Telemovie Review | Obses (2022)

Tuesday, 24 January 2023


Pengarah : Helmi Yusof 
Penulis Skrip : Pouvin, Tommy Loh
Pelakon : Hun Haqeem, Adriana Adnan, Razman Mahayuddin, Irsyadi, Hariz Hamdan, Maya Jaafar
Syarikat Produksi : Pencil Pictures & Records Sdn. Bhd.
Pengedar : Citra Exclusive, Astro Citra 108
Genre :  Psikologi / Thriller
Durasi Tayangan : 97 minit
Tarikh Tayangan : 12 November 2022, Sabtu, jam 10.00 malam
Trailer :


Obses berkisarkan kehidupan Mira (Adriana Adnan) yang bekerja sebagai akauntan di syarikat kejuruteraan di bandar Kuala Lumpur. Di rumah, Mira selalu merasakan dirinya diperhatikan, apatah lagi di pejabat kerana sering saja mendapat bunga ataupun belon. 

Walaupun rakan sekerjanya, Nurin (Maya Jaafar) mengganggap Mira sebagai beruntung kerana selalu mendapat perhatian ramai jejaka dan peroleh banyak hadiah namun Mira rasa seram dan rimas dengan tingkah laku tersebut. Bila dapat tahu Yusof (Irsyadi) antara pengirim rahsia, Mira tegah dari menghantar dan berpesan supaya berjimat. Ehsan (Razman Mahayuddin), sepupu Mira yang baru datang dari kampung juga perasan ada lelaki yang selalu mengekori Mira di pejabat. 


Dalam masa yang sama, Yusof sengaja cucuk jarum supaya Lokman (Hun Haqeem) sakit hati kerana dia tahu Lokman juga tergilakan Mira. Lokman dan Yusof ada sejarah lama bila mereka berdua mempunyai pertalian dengan gadis bernama Linda. Yusof menyampah dengan Lokman yang selalu berbual mesra dengan Linda sampai lah satu hari Linda hilang dan ditemui meninggal dunia. 

Tanpa mereka sedar, pengurus baru, En. Firash (Hariz Hamdan) juga jatuh cinta pandang pertama terhadap Mira. Mudah saja untuk Firash masuk ke dalam dunia Mira kerana mereka selalu mempunyai urusan bersama. Tapi Firash juga ada sejarah lama bila Aireen (Melissa Aurellia Quek) obses hingga Firash bertindak untuk putuskan hubungan. 


Naskhah Obses arahan Helmi Yusof yang menggunakan tema masalah psikologi mempamerkan bahaya stalking dan juga perasaan suka yang melampau. Macam Mira yang tak mahu perbesarkan perkara bila dapat tahu Yusof atau Lokman simpan gambarnya kerana semua gambar tersebut diambil dari media sosial miliknya. 

Dialog dalam telefilem Obses agak terhad tentang tema yang dibawa sebab tak banyak penjelasan mengenai impak atau bahaya kepada mangsa. Langkah yang disarankan pun cuma terletak pada polis semata ataupun berpindah dari tempat kerja tersebut. Betul lah apa Mira kata, kenapa dia pula perlu pindah sedangkan Yusof, Lokman dan lelaki-lelaki lain yang kacau. Kalau pindah tempat lain tapi Lokman ikut juga macam Aireen yang beria kejar Firash tu macam mana? 


Tengok pada gaya penceritaan Obses ni macam tak berapa nak logik pun ye jugak sebab terlampau mudah untuk pekerja bercerita dengan pegawai atasan macam Yusof bagitahu tentang kunci pendua rumah Lokman. Kenapa Firash tak seram bila tahu Yusof tahu pasal tu sedangkan Yusof ada sejarah sakit mental dan bermusuh dengan Lokman? I dah 3 tahun kerja pun tak pernah pergi rumah kawan sekerja kalau tak berjanji atau ada majlis apatah lagi tahu dekat mana dia letak kunci pendua. Mungkin ada la kalau yang betul-betul rapat tapi sampai tahu kunci pendua dekat mana ni a bit scary lah. Nurin dengan Mira yang rapat tu pun tak sampai terjah masuk rumah. 

Babak lain yang diragui logiknya bila bercinta tapi senang betul lepak dekat rumah kekasih atau tunang macam Firash dengan Aireen. Sama juga dengan Linda dan Yusof masa diorang try baju nikah tu. Selalunya orang fitting dekat butik tapi diorang fitting dekat rumah Yusof. Dekat bandar memang la ramai yang buat macam tu tapi telefilem ni kan tayangan umum, macam tak berapa nak kena lah babak-babak macam tu. 


Babak dekat pejabat macam tak nampak sangat diorang betul-betul bekerja walaupun ada timbunan dokumen dengan layout plan. Masa Lokman minta borang OT dekat Mira pun nampak yang Mira tak buat kerja sebab PC dia tak on pun tapi tangan busy menaip. Mungkin dia berlakon depan Lokman tapi kelakar lah sebab dah pukul berapa dah tapi tak start kerja lagi. 

Masa Lokman hentam kepala Yusof dengan safety hat pun macam over sampai Yusof pengsan berdarah bagai sebab safety hat tu ringan je.  Ada banyak lagi lah babak yang menangkan watak utama supaya kerja dia nampak smooth je walhal kalau execute dalam dunia realiti, tak lah semudah tu. 


Lakonan Hun Haqeem sebagai lelaki yang sakit mental tu menjadi ditambah pula dengan tease dari penulis yang menggunakan kreativiti untuk sorok siapa pembunuh sebenar sampai ke hujung cerita. Cuma geram lah sebab ada banyak benda yang dipandang ringan sampai babak tersebut nampak tak menjadi. Tikam perut banyak kali pun baju tak carik, darah pun tak keluar. Genre thriller tapi tak seram atau mendebarkan pun. Sayang lah dekat situ sebab story boleh tahan okay dah, lakonan pun bagus. Execution je lemah. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.8, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 5.8/10

2 comments

  1. Aduhai execution lemah memang rugi. Rare lakonan Hun Haqeem kali ni

    ReplyDelete
  2. bila execution tak cantik, jalan cerita terus jadi out.. sayang..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.