Lagu Tempatan Menarik Tahun 2022

Saturday, 25 February 2023


Pana rasa macam dah lama tak dengar lagu tempatan tapi ada juga beberapa lagu yang terselit dekat Youtube lepastu bila dengar eh macam best lah. Kalau layan drama atau filem pun macam menarik jugak lagu ni. Jadi I buat lah list sebab saja nak tarik SEO nak simpan sini. 

Lagu-lagu yang disenaraikan tak ikut turutan tau dan senarai ni pendek je sebab mungkin tak sempat discover lagu tempatan tahun lepas jadi kalau you guys ada lagu tempatan menarik nak share jugak, boleh je letak dekat ruang komen :)

1. Payung - Zizan ft Elizabeth Tan

Lagu tema filem Abang Long Fadil 3, Payung tak ambil masa yang lama pun untuk suka, special juga dalam list ni sebab I jadi orang terawal yang dengar sebab dapat jemputan dari Skops Productions untuk trailer launch dan theme song launch. 

Chorus dengan lirik yang comel dinyanyikan oleh suara comel Lizzy antara highlight dalam lagu Payung. Rap dari Zizan pun ada karakter dan flow energy yang padu. Jarang lah tak suka lagu rap dari Zizan. 

2. Igauan Malam - Insomniacks

Lagu Igauan Malam antara lagu yang Youtube suka sangat selit tanpa jemu sampai I terpaksa bagi peluang untuk dengar full song. Vibe lagu Igauan Malam lebih kurang sama dengan Pulang atau Reminisensi jadi tak ambil masa yang lama pun untuk masuk dalam playlist. 

Jatuh cinta dengan part 'Jangan cariku, aku dah hilang' sebab emosi dengan tona suara dia portray the exact situation. 

3. Bahaya - Luqman Podolski

Buah tangan baru dari Luqman Podolski ni kelakar sebab menceritakan senario kehidupan dia dan sang kekasih. Walaupun lagu Luqman selalu berulang dan santai tapi catchy dan fun untuk layan dan jadi penghibur tiap hari. 

4. Satu Malam di Temasek - Joe Flizzow ft Sona One 

Mungkin sebab selalu denga genre hip-hop, Youtube suggest lagu Satu Malam Di Temasek, gandingan Joe Flizzow dan Sona One. Lagu yang sarat dengan mesej sosial dengan gaya tersendiri. Part chorus yang jadi penarik kuat untuk I berdoa supaya lagu ni menang di AJL. Tahniah walaupun tersasar ke tempat kedua. 

5. Sudi - DOLLA ft Yonniboi

Dah pernah buat dah entry untuk lagu kolaborasi Dolla dan Yonniboi yang berunsurkan healing dan appreciation kepada fandom iDOLLA dan juga fans Yonniboi. Kita yang casual listener pun jatuh cinta dengan hasilnya. 

6.  Kong Kali Kong - Floor 88 x Namie

Trust me, I pasang lagu ni depan boss though he didn't budge a bit pun. Floor 88 dengan gubahan lagu yang kreatif dan lirik yang kelakar ni jarang lah tak layan. Kali ni bergabung pula dengan pelawak baru, Namie yang ada bakat untuk menyanyi. This song is my anthem I didn't know I need. 

7. Aku, Hati dan Perasaan - Haqiem Rusli

Sebagai casual listener yang tak nak join fandom Qiemilio, lagu Haqiem Rusli terbaru berjudul Aku, Hati Dan Perasaan dengan tema patah hati dalam gubahan balada antara lagu yang jadi tumpuan untuk tahun 2022. Kalau dah move on pun bila dengar lagu sendu Haqiem Rusli mesti rabak balik. 

8. Hal Hebat - Govinda X Ernie Zakri

Selain Youtube suggestion atau selit-menyelit, ada juga lagu yang kawan office pasang macam lagu Hal Hebat ni. Sebelum ni dengar dekat Reels atau TikTok, tak pernah pun rasa nak dengar full. Bila dipaksa dengar, eh macam syok pula lagu ni. Lirik dia sweet dengan suara lunak Ernie buatkan lagu balada hasil projek kolaborasi dua negara terhasil indah. 

9. Cinta Hanya Buatan - Afieq Shazwan ft Muna Syahirah


Masa layan drama Sekali Lagi Cinta Kembali tak perasan pula lagu Cinta Hanya Buatan dinyanyikan oleh Afieq dan Muna. Menariknya, ini kali pertama kedua-dua penyanyi bekerjasama dalam sebuah lagu balada. Intro lagu Cinta Hanya Buatan ni lebih kurang sama dengan single kedua Muna, Teguh Setia (2019).

I suka lagu Teguh Setia, I suka gabungan suara Afieq dan Muna, lirik lagu Cinta Hanya Buatan sarat dengan metafora berbunga orang lama macam zaman 90-an dulu jadi lagu ni memang wajib ada dalam senarai. 

