Bila craving dumpling soup, buka Foodpanda lepastu order dekat restoran Anak Kampung yang menghidangkan menu makanan Cina tapi Muslim-friendly. Jarang makan dekat restoran tu sebab dekat rumah boleh makan sambil tengok drama atau movie. Owner restoran Anak Kampung ni Cina mualaf jadi dumpling yang sedap haruslah datang dari orang bangsa Cina sendiri. Macam makan Nasi Ayam Penyet kena makan hasil masakan orang Indo baru ngam.
Kali ni saja bawa my mom makan dekat restoran Anak Kampung yang terletak sebelah Mr. DIY di Subang Bestari. Restoran dia kecil je sebab satu unit kedai tapi bila masuk boleh dengar lah tak berhenti order dari Foodpanda masuk. Entry ni bukan promote Foodpanda tau.
Menu dekat restoran Anak Kampung ni limited dan tak semua kena dengan tekak. Tak berapa gemar sangat dengan menu mi wantan dia. Tak pasti sejak bila restoran Anak Kampung ni dibuka di Subest, yang pastinya masa PKP.
Memandangkan malam tu baru lepas hujan, I order kueytiaw sup je. Sebenarnya nak dumpling soup add on kueytiaw tapi tak boleh buat macam tu rupanya. Dia kata kena order kueytiaw sup dengan dumpling soup. Bazir lah sebab dua-dua menu tu sup. Siapa nak habiskan sup? Bazir duit pun satu hal juga.
A bit frustated lah sebab nak add on kueytiaw je pun dalam dumpling soup tu. Kalau dia charge harga kueytiaw tu pun tak kisah sebab nama pun add on. Tapi cashier tetap cakap tak boleh. Hmmm benda mudah je pun, saja buat teruk.
So my sister come up with a win-win solution, I order kueytiaw sup, dia order dumpling soup. Settle. Dia kata tak nak makan heavy sangat sebab kenyang lagi makan tengahari tadi. I pun tak lah lapar sangat sebab tu nak makan dumpling soup add on kueytiaw.
My mom ordered wantan mi kari ayam. Tak tahu kenapa dia keluar dari zon selesa padahal sebelum ni makan makanan bersup ataupun nasi ayam je. Just like I said lah, I tak berapa gemar sangat dengan mi wantan dia sebab berkicap sangat. Makan dengan kari ayam lagi la rasa macam tak boleh go. Nasib baik air kopi Hainan dia sedap dan pekat. Hilang lah rasa tak sedap dekat tekak tu.
But this is just us, orang lain mungkin suka je. Sebelum ni pernah juga order pan mee tapi mi terlampau tebal sampai tak melekat rasa kuah. Tak pasti lah mi batch tu je ataupun semua pan mee kat situ memang dibikin tebal. So for me it is safe to stay with dumpling soup only.
Bab harga boleh tengok lah dekat menu di atas tu. Ada menu macam overpriced, ada yang ngam ngam sui dengan harga. Restoran Anak Kampung ada dua cawangan setakat ni, di Subang Bestari dengan cawangan baru, di Kota Damansara. I harap yang dekat Subest ni stay lama lah sebab susah nak cari dumpling soup yang sedap dekat area sini.
Selamat menjamu selera
ReplyDeleteThe cooks aren’t muslims tho, so syubhah
ReplyDelete