Projek Hias Teu-Light Untuk HELLO Tour Malaysia

Sunday, 26 February 2023

 

Lebih kurang 2 minggu je lagi TREASURE nak datang ke Malaysia untuk HELLO Asia Tour. Segala jenis perasaan ada sekarang ni, tak sabar, excited, cuak sebab things might goes wrong. Bila buka TikTok bersepah video Treasure Makers buat preparation untuk pergi konsert nanti. Diorang dah settle cari baju dan barang apa nak bawa tapi I belum settle lagi! 

But one thing for sure, I dah dapat Teu-Light dan dah berjaya deko ikut citarasa sendiri. Masa share dekat Twitter ada pula yang tanya dekat mana beli semua deco materials jadi nak simpan sini jadi future reference untuk baby Teumes :)


1. Lighstick TREASURE, Teu-Light

Yang ni boleh cari je dekat Shopee ataupun #pasarTREASURE di Twitter. I beli dekat Twitter guna personal shopper tapi ambil yang murah jadi tak ada lah photocard. Harga untuk satu Teu-Light dalam RM140 + RM8 untuk postage. 

Thank you @BY_PEACHMLKZ sebab assist I untuk beli lighstick ni memandangkan dekat Shopee dengan socmed pun ada scammer nak pula lepas pengumuman konsert dibuat oleh YGE. Masa ni lah peluang untuk scammer kutip duit dari fans yang kena panic buying. 

2. Organza Ribbon



Lama belek ribbon untuk Teu-Light sebab nak cari yang berkenan di hati. Ada je seller Malaysia yang jual ribbon ni tapi kebanyakannya buat design simple je tapi range harga lebih kurang je dengan seller Indonesia. Belek punya belek, jumpa lah design yang berkenan di hati dekat kedai sarahenef1q.my dengan harga RM13.90 + shipping RM4.90. Seller wrap tebal sebab tak nak item rosak. Safely arrived exactly like what I saw in Shopee! 

3. Hologram Sticker - TREASURE & symbols



Menerusi seller Orenji_ID yang beralamat di Indonesia, berjaya lah sticker ni sampai ke tangan dalam masa seminggu. Harga untuk satu set hologram sticker ni RM8.90 + RM4.90 tapi disebabkan dapat voucher free sebab follow kedai dia, I bayar RM9.80 je. Comel business card dia sebab ada I LOVE YOU. Fakta tak penting tapi nak appreciate jugak. 

4. Hologram Sticker - Hyunsuk

This one pun I beli dekat Indonesia sebab tak ada seller yang jual hologram sticker ni. Mungkin ada tapi out of stock sebab dah nak dekat dengan tarikh konsert. I beli dari seller dwipurwati09.my. Ikutkan hati nak beli nama Haruto dengan Yoshi sekali sebab I stan HyunHaYo tapi duit pulak tak nak stan sekali. So I beli nama Hyunsuk je dulu supaya bersinar dekat konsert nanti :')

Harga untuk satu sticker, RM4.50 + shipping RM4.90, maybe kalau beli masa sale boleh dapat lagi murah tapi I kejar masa jadi beli je mana ada. Postage laju sebab dalam masa seminggu dah sampai ke tangan.

5. Butterfly Stickers

Tak plan pun nak beli stickers ni tapi ternampak dekat Mr. DIY terus rasa macam cantik jugak ada rama-rama sebab Haruto suka rama-rama. Ngam pulak tu ada warna biru dengan putih so it's destiny? Harga around RM7 tak silap. 

6. Blue Variety Shape Stickers


At first macam malas nak beli sebab takut penuh sangat bila hias nanti but I've made the right decision haha semua love I tabur letak dekat Teulight. Diamond haruslah penting sebab logo TREASURE. This one I beli dekat MR. DIY, harga tak ingat berapa. 

7. Furballs

Walaupun tak guna sebab tak mampu nak buka bahagian bawah Teu-Light tu, I masukkan jugak sebab ada dalam gambar dan ada niat untuk hias guna furballs ni. Dekat Shopee ada yang jual sampai RM15 tapi beli dekat Mr. DIY dalam RM3 lebih macam tu. 

8. Battery

Macam tak perlu nak bagitahu tapi nak bagitahu juga I beli dekat Mr. DIY because apparently NSK tak jual bateri. Bunyi macam merepek tapi betul. Mungkin kejadian ini cuma berlaku di Star Avenue tapi ianya berlaku. 


So this is it, my Teu-Light! 

Walaupun organza ribbon tu tenggelamkan huruf hadapan TREASURE, tapi semua orang pun tahu ni lighstick group mana. Happy dengan hasil projek hias-menghias walaupun kecewa tak dapat masukkan furballs. 

Moots I dekat Twitter bagitahu yang screwdriver tu kena beli dekat YGE sebab saiz dia kecil sangat maka kemungkinan untuk rosak kalau buka guna alat lain agak tinggi. Rasa macam nak sewa satu jam dekat moots lain sebab malas nak beli deco kit dari YGE sebab harga cekik darah tu tapi belum umumkan lagi hajat tu. Harapnya ada lah Teume yang baik hati. 

Anyway, satu part dah settle. Next week nak shopping concert outfit pulak hiksss! 

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.