'Tak bersungguhnya meniti tangga-tangga bahagia'

'Pergi, sebelum kecewa ku membenih'

10. Andi Bernadee - Aku Di Sini 

Andi kembali dengan lagu balada lepas single balada, Penat pada tahun 2021. Walaupun tak suka dengan music video tapi lirik dia sweet sangat. Sesuai sangat Andi guna akustik untuk serlahkan suara mendayu seolah memujuk supaya emosi tampak kuat sesuai dengan penceritaan lagu.

Terlepas kata bila marah

Ku hanya manusia biasa oh..

Kadang tersilap langkah

Namun hati ku tetap kau yang punya

11. Isaac Voo - Time Bomb

Isaac debut di Malaysia dengan identiti yang dibawa dari Kpop menerusi lagu yang bertemakan tentang cinta dalam konsep bom jangka. Lagu dia catchy especially part chorus. 

12. Santai - Faizal Tahir

Lagu ni walaupun bersifat kelakar tapi rasa tenang bila chorus highlight supaya kita chill dan santai je dalam hidup ni. 

13. Ring Ring - Luqman Podolski

Walaupun lagu Ring Ring keluar dahulu dari lagu Bahaya tapi lepas dengar Bahaya baru jumpa single yang menceritakan tentang breakup. Suka cerita yang ringkas tapi mendalam dekat bahagian verse pertama, dikuatkan lagi di bahagian chorus yang dia dah tutup buku. 

14. Casablanca - Nuha Bahrin & Naufal Azrin

Tak tahu lah siapa yang tak suka lagu comel tentang perasaan angau jatuh cinta ni. Tahu lagu ni pun sebab jumpa dekat TikTok. Memang ramai lah yang guna part chorus 'Denyut jantungku berdebar' untuk content pasal bias Kpop masing-masing. 

15. Gatal - Janna Nick


Penangan TikTok juga bila ada Gatal Challenge sebagai promo material untuk single fun and catchy dari Janna Nick. Nampak lah Janna ada improvement walaupun single ketiga dia masih lagi guna auto-tune. But who cares lah as long as lagu tu fun dan menghiburkan, kita masuk je dalam playlist. 

16. Swipe - Alyph

Lagu Swipe ni pun jadi kegilaan ramai untuk tahun 2022 terutamanya masa PRU sebab ramai yang guna untuk promote parti masing-masing. First time dengar lagu Swipe ciptaan Alyph dari TikTok juga terus masuk dalam playlist tapi dengar yang audio lah sebab nak mengelak dengar suara Dato' Vida. 

17. Hanya Mahukan Bye -Aziz Harun 


Tak tahu kenapa single terbaru Aziz Harun tak menyelit masuk ke Youtube lebih awal lagi sebab lagu dia lebih kurang vibe Ring Ring. Suka part 'Raga bila bertemu tak semestinya perlu bersatu' dalam rangkap intro. Love the poster too!

18. Tak Ingin Usai - Keisya Levronka, Nabila Razali

Lagu dari seberang yang tarik pendengar Malaysia dengan kolaborasi bersama artis tempatan. Lirik lagu Tak Ingin Usai ni best dengan runut balada cuma I suka version ni sebab suara Nabila dengan Keisya lebih kurang sama jadi vibe tak lari jauh pun dari asal. 

19. Sama Seperti Dulu - Hael Husaini

Lagu balada karya terbaru Hael mungkin tak lah menyengat macam single Hari Ini, Haram, Hujan dan yang lain tapi chorus dia melekat juga lah dalam kepala. Lirik lagu dia simple dan berulang tanpa high note pun kecuali pada bahagian chorus sebelum outro tu untuk tambahkan mood dramatik. Suka tengok music video lagu Sama Seperti Dulu. Chemistry Hael dengan Amelia antara kekuatan utama selain visual yang menggunakan filter vintage dan berkonsepkan aesthetic.

20. Andi Bernadee - DU

Lagu dengan runut bunyi yang lembut dan tona suara yang memujuk dari Andi antara lagu yang menarik cuma sayang lah lagu ni best dekat chorus tapi bukan verse. Nasib baik lah lagu Andi memang jenis ulang chorus sampai lebam. 

21. Bukalah Matamu - Aisyah Aziz ft Bunga

I tak layan pun Ejen Ali tapi Youtube suggest untuk layan lagu ni. Pemilihan suara yang tepat lah untuk nyanyi lagu yang menyeru macam ni. Rap dari Bunga kuatkan lagi keunikan lagu Bukalah Matamu. 

I guess that's all from me, tak banyak mana sebab tolak semua remakes songs dari zaman 90-an. Mungkin ada yang famous tapi tak ada dalam senarai ni sebab taste kita tak sama la kot. 

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.