Masa nak pergi makan tengahari tadi ternampak ada banyak booth depan kedai Spr8LOVE terus rasa curious nak tengok apa ada dekat situ. Untuk yang tak pernah dengar atau belum sampai ke Subang Bestari ni, kedai SPR8LOVE (Spread Love) jadi hab untuk kumpulkan produk peniaga tempatan dengan harga yang berpatutan.
Jadi mini karnival yang diadakan oleh Queen B ini untuk promosikan peniaga-peniaga tempatan sebelum dapat spot tetap dalam kedai SPR8LOVE. Sebelum ni nampak kedai Kopi Dua Darjat, Sos Cili Aminah Hassan, Ghondang Nismilan Che Awa, Karipap GORGON, RAWDAH Scent, Choc Chip Cookies FLVRSOME, Jamu Herba Halia JAHE, Sugar Honey Bites dan banyak lagi lah.
Pengumuman tentang mini karnival ni dimuatnaik di Facebook rasmi SPR8LOVE dan akaun Instagram. Selain booth untuk promosikan produk, ada juga permainan atau aktiviti kepada keluarga, lucky draw dan busking dari Fredo Flybaits dan Andy Flop Poppy.
Nampak macam tak banyak khemah dekat mini karnival ni tapi bawah satu khemah tu ada banyak jenama tempatan dengan pelbagai jenis produk untuk dicuba dan dijual kepada pengunjung yang datang. Kebanyakan produk memang tak pernah langsung dengar walaupun dah lama ada dalam pasaran. Salah satunya produk Khayr yang menjual patty burger sihat tanpa MSG.
Masa dok cuba patty daging, ayam dengan sosej dia tiba-tiba dah terbeli dah semua. Bahaya betul kalau makan benda sedap ni. Akak yang jual ni bagitau patty ni sesuai untuk yang nak berdiet sebab organik jadi kalori dia tak tinggi.
Boleh faham lah kenapa produk Khayr ni tak berapa terkenal dalam pasaran sebab harga dia lebih mahal dari produk Ramly ataupun Ayamas. Satu pek patty burger dah mencecah RM17 sedangkan dekat NSK kebanyakannya dalam range harga RM7 hingga RM9 macam tu. Tapi pada ketebalan patty, menang dekat Khayr lah. Ibarat macam makan dua patty Ramly.
Dekat booth sebelah ada jual sejadah tebal dengan pelbagai jenis corak dan saiz. Ada jugak popia basah, churros, kerepek belinjo, biskut, kopi, dimsum dan banyak lagi. Tak mampu nak cuba semua sebab baru lepas makan tengahari. Dah tak ada space nak masuk dah. Kalau tahu pergi sebelum makan tapi adik kata kalau pergi masa tu entah lagi banyak borong gamaknya T.T
Menarik lah bila ada mini karnival macam ni sebab dapat pendedahan banyak produk tempatan dengan pelbagai menu yang menarik. Bila orang tahu makin bertambah lah demand, makin rancak lah juga ekonomi sekitar. Semoga SPR8LOVE teruskan usaha membantu peniaga lokal dan dimurahkan rezeki.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.