Movie Review | Anak Rimau The Movie (2022)

Wednesday, 8 February 2023


Pengarah : Areel Abu Bakar 
Penulis Skrip :  Maizura Ederis, Sham Hashim, Nik Naemah Nik Mahir  
Pelakon : Beto Kusyairy, Idan Aedan, Ahmad Daniel Hakimi, Hanz Daniel Skelchy, Adam Corrie, Megat Sharizal, Azhan Rani, Wan Omar Daanyal, Joel Timothy Low, Mustaqim Bahadon
Syarikat Produksi : Keeklr Entertainment  
Pengedar : Astro First 
Genre : Sukan / Drama
Durasi Tayangan :143 minit
Tarikh Tayangan : 01 September 2022
Trailer :


Anak Rimau The Movie terbitan Keeklr Entertainment mengisahkan sekumpulan anak muda yang berbakat dalam sukan bola sepak dikumpulkan di bawah kelolaan Coach Zainal Abidin (Beto Kusyairy) di Akademi Bola Sepak Malaysia (Anak Rimau Academy). 

Dari awal lagi Coach Zainal diganggu oleh CEO Ridhuan (Megat Sharizal) yang inginkan pemain Danish (Hanz Daniel Skelchy) dapat position striker supaya Wilson terus jadi penaja di akademi tersebut. Tapi Coach Zainal tetap dengan pendirian untuk latih satu pasukan supaya boleh harumkan nama negara dan akademi. 


Banyak masalah yang dihadapi oleh team Anak Rimau kerana datang dari latar belakang yang berbeza dan umum tahu untuk mencapai perpaduan dan kerjasama bukanlah perkara mudah bagi sesiapa pun atau golongan mana pun. Kebanyakan pemain juga mempunyai masalah peribadi yang tersendiri hingga menyentuh perasaan Coach Zainal untuk bantu mereka hadapi masalah di atas padan dan juga di luar padang. 

Filem bertemakan sukan semakin banyak dalam industri perfileman negara dan usaha dari Areel Abu Bakar haruslah diberi pujian kerana genre dan tema ini bukanlah sesuatu yang mudah. Kalau dilihat dalam naskhah ini ada banyak tempat yang menjadi latar utama kepada penceritaan yang tertumpu pada pasukan bawah 14 tahun di akademi ni. 


Tak hairanlah kenapa semua pelakon kanak-kanak yang turut serta dalam pasukan Anak Rimau terutamanya Idan Aedan, Ahmad Daniel Hakimi, Hanz Daniel Skelchy, Wan Omar Daanyal, Joel Timothy Low dan Redzwan Adha tak nampak kekok depan kamera sebab mereka semua masuk kelas lakonan oleh Fatimah Abu Bakar. Kelincahan di atas padang pula kerana mereka semua berlatih di Akademi Mokhtar Dahari (AMD). 

Sayangnya kelemahan pada Anak Rimau The Movie terlihat jelas kerana kelemahan skrip dan juga editing. Setiap plot nampak tergesa-gesa untuk habis dan juga masuk secara paksa. Macam babak Coach Zainal bawa pasukan Anak Rimau masuk hutan untuk berkhemah selepas kalah dalam perlawanan tapi bertukar masalah kerana beberapa orang pemain hilang dan sesat. Tak dijelaskan kenapa Coach Zainal bawa mereka masuk hutan dan kenapa tiada pengawasan yang ketat bila bawa ramai orang sedangkan setiap kali training ada dua orang coach untuk assist Coach Zainal. Banyak pulak tu dialog nasihat yang masuk padahal terang-terang salah coach. 


Terlampau banyak sub-plot diwujudkan untuk menceritakan masalah pemain-pemain utama hingga masalah utama tak dikembangkan dengan baik. Macam Babak Maro (Ahmad Daniel Hakimi) yang dilanda musibah sebelum final ataupun watak Ariff yang tak ada keyakinan diri sebagai kapten pasukan walaupun bakat dia bagus. 

Penulis nak tunjuk yang satu pasukan boleh menang tanpa bergantung dengan pemain-pemain hebat macam Danish ataupun Maro tapi bila Maro balik, semua happy sampai lupa dengan pesanan tadi. Watak Tuck (Joel Timothy Low) pun kasihan sebab Coach Zainal dah tahu kaki dia sakit tapi paksa juga pergi ke kampung Maro. Tak boleh nak fokus babak Coach Zainal pujuk Maro sebab Tuck dekat belakang tu macam terseksa kena catch up pace diorang. Boleh faham lah kenapa CEO beria nak jaga hati Wilson sebab nak bawa Tuck pergi hospital pun susah. Kesian budak tu, rawat kecederaan guna minyak angin je. 


Anak Rimau The Movie ni patutnya jadi drama sebab ada banyak sub-plot yang penulis nak cramp dalam satu cerita berdurasi 143 minit. Mungkin kalau dalam format drama, kita boleh kenal dengan lebih mendalam lagi semua watak dan rasa gembira dengan kejayaan mereka pada hujung cerita. Watak Danish dengan Ariff boleh jadi salah satu kekuatan naskhah Anak Rimau The Movie tapi tu lah, tenggelam dalam sub-plot yang lain. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.2 = 6.3/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.