Director : Vikas Bahl
Writer : Vikas Bahl
Cast : Amitabh Bachchan, Rashmika Mandanna, Neena Gupta, Elli AvrRam, Pavail Gulati
Production Companies : Good Co., Balaji Motion Pictures, Saraswati Entertainment Pvt Ltd
Distributors : Zee Studios, Netflix
Genre : Comedy / Drama
Running Time : 142 minutes
Release Date : 7 October 2022
Trailer :
Goodbye membuka kisah sebuah keluarga yang kehilangan si ibu, Gayatri Bhalla (Neena Gupta) kerana sakit jantung. Kematian mengejut tersebut memaksa semua anak dan menantu pulang dengan segera ke Chandigarh. Yang pertama pulang ialah Tara Bhalla (Rashmika Mandanna), peguam muda yang baru saja menang kes pertama.
Tara berfikiran moden dan liberal jadi dia sentiasa bercanggah pendapat dengan ayahnya, Harish Bhalla (Amitabh Bachchan). Ada saja yang jadi punca pertengkaran mereka berdua dan Gayatri lah menjadi penenang. Kemudian anak sulung, Karan (Pavail Gulati) pulang bersama isterinya Daisy (Elli AvrRam). Sementara Angad (Sahil Mehta) masih stuck di Dubai dan Nakul (Abhishekh Khan)tak dapat mesej dari ayahnya kerana berada di Gunung Everest.
Dari trailer dan tajuk dah boleh agak yang naskhah Goodbye adalah kisah yang berlaku sepanjang upacara berkabung sehinggalah ke momen terakhir keluarga bersama mendiang seperti filem Ram Prasad Ki Tehrvi (2021) ataupun Pagglait (2021). Tema dan genre yang sama cuma keluarga yang berbeza.
‘Excuse me, I think we immerse the ashes in Ganga because ashes have phosphates which are good for agriculture.’ – Tara Bhalla
Kekuatan filem Goodbye sepenuhnya terletak pada gandingan pasangan utama iaitu Amitabh Bachchan dan Neena Gupta. Manis kehidupan mereka berdua sebagai suami isteri jelas terasa, sama juga peranan mereka berdua sebagai ibu bapa kepada empat orang anak juga anak angkat mereka. Konflik terletak pada hubungan anak dan bapa sementara si ibu yang jadi penenangnya.
‘I forgot to talk to you. The rituals kept me busy. I forgot the important thing. Why were you in a hurry? We were chugging along so well together. You were fifteen younger than me. So I was sure… I will go first.’ – Harish Bhalla
Naskhah Goodbye berubah menjadi lemah bila pengarah dan penulis Vikas Bhal sentiasa ubah genre cerita. Bila momen dan suasana suram atau sedih, dia cuba masukkan elemen komedi yang tak menambahkan impak pada cerita mahupun menghiburkan. Macam babak Karan menangis berlari nak peluk mayat Gayatri tapi tersadung di tangga. Sama juga dengan adegan Daisy tadah tangan masa Karan buat ritual keliling mayat dengan pasu berisi air.
Goodbye terbitan Good Co., Balaji Motion Pictures dan Saraswati Entertainment Pvt Ltd ini merupakan debut platform kepada pelakon Tamil, Rashmika Mandanna yang menggantikan tempat Kriti Sanon asalnya. Bukan saja watak Tara Bhalla malah tajuk Goodbye adalah idea dari Kriti namun dia terpaksa keluar dari set kerana clash dengan penggambaran lain.
Kalau ikutkan keluarga Bhalla adalah berketurunan Punjabi dengan berlatarkan kehidupan masyarakat di Chandigarh namun tak sesuai dengan Rashmika yang masih lagi belum keluar dari acuan India Selatan. Kalau penulis cakap Tara anak angkat, boleh faham lah kenapa dia macam tu.
Kali kedua tengok Pavail Gulati berlakon dalam screentime yang panjang untuk serlahkan bakat lakonan selepas filem Dobaaraa (2022). Chemistry Pavail dengan Daisy pun menjadi walaupun terganggu dengan penulisan yang cuba untuk jadikan Daisy sebagai sumber komedi.
Naskhah Goodbye ada potential untuk jadi lebih baik kalau filem ni cuma terikat pada genre drama sebab kebanyakan scene drama dia menjadi. Masa Harish bercakap dengan abu Gayatri ataupun masa Nakul balik untuk jumpa Gayatri, memang sebak sangat sebab dia pergi mengejut. Banyak benda yang Gayatri plan tak menjadi.
Tapi tu lah, nasi dah jadi bubur dah pun. Kita tinggal makan je lah. Mungkin boleh jadi titik permulaan kepada pengarah lain untuk baiki filem ni dengan olahan yang lebih baik menerusi karya mereka.
1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 7.5/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.