Pelakon: Farid Kamil, Cat Farish, Niezam Zaidi, Izzue Islam, Farez Ridzwan, Ahirine Ahirudin, Shiha Zikir, Chiwan Chilok, Muhammad Kamil, Mamak Puteh, Julia Hana
Syarikat Produksi : FKX Film
Pengedar: Empire Film Solution
Genre: Aksi
Durasi Tayangan : 95 minit
Tarikh Tayangan : 24 November 2022
Trailer :
Selepas 13 tahun hidup dari kemalangan ngeri yang diakibatkan oleh musuhnya, Spark (Niezam Zaidi), Madi (Farid Kamil) kini bekerja di pusat latihan scrambler yang dimiliki oleh Roy (Ahirine Ahirudin). Sejak peristiwa tersebut, Madi tinggalkan dunia rempit dan aktiviti lumba haram kemudian fokus pada perlumbaan Cub Prix juga Asia Race.
Madi dan Roy selalu melepak di bengkel kepunyaan Macha (Cat Farish) sambil bantu baiki motor di situ. Macha tak pernah putus asa ajak Madi join open race dengan geng rempit tapi semuanya ditolak mentah-mentah oleh Madi. Sampai lah Madi diganggu oleh Dek Wan (Izzue Islam) dan Ajak (Farez Ridzwan) sebagai hadiah menyambut kepulangan Spark setelah bebas dari penjara.
Belum cukup satu masalah, Madi terpaksa besarkan Muhammad (Muhammad Kamil) yang mengaku sebagai anak setelah ibunya meninggal. Susah untuk Madi lari dari kenyataan tersebut kerana Muhammad mempunyai iras wajah dan gaya yang sama seperti Madi.
Sekuel Remp-It (2006) memang tak logik langsung untuk dihidupkan kembali sebab watak utama iaitu Madi dah meninggal lepas kejadian dengan Spark di Lebuhraya Shah Alam. Dalam 3 fakta yang diceritakan pada credit scene, 2 darinya masih lagi tepat bila watak Macha memang berkahwin dengan Ieka (Julia Hana), bekas kekasih Madi dan Spark dihukum di penjara Kajang. Tengok muka Spark awet muda, boleh nampak lah hukuman dia diringankan sebab Madi hidup balik.
Bukan masalah utama pun bab tu sebab Han dalam franchise Fast & Furious pun hidup balik, apa lah sangat Madi legend rempit. Farid Kamil masih mengekalkan installment kedua dalam genre aksi di mana kita dapat tengok babak perlumbaan motocross, di litar Sepang dan lebuhraya.
Berbanding Remp-It sebelumnya yang mempunyai babak pergaduhan antara geng rempit dengan orang luar, filem sekuel tak masukkan aksi sebegitu. Ingatkan watak Roy akan bertumbuk dengan Dek Wan atau Ajak tapi dia cuma jadi nanny untuk Madi dan Muhammad saja. Agak tersia lah dekat situ sedangkan Ahirine memang ada fighting skill selain berbakat dalam lakonan di sebalik wajah yang cantik.
Chemistry antara Ahirine dengan Farid pun jelas terserlah tapi sayang lah penulis tak develop dengan baik. Dekat babak Roy dengan Madi layan Grand Prix British tu pun boleh letak moment yang sweet ataupun flashback macam mana diorang boleh berjumpa. Banyak input boleh letak supaya penonton boleh kenal lagi watak Madi dan Roy. 13 tahun adalah tempoh masa yang agak lama jadi tak salah kalau penulis penuhkan dengan flashbacks dari perbualan mereka.
Memandangkan ada masalah untuk dapatkan Spark asal, tugas yang berat juga lah untuk Niezam Zaidi nak hidupkan balik watak Spark tu. Memang fokus dengan cara Spark nak balas dendam dekat Madi tapi sayang lah sebab cara tu agak lemau. Ingatkan Spark nak belasah Madi sampai tak boleh join perlumbaan ataupun culik Muhammad rupanya join Cub Prix juga.
Lagi seronok tengok Dek Wan kacau Madi. Izzue Islam curi tumpuan dengan watak sebagai orang kuat Spark dalam naskhah Remp-It 2. Menjadi betul watak dia dengan loghat Terengganu. Gerun tengok ramai geng rempit tunggu dekat luar Penjara Kajang untuk sambut ketua diorang. Macam mana Dek Wan boleh kumpul geng ramai macam tu, kalah masa zaman Rizzo jaga dulu.
Antara perkara menarik dalam Remp-It 2 ialah camera works yang memaparkan perlumbaan dengan cantik sama ada shot dari atas, wide shot ataupun close up pada lap race. Masa Grand Prix lah nampak ketara penggunaan VFX yang lemah. Cat Farish masih menggunakan lagu tema dalam previous installment, Cahaya Di Atas Tar – BatCat dengan beberapa lagi lagu baru yang lain antaranya Bunkface! Ft Cat Farish – Milenium REMP-IT.
Tengok pada ending, FKX Film akan terbitkan Remp-It 3 dengan pelakon legend yang mengujakan. Harapnya Farid Kamil akan cari penulis yang lebih baik dari naskhah kedua sebab sayang sangat filem rosak sedangkan ada potensi besar untuk digarap dengan cemerlang. Please develop watak Roy dengan Spark dengan lebih baik lagi. Bawak balik Rizzo pun cun jugak.
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
alamak...tak pernah minat lakonan farid kamil...hahaha... tengok pun gitu gitu je...
ReplyDelete