Movie Review | Mission Majnu (2023)

Wednesday, 25 January 2023


Director :  Shantanu Bagchi
Writer : Aseem Arrora, Sumit Batheja, Parveez Shaikh
Cast : Sidharth Malhotra, Rashmika Mandanna, Parmeet Sethi, Kumud Mishra, Zakir Hussain, Sharib Hashmi, Ashwath Bhatt, Avantika A
Production Companies :  RSVP Movies, Guilty By Association Media LLP
Distributors : Netflix
Genre : Action / Thriller
Running Time : 129 minutes
Release Date : 20 January 2023 
Trailer :


Berlatarkan tahun 1970-an di mana India telah berjaya menghasilkan bom nuklear, Pakistan pula ambil langkah yang sama dengan membina bom nuklear dengan panggil pakar saintis, A.Q. Khan ke Quetta, Pakistan. 

Sebagai ejen RAW, Aman Ajitpal Singh atau Tariq Hussain (Sid Malhotra) mula mendapat arahan untuk mencari tahu lokasi rahsia di mana Kerajaan Pakistan membina fasiliti nuklear tersebut. Tariq bekerja sebagai tukang jahit uniform tentera dan berkahwin dengan Nasreen (Rahmika Mandanna) yang buta sejak kecil lagi. 




Tariq bekerjasama dengan Aslam Usmaniya (Sharib Hashmi) dan Maulvi (Kumud Mishra) untuk mencari info penting supaya dapat menghentikan serangan pihak Israel terhadap Quetta. Kalahnya Indira Gandhi dalam pilihanraya kemudiannya digantikan oleh Morarji Desai (Avijit Dutt) menyukarkan lagi misi rahsia tersebut kerana PM Morarji tidak percaya dengan fungsi RAW kepada negara dan potong dana sebanyak 50%. 

Walaupun misi untuk menyiasat keberadaan kilang nuklear tersebut, Tariq ingin berbakti kepada negara dengan mencari bukti kewujudan dan lokasi tersebut. Mengenali Pakistan dengan mengambil langkah berisiko untuk membalas dendam terhadap India, Tariq yakin negaranya dalam ancaman bahaya. 


Lepas filem Shershaah (2021) yang membanggakan, Sid berlakon sebagai ejen perisik di negara Pakistan. Kalau ikutkan filem Mission Majnu buat penggambaran pada tahun 2021 tapi produser minta untuk tangguhkan tayangan sehingga jumpa pembeli yang tepat iaitu Netflix. 

Action stunt bukan sesuatu yang sukar untuk Sid selepas beberapa kali terlibat dengan filem aksi. Naskhah Mission Majnu arahan Shantanu Bagchi juga tidak lah mempunyai action stunt yang banyak kerana misi Tariq sendiri adalah untuk mengetahui di mana lokasi kilang nuklear. Di awal filem lagi Mr. Kao (Parmeet Sethi) dah bagitahu PM Indira Gandhi (Avantika A) bahawa ejen terbaiknya adalah seseorang yang well-blended in crowd. Cara Tariq peroleh maklumat menarik dan kelakar, berbeza dengan perisik dalam filem thriller yang lain. 


Mission Majnu juga merupakan filem debut kepada Rashmika Mandanna namun filem Goodbye (2022) yang terlebih dahulu bertemu penonton. Menariknya watak Nasreen lebih menjadi dalam filem Mission Majnu berbanding lakonannya sebagai Tara dalam Goodbye. Tak kekok langsung Rashmika lakonkan watak gadis buta dan isteri yang setia menyokong suami walaupun ayah dia syak ada sesuatu yang tak kena. Chemistry antara Sid dan Rashmika tentu saja menghidupkan suasana romantik lantas membuatkan kita tak senang duduk setiap kali Tariq berjauhan dengan Nasreen. 



Dalam naskhah Mission Majnu dapat dilihat perbezaan pemerintahan PM Indira Gandhi dan juga PM Morarji Desai. Kalau ikutkan PM Morarji Desai lebih rapat dengan General Muhammad Zia-ul-Haq (Ashwath Bhatt) berbanding apa yang digambarkan oleh pengarah. Kerana dia menganggap RAW adalah ejen upahan Indira Gandhi yang tak mampu terima kekalahan. Kerana Morarji juga lah kebanyakan ejen RAW menjadi mangsa. 

Malangnya kelemahan Mission Majnu membuatkan naskhah bertemakan perang dan ejen perisik sukar untuk diselamatkan. Streotaip yang digambarkan oleh pengarah buatkan filem Mission Majnu tampak dangkal. Pakai kurta, kopiah dengan celak tebal sedangkan daerah Rawalpindi mempunyai masyarakat berketurunan Punjab dan beragama Sikh. Dekat stesen keretapi boleh nampak ramai yang pakai turban dan salwar kameez. Dalam filem tak nampak langsung budaya atau signature Rawalpindi tapi lebih kepada replika bandar Islamabad. 


Tariq pula sentiasa bernasib baik sepanjang melakukan misi rahsianya walaupun sentiasa buat kacau berdekatan dengan kawasan tentera. Dialog juga try hard untuk tonjolkan Tariq berada di Pakistan. Ibarat macam orang Semenanjung masukkan bah selepas setiap perkataan untuk blend in di Sabah, macam tu la juga watak Tariq.

Sinematografi yang bergantung dengan penggunaan CGI juga menambahkan kelemahan tersebut terutamanya ketika Tariq melarikan diri dari tentera Pakistan. Babak tentera Israel ingin mengebom Quetta juga jelas kelihatan VFX yang lemah. Music album pun tak menarik bila komposer masukkan lagu romantik balada dan juga lagu patriotik balada untuk menghidupkan suasana dramatis. 


Memandangkan filem Mission Majnu adalah kisah fiksyen dan hanya menggunakan latar masa bersejarah antara kedua-dua negara, I tak suka dengan pengakhiran cerita yang sengaja dibikin sebegitu rupa supaya penonton kasihan dengan nasib pejuang negara. Kalau kena tembak dengan jarak dekat pun tak kena, macam mana pula dekat hujung cerita, nasib tak menyebelahi dia langsung? 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.4 = 5.2/10

3 comments

  1. Rendah ratingnya. Tapi betullah, buat filem kena pay attention to detail

    ReplyDelete
  2. Teringin nak tengok macam manalah agaknya cara dia dapatkan maklumat tu..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.