Pengalaman Buruk Tukar Kad di Maybank Ara Damansara

Sunday, 15 January 2023


Masa pergi ATM nak withdraw duit baru perasan yang kad dah expired. Alang-alang dah ada dekat Maybank, terus je lah ambil nombor giliran untuk kaunter 9. Nak tukar kad bank je pun, should be no problem at all lah kan. 

Masa menunggu pun tak lama dalam 2 orang macam tu sebab ada 2 orang yang tak datang ataupun dah batalkan niat untuk ke kaunter tu. Idk lah, not my problem gituhhh. Sampai turn I, dah bagi salam dah duduk, keluarkan IC dengan kad bank lama. Pegawai bank tu memang dari awal grumpy, jawab salam pun tidak, senyum langsung tak ada. Mungkin sebab protokolnya macam tu. Tak kisah lah, yang penting dapat kad baru hari tu jugak. 

Bab isi borang tu semua pegawai bank yang buatkan, part I cuma letak ibu jari dekat scanner tu untuk masuk dalam database system. Cuba ibu jari kanan, tak boleh. Dia suruh letak atas sikit. Sama jugak, tak boleh. Cuba pulak jari kiri, sama jugak tak boleh. Pegawai bank tu dah annoyed. 

'Tangan awak kering ke?' 

Dia bagi losyen supaya tangan lembap sikit. Kasar cara dia tapi kita buat tak nampak je lah. Cuba lagi scan. Tetap sama, tak boleh jugak. 

'Ibu jari awak ni ada masalah ke? Kalau tak boleh jugak kena bawak kad ni pergi ....... '

Tak dengar dan tak nak dengar pun apa pegawai tu cakap sebab sibuk fikir ada apa dengan ibu jari ni? Ada pernah terluka ke masa memasak sampai garisan cap jari hilang? Pernah melecur ke masa guna lighter? Tak pun ada orang tuang acid masa I tidur? Takkan tak sedar? Pedih kot benda tu. 

Nasib baik cubaan terakhir berjaya jugak scan. Selesai tandatangan borang perakuan, dapat lah kad baru untuk tukar pin number. Masa dapat kad tu I ambik kasar lepastu tolak kerusi kuat-kuat. Hempas je semua benda tanpa cakap terima kasih sebab pegawai bank tu biadap. Lepas tukar pin, dah boleh guna dah kad bank baru. 

Bila balik office, ada dispatch MyEG datang hantar road tax. Dia minta scan ibu jari untuk perakuan terima barang. Letak macam biasa je, tak lama pun dah detect dan dah selesai. Kesimpulannya bukan ibu jari I lah bermasalah, scanner Maybank tu yang bermasalah. Tak guna pun dapat keuntungan beriban tapi equipment low quality. Sedih!

2 comments

  1. Aduh.. Dia yang ada masalah, nak marah2 orang pula..
    Selalunya pegawai bank tu akan check mesin dia bukannya salahkan customer.. Ish.. Tak supa pegawai macam ini.. Jadi tak best nak berurusan..

    ReplyDelete
  2. apalah pegawai tu, tak patut tau. Haishh. kita pulak yang geram tengok

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.