Pelakon : Arswendy Beningswara Nasution, Tika Panggabean, Boris Bokir Manullang, Gita Bhebhita Butarbutar, Lolox, Indra Jegel
Syarikat Produksi: Imajinari, Visionari Film Fund
Pengedar : Netflix
Genre: Komedi / Drama
Durasi Tayangan: 114 minit
Tarikh Tayangan: 02 Jun 2022 (Indonesia), 06 Oktober 2022 (Netflix)
Trailer :
Sebelum ni pernah nampak berita filem Ngeri-Ngeri Sedap merupakan filem Indonesia yang dihantar secara rasminya ke Oscar 2022 untuk kategori Best Foreign Film. Rasa tertarik untuk tengok naskhah penulisan dan olahan dari Bene Dion Rajagukguk yang bertemakan kekeluargaan ni bila tahu dinobatkan sebagai Filem Terbaik di Festival Film Wartawan Indonesia.
Mengisahkan Pak Domu (Arswendi Nasution) yang kecewa dengan anak-anaknya dari sulung sehingga lah ke bongsu. Setelah membanting tulang empat kerat sejak usia mudanya, Pak Domu berhasil memberi pelajaran tahap tinggi kepada anak-anaknya sehingga hidup berjaya di kota.
Namun anak sulungnya, Domu (Boris Bokir Manullang) ingin berkahwin dengan perempuan berketurunan Sunda. Memang benar sama-sama manusia tapi siapa yang akan menjaga warisan keturunan mereka, suku kaum Batak nanti? Anak ketiga pula, si Gabe (Lolox) menjadi pelawak selebriti sedangkan dia graduan undang-undang. Harapan Pak Domu untuk melihat anaknya menjadi hakim atau peguam terkubur.
Anak bongsunya pula, Sahat (Indra Jegel) perlu pulang ke rumah untuk menjaga orang tua dan mewarisi rumah dan tanah mereka menurut adat Batak namun Sahat memilih untuk tinggal bersama Pak Pomo dan mengusahakan ladang di situ.
Mak Domu (Tika Panggabean) cuba memujuk untuk anak-anaknya pulang ke rumah malangnya tetap gagal. Kerana rindu dan ingin melihat kesemua anak mereka berkumpul untuk meraikan pesta kesyukuran, Pak Domu dan Mak Domu berlakon ingin bercerai. Anak kedua mereka, Sarma (Gita Bhebhita) yang tinggal bersama merayu supaya abang dan adik-adiknya pulang segera.
Pada separuh masa pertama terhibur dengan penceritaan yang menarik akibat sketsa cerai oleh pasangan yang rindukan anak-anak ni. Dalam ketawa terselit juga perasaan sedih sebab kesian tengok orang tua terpaksa merayu anak-anak balik tapi sebagai anak, faham juga kenapa mereka semua berkeras hati. Dari kecil sampai besar ikut saja aturan keluarga, bila dah besar mesti lah nak ikut kata hati. Mereka semua bukan jenis mengamuk atau membentak terutamanya Sahat yang banyak berdiam saja tapi semuanya protes dengan tidak pulang. Yang jadi mangsa, Mak Domu dan Sarma.
Masa keluarga ni pergi makan angin di Danau Toba, Mak Domu banyak kali tahan senyum sebab gembira sangat dapat spend time dengan anak-anak. Pak Domu pun ceria walaupun terpaksa berlakon muram kerana ‘masalah’ mereka.
Visual yang dihidangkan bukan saja menggunakan tona warna yang cantik dalam memaparkan keindahan kawasan pinggiran Danau Toba malah memperlihatkan kekuatan budaya suku kaum Batak melalui pesta kesyukuran juga kawasan sekitarnya. Macam mana mengikut adat Batak bila si isteri lari dari rumah, macam mana adat perkahwinan mereka dan lain-lain perkara. Dialog menguatkan lagi keindahan budaya tersebut dengan sekecil-kecil perbualan tentang ucapan salam orang Batak.
Daya penarik filem Ngeri-Ngeri Sedap memang terletak pada alur cerita yang mampan kerana barisan pelakonnya tidak mempunyai para rupa yang cantik seperti kebiasaannya. Anak-anak Pak Domu dan Mak Domu lebih mengikut paras rupa mereka cuma pelik lah kenapa Gabe dengan Sarma berbadan besar dan berkulit cerah. Tak ada masalah pun kalau pengarah ambil pelakon yang segak sebab screentime anak-anak agak terhad dengan dialog yang minimal. Bukan sebab penulis tak beri tumpuan dekat situ tapi memang adik-beradik ni tak rapat sepertimana yang dijelaskan oleh Domu.
Filem Ngeri-Ngeri Sedap bukan bersifat memberi hukuman kepada sesiapa tapi lebih kepada bercerita sebab tak ada siapa yang salah atau siapa yang betul. Bak kata ibu Pak Domu, generasi berbeza dan situasi yang berbeza menghasilkan cara didikan yang berbeza. Manusia ni tak akan pernah berhenti belajar hingga ke usia tua pun masih lagi belajar. Tak hairanlah kenapa filem Ngeri-Ngeri Sedap berhasil menjadi Filem Terbaik.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
kesian dengan Sarma tersepit antara konflik adik-beradik dengan bapa dia. best cerita ni, suka tengok view tasik toba pastu tambah knowledge sikit pasal adat kaum batak.
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
kesian dengan Sarma tersepit antara konflik adik-beradik dengan bapa dia. best cerita ni, suka tengok view tasik toba pastu tambah knowledge sikit pasal adat kaum batak.
ReplyDelete