Making My Own Shelf for the First Time

Sunday, 15 January 2023

 

I suka tengok media invitation card ni sebab macam mini poster tapi bila dah banyak mula la bersepah sana sini. Jadi untuk taknak semak, letak dalam frame lekat dekat dinding macam dalam gambar tu. Nampak lah berseni sikit, tak lah kosong sangat dinding dekat depan tu. Selalunya orang buat guna poster, I buat pakai media invitation card hehe.

Tapi masalahnya bila buat macam ni, guna thumb tack, tak tahan lama lah. Dalam seminggu tu dah jatuh. Nasib baik frame gambar semua ni RM2.10 je sebab beli dekat kedai ECO. Tak ada la isu kaca pecah berderai bila jatuh ke lantai. Tapi rosak lah bingkai dia, ada yang dah tercalar dan terkopek. Nak tak nak kena cari alternatif baru lah untuk letak semua frame supaya tak jatuh lagi. 

Maka menapak lah ke IKEA untuk beli Mosslanda sebab keluasan dia just nice untuk letak frame gambar. Nak drill pun senang sebab dua lubang je. Senang katanyaaaaa padahal tak pernah drill lagi. Sebelum ni suruh adik lelaki yang buatkan tapi dia selalu sibuk sampai balik malam, kadang tu weekend pun dia sibuk dengan kerja, terpaksa lah belajar buat sendiri. 

Nak drill lubang ni kena tanda dulu lubang yang nak ditebuk lepastu ukur pulak skru dengan kedalaman lubang. Tak boleh guna skru kecil sangat, tak boleh juga guna yang besar sangat. Walaupun dah tanda tak semestinya lubang akan terbentuk cantik sebab masa drill tu, mata gerudi naik ke atas sebab permukaan keras. 


Macam kes yang ni I dah drill bawah tapi tak selari dengan lubang pertama lepastu drill pulak ikut garisan atas, senget teruk. Sudahnya drill dekat tengah, itupun senget sikit. Messy betul buat kerja tapi redho je lah sebab first time kan. Equipment pun ala kadar je. Tangga pulak tak ada. 


Hasilnya jadi lah macam ni. Nampak kan yang senget tu? Anggap je lah seni kehidupan T.T

Nampak macam tak cantik dalam gambar kan sebab banyak lagi ruang kosong tapi sebenarnya siling rumah ni tinggi so dinding memang nampak luas sangat. Nak cat rumah pun tak berani sebab takut owner rumah tak suka pulak. Pastu nak mengecat kang satu hal pulak nak upah orang. Nak cat sendiri memang tak lah. 

Anyway drilling ni tak lah susah sangat cuma renyah dan penat je. Bila dah siap tu rasa happy kemain sebab apa kita nak, dapat siap dengan jayanya walaupun tak sempurna hshs

3 comments

  1. cantik jgk deco gne invitation card..
    xpe senget pon tu namanya seni..
    kena bangga hasil titik peluh sendiri.. hihi

    ReplyDelete
  2. Bagus jugak idea ni, nak buang sayang jugak sebab kenangan kan.

    ReplyDelete
  3. Nak kena belajar drill sendiri jugak ni. Mai idea je, boleh terus buat.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.