Here it is, first report card untuk tahun 2023!
Tahun lepas untuk bulan Januari agak sikit entry yang I update sebab sibuk dengan audit tapi memandangkan tahun ni ada cuti yang banyak, boleh lah pulun update sampai lebam. Walaupun ada banyakkkk lagi yang tak sempat nak update, tapi hadap je lah. Masa tak cukup, masa dah suntuk.
1. PV
Kalau bulan
Disember 2022, PV mencecah 90k saja, untuk bulan Januari dah berjaya cecah sampai 120k. Mungkin sebab dapat press release untuk beberapa drama dan filem yang menarik di Astro. Dekat Netflix pun ada beberapa filem yang menarik. Tak hairan lah kalau view naik sikit bulan lepas. Cuti panjang pun sampai 3 kali jadi ramai ada banyak masa untuk baca review.
Tengok pada all time PV tu dah mencecah 3.6 juta jadi boleh la kot merasa 4 juta PV pertengahan tahun nanti. Google Analytics come up dengan crawler dan akaun baru, nak tengok jugak macam mana performance lepas set up property baru.
2. Posts
Movie Review : Freddy masih dalam Popular Post untuk bulan Januari 2023, kira ramai juga lah yang mencari. Review untuk Brahmastra pun naik balik sebab haritu nampak jugak trending dekat Twitter. Press release Pulau mencanak betul ye sebab magic tricks dekat dalam trailer, tak sabar nak tengok penangan masa full movie keluar nanti. Boleh tahan tinggi jugak lah view untuk semua post dalam Popular Posts ni sebab paling rendah pun seribu lebih nak compare dengan bulan Disember, dalam 600 macam tu je.
3. Audience
Tak perasan bila masa audience dari Indonesia naik tinggi, duduk lebih kurang sama dengan audience Malaysia. Something great to watch lah sebab review I pun banyak dari filem negara seberang jadi seronok tengok usaha kita tertuai dengan baik. Mana lah tahu boleh kolaborasi lagi dengan reviewer dekat sana ataupun producer dekat sana kan? Sebab banyak je filem Indonesia yang masuk panggung kita.
Sekarang ni misi untuk naikkan balik readers dari India pulak. I baru perasan yang I jarang dah buat review untuk drama Hindi dan fashion files. Banyak benda betul nak catch up dalam masa singkat ni. I keraiiii.
4. Bilangan Entri
Bilangan entry untuk bulan Januari tak berjaya cecah 60 entry walaupun ada banyak cuti. Masa cuti tu lah nak tidur, masa tu lah nak keluar jalan-jalan. Duduk rumah pulun lepastu masa tu lah jugak nak tengok movie. Nak compare dengan tahun lepas, kira jauh jugak lah gap tu so I redho je tak cecah pun sebab nanti ada la tu dekat mana-mana bulan I boleh tapau lebih dari 60 entry.
Anyway, selamat bercuti semua dan terima kasih banyak kepada yang berkunjung ke blog ni. Have a happy weekend ahead :)
Tahniah
ReplyDeleteRajinnya mengentri
Tahniah! Sy paling respect sekali dgn farhana.. Thn nie nak juga pulun bwat entri byak2
ReplyDeletehaha segan lah, nurul pun power jugak. Semoga mission kita hasilkan entry banyak berjaya kekeke
Deletewow..tahniah,,ramainya visitor
ReplyDeleteTahniah.. cantik report Jan ini.. Semoga terus semangat.. Chayook!! suka baca review filem dengan drama..
ReplyDelete