Movie Review | Noktah Merah Perkahwinan (2022)

Saturday, 28 January 2023


Pengarah : Sabrina Rochelle Kalangie
Penulis Skrip : Titien Wattimena, Sabrina Rochelle Kalangie 
Pelakon : Marsha Timothy, Oka Antara, Sheila Dara Aisha, Ayu Azhari  
Syarikat Produksi : Rapi Films 
Pengedar : Netflix 
Genre : Drama / Romantik
Durasi Tayangan : 119 minit
Tarikh Tayangan : 15 September 2022
Trailer :


Sinetron Noktah Merah Perkahwinan hasil sutradara Buce Malawau yang dahulunya pernah ditayangkan pada tahun 1996 dibikin semula mengikut format filem yang berkisarkan rumah tangga Ambar (Marsha Timothy) dan Gilang (Oka Antara). 

Sementara Gilang menjauhkan diri dan fokus dengan kerjayanya sebagai arkitek landskap, Ambar pula menghabiskan masa di bengkel seramik. Ada masanya Ambar minta Yuli (Sheila Dara Aisha) uruskan anak-anaknya lantas membuatkan Gilang semakin kenal dengan gadis tersebut. Makin lama berkenalan Gilang semakin mesra dengan Yuli dan senang dengan kehadirannya. Tambah pula perspektif mereka sama, minat juga sama. 


Ambar perasan kemesraan tersebut dan semakin terasa hati dengan sikap Gilang. Usaha dia untuk perbaiki hubungan mereka temui jalan buntu walaupun mereka mendapatkan khidmat nasihat dari pakar kaunseling rumah tangga terbaik di kota tersebut. Yuli juga perasan sikap dingin Ambar terhadapnya, tahu perasaan dia terhadap Gilang itu salah tapi dia selesa dalam situasi tersebut.
 
‘Nggak semua pasangan yang datang ke sini masih punya harapan untuk pertahankan hubungan pernikahan mereka. Bahkan sebahagian, hanya butuhkan validasi akan keputusan mereka untuk bercerai. Keberadaan saya di sini bukan untuk menyelamatkan rumah tangga kalian tapi hanya membantu masing-masing kalian, kebahagiaan yang dibutuhkan. Apakah terus bersama atau berpisah, terserah keputusan kalian.’ – Bu Kartika (Ayu Azhari)


Sebak tengok naskhah drama olahan Sabrina Rochelle Kalangie kerana paparkan reality dalam perkahwinan. Masalah kecil yang kerap berulang sampai pasangan mula pilih untuk bercerai. Sedih bila dengar soalan Ambar, kenapa manusia perlu berkahwin? 11 tahun berkahwin, rosak begitu sahaja berpunca dari perangai suami. 

Walaupun pace movie agak perlahan tapi banyak masalah yang dipaparkan oleh penulis hinggakan klimaks terasa impaknya. Kita pun jadi penat setiap kali Ambar tertekan dan penat dengan perangai Gilang. Memang suami dia baik tapi tak peka dengan orang sekitar. Lupa sapu ubat dekat belakang Bagas (Jaden Ocean) walaupun dah pesan, cerita masalah keluarga dekat ibu sendiri, berdiam diri bila ibu dia marah isteri depan anak-anak, lari setiap kali isteri ajak berbincang dan banyak lagi. Semua benda remeh je tapi bila kumpul boleh membukit juga rasa sakit hati tu. 


Comel tengok watak anak sulung Ambar dengan Gilang yang empati dengan orang tua. Masa Ambar terasa hati dengan ibu mertua tu Bagas alihkan satay dari pinggan mak dia. Bila Ambar geram Gilang lupa letak krim, Bagas tenangkan supaya mak dia tak risau atau bergaduh lebih panjang dengan Gilang. Dalam kepincangan Ambar dan Gilang sebagai suami dan isteri, bab parenting mantap terjaga. Boleh nampak Gilang belajar dari ayah dia yang tenang bila Gilang pujuk supaya Bagas tak terlampau tekan diri asalkan hidup sihat, cukup makan dan terjaga. 

Naskhah Noktah Merah Perkawinan jelas paparkan realiti kehidupan sebab gambarkan kisah manusia yang tak sempurna. Tak kisah lah dari aspek mana pun, sebagai suami-isteri, sebagai anak, sebagai pekerja ataupun sebagai ibu-bapa tetap ada kelemahan dan kelebihan masing-masing. Tua atau muda tak menjamin pun keputusan yang diambil tu tepat. Tak semestinya watak Ambar tu sempurna ataupun Gilang sepenuhnya berdosa. Watak Yuli pun tak lah jahat seperti tipikal orang ketiga, dia cuma ada pada waktu Gilang perlukan seseorang. 


Dialog antara kekuatan naskhah yang bertemakan kepincangan rumah tangga, bila menegur terasa masuk ke dalam hati, bila masuk suasana dramatik juga beri impak pada situasi. Lakonan Marsha juga highlight utama sebab dari gaya pun dah nampak perasaan dia macam mana. Suami dia je lah yang buta. Sinematografi dan music score menguatkan lagi penceritaan sedia ada. Recommended!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.2/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.