Minggu lepas Starbucks keluarkan Rich Nutty Comfort Series di mana kacang pistachio jadi bahan utama. Ada 3 pilihan minuman untuk pelanggan - Pistachio White Chocolate Frappuccino, Iced Pistachio White Chocolate Macchiato dan Pistachio White Chocolate Macchiato. I tertarik nak cuba Iced Pistachio White Chocolate Macchiato sebab tak suka frap atau hot drinks.
Tapiiiii I macam cuak sebab takut tak kena dengan tekak. Memandangkan Ain bersemangat waja keluar dari comfort zone, dia lah yang beli sebab tu cup Starbucks tu ada nama dia hshs.
Uniknya untuk Rich Nutty Comfort Series ni, Starbucks buat kelainan dengan sediakan floral pink cup untuk pelanggan yang beli edisi kacang terbaru ni. Rasa macam salah buat pilihan pula sebab cup dia cantik. I know this behaviour a bit selekeh but the heart wants what it wants kan?!
Kalau tengok dalam poster, Iced Pistachio White Chocolate Macchiato ni tak lah nampak horror macam ni tapi tu lah, nama pun promo poster jadi kena lah kelihatan cantik walaupun hakikat kejadiannya serupa taburan bijan atas kuih bakar. Taburan bijan lagi cantik hasilnya dari taburan kacang yang bersepah pelbagai jenis dan rupa ni.
Tapi orang kata rupa bukanlah segalanya jadi Ain tak rasa horror lah untuk cuba. Semangat dia masih kekal sama sampailah dia menjerit bila balik office. Menyesal dengan keputusan dia buat hari tu. Bila rasa Iced Pistachio White Chocolate Macchiato ni baru faham kenapa.
Bila minum ada rasa kacang tertinggal sebab espresso dan white chocolate tu pun tak kuat untuk kawal rasa kacang dekat dalam minuman tu. Nak marah pun tak boleh sebab edisi ni untuk pencinta kacang pistachio. Tak pasti lah kalau double shot espresso rasa apa tapi daripada habiskan duit tambah itu ini, baik beli Iced Hazelnut Latte macam biasa je sebab I bukan penggemar kacang pistacio pun. Harga untuk secawan pun RM21.20 tskkkk..... Minuman ni ada penggemarnya yang tersendiri.
By the way masa tunggu order kitorang siap, tertarik pula untuk beli tumblr dari Cherry Blossom edition ni sebab ada gabungan warna pink dan purple. Pink dia pun pink lembut so nampak cantik je dekat mata. Nak beli yang ada straps tu tapi tak ada penutup pula. Yang ada penutup, tak ada straps pula. Dilema yang tiada kesudahannya T.T
beli kopi kat kedai mamak pun baru dua hinggit., hehe
ReplyDelete