Movie Review | Thank God (2022)

Saturday, 7 January 2023


Director : Indra Kumar 
Writer : Aakash Kaushik, Madhur Sharma
Cast : Ajay Devgn, Sidharth Malhotra, Rakul Preet Singh  
Production Companies : T-Series Films, Maruti International, Soham Rockstar, Anand Pandit Motion Pictures 
Distributors : AA Films & Ptributor Digital Service 
Genre : Fantasy / Comdey / Drama
Running Time : 121 minutes
Release Date : 25 October 2022 
Trailer :


Kisah bermula dengan kehidupan Ayaan Kapoor (Sidharth Malhotra) yang mengalami kerugian akibat aktiviti rasuah selepas Kerajaan India menghentikan pengeluaran not Rs5,000 dan juga Rs1,000. Kerana masalah kewangannya, Ayaan mencari pembeli untuk rumah mewahnya namun sering gagal kerana sikapnya yang baran. 

Sementara menunggu pembeli, Ayaan berpindah ke rumah isterinya, Ruhi Kapoor (Rakul Preet Singh) yang merupakan seorang pegawai polis. Ayaan mempunyai impian untuk menjadi pegawai polis namun gagal dalam ujian kelayakan sebaliknya isterinya pula yang terpilih. Bukan saja kecewa kerana impiannya tak tercapai malah tak pernah ambil peduli dengan tugas Ruhi. Selagi nama Ruhi tak terpampang di dada akhbar, selagi itulah kerjaya Ruhi tak membawa makna kepada Ayaan. 


Satu hari Ayaan kemalangan dan disahkan koma namun roh Ayaan dibawa berjumpa C.G (Ajay Devgan) yang akan menentukan sama ada Ayaan boleh pulang ke dunia kerana amalan baiknya ataupun dicampak ke neraka akibat sikap buruk sepanjang dia hidup sebagai lelaki, anak, suami dan juga ayah kepada Pihu (Kiara Khanna). 

Filem komedi yang diadaptasikan dari filem Denmark, what Goes Around (2009) arahan Anders Matthesen mendapat sentuhan yang sesuai dengan budaya masyarakat India di bandar Mumbai oleh Indra Kumar yang terkenal dengan naskhah komedi di Bollywood. 


Boleh kata Indra Kumar memang selesa bekerja dengan Ajay Devgn sejak filem Ishq (1997), Masti (2004) dan Total Dhamaal (2019) dan tepat juga keputusan tu sebab filem ni tarik ramai penonton ke panggung wayang pada perayaan Diwali. Pertama kali juga tengok Sid Malhotra bekerja dengan pengarah dan juga Ajay Devgn. Dinamik antara dua pelakon pun menyerlah setiap kali mereka bahaskan tentang isu kehidupan yang dijalani oleh Ayaan Kapoor sebagai broker rumah. 

Filem Thank God juga menjadi tumpuan bila menampilkan Nora Fatehi sebagai cameo dalam lagu Manike yang menggunakan konsep sexy dan menggoda. Terpukau teruk tengok chemistry Sid dengan Nora, sama cantik sama padan walaupun cuma untuk lagu berdurasi 4 minit tapi meninggalkan impak yang kuat. Lagu Haaniya Ve pun romantik juga dengan fokus kisah cinta Ayaan dengan Ruhi. 



Memandangkan naskhah Thank God menggunakan genre komedi jadi tak letak expectation tinggi pun bila layan. Saja layan sebab ada Sid lepas stress balik kerja. Hidup Ayaan agak kelakar lah sebab nasib malang bertimpa tapi lebih kepada masalah yang dicari sendiri. Macam masalah rasuah dengan kedekut. 

Babak dekat kuil tu tak logik betul nak salahkan Ayaan seorang bila dia habiskan duit kepada Dewa Hanuman sedangkan ada nenek yang kebuluran sebab 4 hari tak makan. Nak letak salah tu dekat Ayaan tak boleh juga sebab orang lain pun tak sedekah, kenapa dia pula yang dapat karma? Punya lah ramai orang dekat kuil tu tapi Ayaan juga yang kena musibah. 


Sama juga dengan babak dalam lif bila Ayaan kena bersabar dengan lelaki yang buang masa dengan tahan pintu lif. Benda boleh settle cepat tapi kena tunggu lama sebab dia bergayut dengan wife. Siapa tak marah? Patutnya lelaki tu lah yang salah sebab tak hormat masa orang lain. 

Tak logik juga bila CG tunjuk akibat Ayaan jual soalan dekat pelajar bodoh masa sekolah rendah dulu akibatkan India ada doktor bodoh. Ayaan jumpa budak tu masa sekolah rendah je pun tapi dia punya bodoh membawak sampai ke besar, sudahnya Ayaan yang kena tanggung. 


Bila plot Thank God berlatarkan kehidupan alam barzakh, maka banyaklah penggunaan CGI dalam filem ni. Ada masa okay lah, ada masa nampak betul CGI tu. Props yang digunakan pun ada masanya merepek juga macam babak Ruhi selamatkan lelaki terdesak tu, ramai bagi duit keras. Nampak sangat print sebelum start shooting. Rumah pusaka Ayaan pun nampak sangat set dekat studio. Background music pula terlampau dramatis sedangkan babak tu tak dramatik pun. 

Banyak pula kelemahan dalam Thank God ni tapi okay lah nak layan santai ataupun nak tengok Sid Malhotra yang handsome. Anak dia Pihu tu pun comel kemain. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.2 = 5.5/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.