Bulan lepas kecoh dekat Twitter tentang apps baru dari Singapura, Bondee yang menjadi platform untuk berbual menerusi avatar menarik. Dalam masa 2 minggu saja, apps Bondee dimuat turun seramai 2 juta pengguna.
Menariknya Bondee biarkan pengguna cipta avatar sendiri dengan pelbagai pilihan bentuk muka, gaya pakaian menerusi pakaian yang disediakan untuk hidup dalam ruangan maya ni. Setiap pengguna mempunyai satu bilik kosong dan boleh hias melalui perabot atau props yang disediakan.
Trending dekat Twitter sebab ramai yang minta tutorial untuk masukkan gambar sendiri dalam bingkai gambar yang disediakan oleh Bondee. Bilik I penuh dengan gambar TREASURE dan Hyunsuk lah. Ambil masa satu jam juga lah untuk siap hias bilik ikut taste semborono. Tak syok sebab bilik kecil je tapi perabot yang disediakan gedabak kemain.
Nak add kawan ada dua cara, sama ada terima jemputan dari orang ataupun kita scan QR code kawan yang diinginkan. Dalam satu apps Bondee, hanya 50 orang kawan yang dibenarkan untuk berkongsi ruang. Kalau tekan dekat 'Neighbors' tu boleh nampak lah ruang jiran lain. Boleh melawat juga dan tinggalkan nota.
Sis malas nak menambah ahli sampai cecah 50 orang jadi yang ini saja jirannya. Lepastu memasing pulun tukar status sebab setiap status tu ada perbuatan yang comel.
Dekat ruang home boleh tengok semua orang tengah buat apa. Boleh lah ajak chat juga. Awal tu seronok lah sebab avatar comel tapi makin lama makin bosan. Dua hari je bertahan lepastu tak tau nak buat apa dah. Kita boleh stargazing tapi entah lah tak rasa menarik pun. Mungkin untuk Gen Z syok lah kot sebab dunia diorang memang dekat alam maya je.
Ingatkan Bondee ni macam Plato, boleh chat sambil main game. Rupanya chat semata je. Haaaa bosan. Dah la perabot dengan wardrobe tak boleh upgrade, yang itu je lah sampai ke sudah. Maka, kita uninstall lah lepas mati kutu. Bye Bondee T.T
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.