yang diinspirasikan daripada peristiwa sebenar yang pernah menggemparkan Malaysia dan siri ini tampil di empat saluran berbeza seperti Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil; 'Projek: Anchor SPM' iaitu pemenang Drama Bersiri Terbaik di Anugerah Kreatif Akademi Asia 2021 telah mengangkat genre baharu 'coming-of-age' dan menjadi pilihan nombor 1 penonton (unique viewers) di platform On Demand dan Astro Go; 'Dukun Diva' mengangkat tema anti-heroes telah memenangi 'Best comedy Programme' di Asian Academy Creative Award dan juga dinobatkan dalam Anugerah Drama Bersiri TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2022; 'Histeria The Series' kesinambungan filem box office Histeria yang lebih berani dan 'gore'; 'Murder By Moonlight' drama premium berkonsepkan 'whodunnit'; 'Kuasa' yang mengetengahkan buat pertama kali kisah fiksyen sebuah keluarga dalam dunia hiburan yang hidup penuh dengan glamor dan kemasyhuran; 'i-Tanggang' drama pertama Malaysia angkat isu mental Munchausen Syndrome By Proxy; dan 'Kampung Pisang Bersiri-Siri' iaitu francais filem komedi no 1 Malaysia dan berjaya diangkat sebagai pemenang Drama Meletop di Anugerah MeleTOP Era 2021.
Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad, berkata, "Di samping mencipta penanda aras baru buat kualiti drama Malaysia, impak gelombang High Council membuktikan karya tempatan mampu merapatkan jurang kualiti dengan naskhah global. Kejayaan ini mendorong kepada lebih banyak kerjasama strategik dengan pelbagai pihak tempatan mahupun luar negara. Jadi nantikan deretan drama premium terbaik Astro Originals yang mampu memberi pengalaman berbeza kepada penonton. Menyusul selepas High Council adalah LIAR iaitu drama adaptasi daripada drama siri British yang tercalon di BAFTA Awards dan British Screenwriters' Awards.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.