Drama Review | Dukun Diva: They Put The Sham In Shaman (2021)

Sunday, 19 February 2023


Pengarah : Ariff Zulkarnain
Penulis Skrip : Alfie Palermo
Pelakon : Nadia Aqilah, Eyka Farhana, Emelda Rosmila, Tony Eusoff, Adlin Aman Ramlie, Siti Khadijah Halim, Kahoe Hon, Aloy Paradoks, Juliana Evans, Douglas Lim, Aziz M. Osman, Sanjana Suri, Anas Ridzuan, Mat London, Fadhli Masoot, Dee Al-Hadi, Hamdan Ramli
Syarikat Produksi : Astro Shaw, Act 2 Pictures
Penyiaran : Astro Citra
Genre : Drama / Komedi / Seram
Jumlah Episod : 8 Episod (42 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan : 6 Disember 2021 - 24 Januari 2022
Trailer : 


Mengisahkan tentang Rubiah Samsudin (Nadia Aqilah) atau gelaran popularnya Che Yah gagal menjadi pelakon terkenal dan kini bekerja sebagai wanita pelayan pelanggan (GRO) di sebuah kelab malam. Hakikat tersebut menyebabkan Che Yah sangat malu untuk pulang menemui keluarganya di kampung.
 
Satu hari, Che Yah menerima panggilan daripada hospital memaklumkan kakaknya, Aishah sedang nazak. Di sini bermulanya perubahan dalam hidup Che Yah bila mengetahui dia bakal menjaga anak saudaranya, Lola (Eyka Farhana) seorang remaja yang bermasalah. Hidup Che Yah sendiri kais pagi makan pagi, terpaksa pula menjaga anak saudara yang suka mencuri untuk isi perut kosong. 


Kerana sering diburu oleh Abang Long, Che Yah dan Lola jumpa jalan untuk dapat duit dengan mudah iaitu menjadi dukun peribadi kepada Datuk DD (Emelda Rosmila). Beliau merupakan jutawan yang terkenal kerana produk jus kesihatannya. Kerana saingan sengit dari La Saddique (Adlin Aman Ramlie), Datuk DD memang mudah sangat percaya dengan perkara tahyul. 

Che Yah dan Lola secara perlahan mendapat kepercayaan Datuk DD dan diberikan tempat tinggal yang selesa selain jumlah upah yang mencecah puluhan ribu ringgit. Lola semakin tak sedap hati kerana takut makin susah untuk lari dari Datuk DD namun Che Yah sentiasa ada agenda baru untuk suap perasaan tamak halobanya. 


Naskhah yang tampil dengan tema yang unik menggunakan template komedi slapstick selain menjadi naskhah satira tentang jutawan kosmetik yang menggunakan marketing merepek dan produk yang berbahaya kepada masyarakat. Selain con-artist dan jutawan kosmetik, penulis Alfie Palermo juga mewujudkan watak scammer, Zul (Tony Eusoff) yang menjual lot tanah di Australia dengan harga puluhan ribu ringgit. 

Sementara Che Yah dengan idea licik untuk cari wang dengan pantas, Lola pula terjerat dengan trauma dan masalah hidup hingga wataknya berubah jadi perengus dan mengasingkan diri dari orang lain. Chemistry Eyka dengan Kahoe menghidupkan lagi sudut cinta remaja cuma penulis tak kembangkan dengan lebih mendalam lagi. Mungkin sebab tak nak lari dari elemen komedi yang digunakan dari awal. 


‘Kau nak pergi Jeju sebab Jeju tu jauh? Fine! Tapi aku guarantee kau, kau takkan happy. You know why? Selagi kau tak happy dengan diri kau, kau takkan happy.’ – Daniel

Sinematografi yang memaparkan keindahan beberapa lokasi di Malaysia tampak cantik dalam drama Dukun Diva. Babak family Datuk DD bercuti di Kem Cinta Abadi, babak Daniel dengan Lola keluar dating dan banyak lagi babak lain terlihat cantik walaupun ada beberapa babak yang menggunakan CGI dan nampak lemah suntingannya. 


Suka tengok kostum Che Yah yang cantik dalam persalinan kebaya nyonya dan set barang kemas tradisional. Kudos to wardrobe team sebab perjelaskan lagi karakter setiap watak menerusi pakaian dan juga props. Tertarik juga dengan pejabat La Saddique yang menggunakan konsep santai ala Google. Lagu tema keluarga La Saddique pun fun dan catchy. Dekat hujung cerita muncul dua lagu yang berkaitan dengan situasi and I was wondering kenapa lah tak buat konsep komedi musikal sebab lagu yang digubah pun best. 



Naskhah drama Dukun Diva terbitan Astro Originals ada kelemahan pada beberapa part. Personally I rasa penulis perlu kembangkan lagi watak Lola sebab ada benda macam tak didedahkan sangat. Kenapa dia tersentuh dengan La Saddique yang anggap dia sebagai mentor sedangkan Che Yah yang selalu protect dia? Untuk tontonan santai, not bad lah sebab ada part yang komedinya menjadi terutamanya pada friendship Zul dengan Sarjan Anep (Aloy Paradoks). Not a fan for the ending too but that's okay lah sebab nak jadikan pengajaran. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 7.5/10

3 comments

  1. kreatif betul laa penulis/pencetus idea drama ni... bg sy jln ceritanya lain drpd yg lain👍👍

    ReplyDelete
  2. drama ni kelakar betul, suka tengok gandingan Nadia Aqilah dengan Eyka Farhana.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.