Movie Review | Deleted : Akan Ku Jejak! (2022)

Saturday, 18 February 2023


Director : Kent Ng 
Writer : Stanley Lim, Lim Chin Siew, Kent Ng
Cast : Edmund Tay (Zheng Ge Ping), Tien Hsin, Rosyam Nor, Vincent Ng (Weng Qing Hai), Fattah Amin, Zhu Houren, Henley Hii, Peter Davis, Brie Benfell, Marcio Sebsam, Jack Neo 
Production Companies : 8028 Holdings Pte Ltd dan Artistes Marketing Asia Pte Ltd
Distributors : Mega Films Distribution, GSC, Netflix
Genre : Action / Crime 
Running Time : 85 minutes
Release Date : 15 September 2022  
Trailer :


Filem yang mendapat dukungan dari Kementerian Dalam Negeri dan Pejabat Strategik Nasional untuk Anti Pemerdagangan Manusia dan Anti Seludup Migran (NSO MAPO) menampilkan filem aksi yang bertemakan jenayah penjualan organ secara haram yang berlaku di Singapura dan Malaysia. 

Memaparkan barisan pegawai Taktik dan Penyelamatan Khusus Singapura (STAR) atau The Singapore Special Tactics and Rescue (STAR) dalam operasi untuk menjejak Buddha Berwajah Empat yang juga menjadi sasaran Interpol kerana kegiatan jenayahnya. 

Sepertimana yang ditonjolkan dalam poster Deleted, plotnya juga mempunyai cerita yang sarat berkaitan dengan jenayah pemerdagangan manusia. Di Singapura, anggota Pasukan Polis Khas Singapura, Vincent (Edmund Tay) bekerja keras untuk menjejak Budhha Berwajah Empat namun gagal apabila ramai rakan sekerjanya dibunuh oleh musuh. Seniornya, Inspektor Yusof (Dato’ Rosyam Nor) pujuk supaya kuat semangat kerana dia adalah aset terbaik negara. 

Sementara di Malaysia pula Inspektor Zhong Yi (Zheng Ge Ping) mencari penculik anak perempuannya, Hazel. Kerana emosi, Zhong Yi dijatuhkan hukuman penjara selama 3 tahun kerana tuduhan membunuh tanpa sengaja. Sepanjang berada di dalam penjara, dia kumpul maklumat tentang sindiket haram yang diketuai oleh Ghost (Peter Davis). Inspektor Aron (Fattah Amin) pula membantu Zhong Yi mencari Hazel (Charice Low) dan dalam masa yang sama mengetuai operasi menangkap anak sulung Buddha Berwajah Empat iaitu Ming Kang (Henley Hii). 

Sudahlah ada dua negara yang terlibat, dua plot besar juga diketengahkan dalam satu cerita dengan barisan pelakon yang ramai. Akibatnya ada beberapa sub-plot yang tak perlu dan beberapa watak yang tak dapat serlahkan potential mereka dalam screentime yang singkat. Sayanglah sebab filem ni genre aksi dan pelakon yang dibawa masuk pun memang terkenal dengan ketangkasan aksi masing-masing tapi tenggelam oleh plot yang berat pada elemen drama yang bersifat social awareness. Plot twist juga tak dirasakan perlu.

Kali kedua Fattah Amin berlakon dengan Dato’ Rosyam Nor dalam naskhah aksi selepas filem KL Special Force (2018) arahan Syafiq Yusof. Bezanya kali ini mereka terpisah oleh sempadan negara jadi tak nampak lah masing-masing berkongsi skrin yang sama. Sementara Fattah dalam avatar pegawai polis yang cekap bertindak dan tangkas, Rosyam Nor pula lebih tenang kerana sudah pun bersara dari karier. 

Menjadi naskhah yang memaparkan dunia gelap dengan jenayah kejam, filem Deleted tampak bersih berbanding filem jenayah yang lain. Bersih sebab tak ada babak gore walaupun ada babak pembedahan dan stor yang menempatkan ramai kanak-kanak yang diculik. Sinematografi yang menggunakan banyak khidmat CGI juga gagal memaparkan visual dengan baik. Namun babak aksi dipaparkan dengan cantik dan stunt choreography juga menarik untuk babak-babak penting. 

Tengok pada penghujung cerita, ada potensi Deleted mempunyai sekuel sebab dunia jenayah mana pernah berhenti sebab aktiviti jenayah akan diwariskan kepada tuan baru. Boleh jadi kerjasama Aron dengan Vincent cuma permulaan kepada sesuatu yang lebih kejam. 

Harapnya pihak produksi akan pertimbangkan untuk cari barisan penulis yang lebih bagus. Mungkin naskhah Deleted: Akan Ku Jejak lebih kelihatan menarik sekiranya diolah dalam template drama yang mempunyai durasi yang panjang dan lebih dari cukup untuk paparkan jenayah kritikal antara dua negara ini. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 7.2/10

1 comment

  1. knape mcm x pemes je cerita ni? marketing kurang kot...

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.