Drama Review | Poong, the Joseon Psychiatrist (2022)
Friday, 10 February 2023
Director: Park Won-guk
Writers : Park Seul-gi, Choi Min-ho, Lee Bom
Cast : Kim Min-jae, Kim Hyang-gi, Kim Sang-kyung
Production Companies: Media Can, Ilchwoljang, Studio Dragon
Distributor : tvN, Netflix
Genre : Historical / Medical / Comedy / Romance
Running Episodes : 12 episodes (60minutes per episode)
Release Date : 1 August 2022 – 9 February 2023
Trailer :
Berlatarkan pada zaman Dinasti Joseon, pengamal perubatan diraja, Yoo Se-yeop (Kim Min-jae) dibuang dari istana kerana gagal selamatkan Raja dari penyakit misteri hingga menyebabkan maut. Ekoran dari tragedi tersebut, ayahnya juga dibunuh ketika menyiasat siapa dalang di sebalik konspirasi tersebut.
Putera Raja (Oh Kyung-joo) juga bertindak buang Se-yeop dari istana kerana tahu kawan baiknya itu takkan sanggup membunuh Raja dan berharap akan mencari bukti kukuh sementara dia cuba bertahan untuk hidup sebelum mati dalam keadaan yang sama seperti ayahnya.
Setahun kemudian, Yoo Se-yeop dan pembantunya Man-bok (Ahn Chang-hwan) secara tak sengaja singgah ke Klinik Gyesu dan diminta untuk lunaskan hutang dengan bekerja sebagai pembantu di situ. Se-yeop tak gemar dengan cara Gye Ji-han (Kim Sang-kyung) yang kaki mabuk dan mata duitan tapi apa yang Se-yeop tidak tahu ialah bayaran dari orang kaya adalah sumber utama untuk membantu pesakit miskin di klinik tersebut.
Kenapa Doktor Gye sentiasa mabuk juga ada kaitan dengan kisah silamnya yang tragis dan tak mahua nak perempuannya, Ip Bun (Kim Su-an) tahu. Setelah beberapa minggu di situ Se-yeop semakin bersemangat untuk hidup, ditambah pula dengan kehadiran Seo Eun-woo (Kim Hyang-gi) yang menawan hatinya. Se-yeop juga tukar nama kepada Poong untuk bersembunyi dari pegawai diraja dan juga atas permintaan nenek yang menjaganya di situ.
Kebolehan ilmu perubatan Poong dan juga ilmu forensic dari Eun-woo buatkan mereka sentiasa sibuk merawat pesakit dan menyelesaikan beberapa kes yang berlaku di Gyesu. Kehadiran pegawai polis diraja pula membuka ruang untuk Poong menyiasat kes pembunuhan Raja dan juga ayahnya.
Naskhah terbaru dari Studio Dragon menampilkan tema yang sedang meningkat tapi berlatarkan pada zaman dahulu. Macam mana pengamal perubatan mula jumpa simptoms sakit mental seperti anxiety, panic attack ataupun depression pada dinasti tersebut. Selain akupuntur dan tonik yang digunakan, Poong juga merawat menggunakan kaunseling dan sifat empati yang selayaknya sebagai doktor psikiatri.
‘Each human body is like a nation. When a heart does not function properly, it threatens your life, so you must be careful and cautions.’ - Poong
Walaupun drama Poong, the Joseon Psychiatrist ni diolah dalam genre komedi tapi cerita dia berat ke arah drama. Tak banyak pun babak komedi dan kebanyakannya datang dari warga Klinik Gyesu. Chemistry antara main lead antara kelemahan drama perubatan ni. Tak pasti lah kalau penulis memang nak kisah cinta Poong dengan Eun-woo dikembangkan dengan pace yang perlahan ataupun mereka memang canggung bila berlakon bersama. Mungkin sebab ekspresi kedua main lead pun flat, second lead juga tak menarik perhatian.
Plot drama Poong, the Joseon Psychiatrist juga ada kalanya tak masuk akal macam episod di mana Poong pergi mencari penawar di kawasan terpencil. Datang kemain jauh sampai makan berhari tapi cari penawar guna mata kasar je. Bila dah putus asa, tiba-tiba angin bertiup bawa kelopak bunga penawar tersebut. Drama sangat. Masa inspektor sembunyi di celah batu dalam hutan tu pun merepek juga lah sebab pemburu tak nampak tapi Poong nampak.
Drama Poong, the Joseon Psychiatrist ni ada dua musim sebab tu ada 12 episod je makanya nak tak nak terpaksa lah tengok musim kedua pula sebab ending tergantung dan mengundang. Nasib baik lah Kim Min-jae ni comel, berbaloi lah juga habiskan masa tengok drama ni.
1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 6.7/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
MA memang x minat sgt cita zaman2 dulu ni, so x layan pun..but adik ckp best
ReplyDelete