Movie Review | Kamu Tidak Sendiri (2021)

Monday, 16 January 2023


Pengarah : Arwin T. Wardhana
Penulis Skrip : Titien Wattimena
Pelakon : Adinia Wirasti, Rio Dewanto, Ganindra Bimo, Aisyah Aqilah, Sintya Marisca
Syarikat Produksi :  MNC Pictures
Penyiaran : Netflix
Genre : Drama / Thriller
Jumlah Episod :100 minit  
Tarikh Tayangan : 3 Disember 2021 (JAFF), 25 Ogos 2022 (Indonesia), 24 November 2022 (Malaysia)
Trailer : 


Kamu Tidak Sendiri mengisahkan tentang Mira Arudanti (Adinia Wirasti) yang bekerja sebagai Business Development Manager di syarikat multi-national, E-Verything Group yang terletak di tingkat 27 dalam sebuah bangunan tinggi. Mira sentiasa bekerja keras supaya dia dapat pangkat yang diidamkan dalam syarikat tersebut lantas berpindah ke Singapura. Sikapnya yang dingin tidak disenangi oleh sesiapapun termasuklah pembantu peribadinya, Sari (Sintya Marisca). 

Setiap hari Mira akan bertembung dengan jejaka kacak, Mika (Ganindra Bimo) yang bekerja di syarikat perubatan berhadapan dengan syarikatnya. Sama juga pada malam tersebut ketika mereka berdua terperangkap di dalam lif. Mira bersikap dingin dengan Mika kerana dia tak suka berbual dengan orang yang dia tak kenal apatah lagi dalam situasi genting. 

Mika ajar Mira untuk bertenang kerana bantuan akan sampai tapi Mira masih degil dan paksa Mika untuk panjat supaya mereka dapat keluar dari situ. Malangnya lif tersebut bergegar dan jatuh ke bawah hingga mengakibatkan kaki Mira tercucuk dengan besi manakala leher Mika pula tertusuk kaca. 

Dalam kekalutan tersebut Mira dibantu oleh suara Adrian (Rio Dewanto), pengawal bangunan tersebut yang juga terperangkap di bilik kawalan. Tanpa mereka bertiga sedar, Jakarta dilanda gempa bumi hinga memberi kesan kepada bangunan tersebut. Berjaya tak mereka bertiga selamatkan diri, kena tengok lah di Netflix. 

Walaupun tajuk naskhah drama thriller arahan Arwin T. Wardhana nampak macam seram dengan poster yang mengerikan namun filem ini bukanlah kisah hantu. Tak pasti idea siapa yang cuba untuk masukkan elemen seram seolah-olah ada hantu dalam lif tersebut dengan Mira yang sentiasa menggelupur. 

Nak kesian sebab panic attack tapi mungkin sebab lakonan Adinia try hard sangat sampai jadi stress setiap kali dia menggelupur. Rezeki dia lah dapat menang Pemeran Utama Wanita Terfavorit di Indonesian Movie Actors Awards untuk filem Kamu Tidak Sendiri tapi I tetap stress masa tengok filem ni. 

Kekuatan filem Kamu Tidak Sendiri terbitan MNC Pictures adalah Ganindra yang sentiasa tenang dan ubah suasana misteri dan seram tersebut kepada suasana yang lebih tenang. Kalau terperangkap dengan Mika, sembang sampai esok pagi pun tak kisah sebab dia kacak satu hal, cool dan sembang berilmu. Tapi tu lah, I bukan Mira. Mika suka Mira. 

Bila berlatarkan bencana seperti gempa bumi yang memerlukan penggunaan CGI, terserlahlah kelemahan kedua filem ini bila keadaan di luar nampak seperti di dalam set. Tak pasti kenapa pengarah beria nak tunjuk keadaan di luar sedangkan adegan Dinda (Giselle Tambunan) berlari ke pejabat Adrian. 

Banyak juga plot lain atau screentime watak lain yang boleh dikembangkan namun penulis lebih suka menonjolkan kelemahan berbanding olah karya dengan menarik. Sayang lah sebab naskhah Kamu Tidak Sendiri boleh dikatakan unik kerana bertemakan situasi yang orang benci, terperangkap dalam lif. Naik lif hari biasa pun dah seram gara-gara filem seram, apatah lagi kalau terperangkap sebab bencana. 

Bab dialog dalam filem ni bukan sesuatu yang perlu dikritik sebab perbualan antara ketiga-tiga watak menarik dan self-reflecting. Suka masa Adrian terangkan ciri keselamatan lif yang digunakan oleh developer. Dari penerangan dia, boleh rasa tenang walaupun elektrik terputus. Selain dari menyingkap teknik survival, filem ni juga beri mesej yang manusia sentiasa memerlukan orang lain dalam hidup. Boleh berjaya seorang tapi lebih kuat dan indah bila berteman. 

"Pada dasarnya, manusia mahluk yang butuh sosialisasi, sentuhan dan berangkulan karena memang nggak bisa sendirian. Percuma kalau menang untuk diri sendiri, sementara kemenangan itu bisa diraih dengan kolaborasi dan elaborasi," - Ganindra Bimo 

Cuma itulah, tak banyak elemen yang dimasukkan. Elemen misteri macam siapa identiti Mika sebenarnya tu menarik tapi tak lama dan tak kuat. Tak sempat nak curious, dah lega sebab dia watak protagonist yang gagal tawan hati crush. Overall, one time watch. 

1. Team Production + 0.6, 2. Visual +0.4, 3. Audio +1, 4. Storyline + 0.7, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 6.4/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.