GILIRAN ANIMASI POPULAR, DIDI & FRIENDS THE MOVIE BERI KEJUTAN DI PAWAGAM 23 FEBRUARI INI

Saturday, 21 January 2023

GILIRAN ANIMASI POPULAR, DIDI & FRIENDS THE MOVIE BERI KEJUTAN DI PAWAGAM 23 FEBRUARI INI | Bukan sekadar nyanyian, Didi, Nana dan Jojo tampil dengan aksi penggembaraan buat pertama kali.

Setelah 12 tahun, sebuah francais media belajar sambil berhibur terkemuka di Malaysia, Didi & Friends kini mengorak langkah kehadapan apabila bakal muncul dengan filem pertama mereka Didi & Friends The Movie yang bakal ditayangkan di pawagam mulai 23 Februari ini.

Filem pengembaraan animasi muzikal ini diterbitkan oleh Astro Shaw, Warnakala Studios dan Digital Durian dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC ) tampil berbeza dan menjanjikan animasi yang bukan sahaja menarik minat kanak-kanak tetapi juga penonton dewasa.

Didi & Friends The Movie juga mencatat sejarah apabila menjadi filem animasi pertama di Malaysia yang menjalinkan kerjasama dengan Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) dan Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) dalam pembikinan lagu & muzik latar orkestra dalam filem ini. Sebanyak 6 lagu telah dirakamkan bersama MPO/DFP yang bertajuk Hora Horey, Manet, Torra, Percaya, Percaya Reprise termasuk Hora Horey Instrumental yang menjanjikan kepuasan halwa telinga buat penonton nanti.

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata “Melihat kejayaan dan sambutan luar biasa terhadap filem animasi tahun lalu, kami bersedia untuk mempersembahkan sebuah lagi filem animasi terbaru Didi & Friends The Movie dari jenama animasi popular Malaysia pada penggal pertama tahun ini. Kami juga amat berbesar hati buat julung kali berpeluang bekerjasama dengan nama besar dalam industri animasi negara iaitu Warnakala Studios dan Digital Durian dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dalam menerbitkan filem tempatan. 

Kami tidak teragak-agak untuk terlibat dalam usaha sama ini kerana percaya ia mampu menghasilkan sebuah lagi karya terbaik serta memberi sokongan padu pada industri animasi tempatan. Di samping itu, turut mengujakan, filem ini juga memperlihatkan kerjasama pertama kali dengan organisasi bertaraf antarabangsa, Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) & Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP). Kami yakin filem Didi & Friends The Movie bakal menambat hati penonton dengan kualiti produksinya serta kandungan yang dipersembahkan berbeza dengan filem Didi & Friends terdahulu yang hanya tertumpu pada lagu. Kami harap kehadiran filem ini dapat menimbulkan rasa keterujaan buat penonton seperti mana pihak kami teruja untuk mempersembahkannya di layar perak bermula bulan hadapan.”

Video teaser yang menampilkan kemunculan Didi berdurasi 30 saat telah dikongsikan pada 28 Disember lalu telah menerima reaksi positif daripada peminat dan penonton. Sesuai dengan ayat di pengakhiran video tersebut ‘Melangkah ke dunia baru’ yang memberikan gambaran bahawa Didi & Friends The Movie adalah berbeza dari siri Didi & Friends sebelum ini. Antara komen-komen di media sosial adalah seperti:

1) Aduh aku yang berumur 15 nih tiba-tiba excited pula - @dhia.0708

2) Cutisekolah lagi ni masa ni. Mesti kena bawa kids ni...baru tengok iklan dah ajak skang pegi wayang

- @nor_azrin

3) Next level betul ea @didiandfriends - @faridahidrish

4) Best gila tengok detail topi ngan bulu dia x sabar nak tengok - @daniff_aliff

5) Lain mcm quality gambar didi n friends the movie... tahniah @warnakala_studios

6) Aku baru je borak dgn husband semalam Didi& friendstak nak buatmovie ke? Nak bawa anak tgk wyg. Ya Allah, Kau dengar isi hati aku - @dyra_noor

7) The animated feathers on Didi are of higher quality. Looks more detailed. A lot of work and time must have gone into making the movie. Good luck guys! - @luxent_X

8) WAH!!!!! YES!!!! finally my favourite musical cartoon getting their own movie!!!! - @mumtzis

Menurut Hairul Sofian, Ketua Pegawai Eksekutif Warnakala Studios, beliau meletakkan produksi Didi & Friends The Movie ini sebagai sangat LUAR BIASA.

“Kami percaya, kerja kolaborasi merupakan faktor yang sangat penting dalam penghasilan karya yang terbaik. Astro Shaw, antara perintis dalam industri perfileman, menjadi rakan strategik Warnakala Studios dalam penerbitan filem Didi & Friends ini. Selain itu, MDEC dan Digital Durian juga memberi sokongan sejak dari hari pertama Didi & Friends bermula. Saya juga amat berbangga dengan hasil sentuhan Akmal Aziz Asmawi dan Roshfaizal Ariffin sebagai Pengarah filem ini. Mereka berdua mempunyai kepakaran dan banyak idea kreatif dan saling membantu. Kami juga amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) / Dewan Philharmonic PETRONAS (DFP) dalam pembikan lagu-lagu untuk filem ini, yang dipimpin oleh Saiful Ridzuan (Duan) sebagai Pengarah Muzik yang berbakat besar serta berpengalaman luas. Lagu-lagu ‘catchy’ dalam filem ini saya pasti bakal menjadi tular. Terakhir sekali, saya amat berterima kasih kepada WAU Animation dan FINAS atas komitmen mereka sepanjang pembikinan filem ini”.

Bertambah menarik, beberapa watak baru telah diperkenalkan yang penampilkan pelakon suara daripada selebriti terkemuka tanah air seperti Dato’ Awie sebagai Tok Chip, Amelia Henderson sebagai Kapten Zoey, Waris sebagai Torra dan Ruminah Sidek sebagai Nek Kura di samping barisan pelakon suara watak asal Didi, Nana, Jojo, Pak Atan, Pak Beruang dan lain-lain.

Didi & Friends The Movie juga mendapat sentuhan hebat daripada Saiful Ridzuan atau Duan selaku Pengarah Muzik, yang terdahulunya menjadi Pengarah Muzik Olabola dan Puteri Gunung Ledang Muzikal telah menerajui rakaman tersebut termasuk dua lagu lain iaitu Irama dan Lagu dan Kapten Zee & Crew.

Sebanyak 11 lagu telah dimuatkan dalam filem ini, termasuk sebuah lagu yang bertajuk Luar Biasa dinyanyikan dan digubah oleh penyanyi terkemuka Hael Husaini. Turut dimuatkan lagu Kembali Bersama yang dinyanyikan oleh kumpulan Modescape dan digubah oleh Shah, anggota kumpulan tersebut.”

Didi & Friends The Movie bermula apabila keterujaan Didi bertukar menjadi kekecewaan apabila Pak Atan melarangnya mengikuti pengembaraannya dan tinggal di Pekan Horey bersama rakan-rakannya yang lain. Pak Atan & Pak Beruang terpaksa pergi ke Dunia Muzika untuk mencari penawar ajaib bagi mengubati Pak Beruang yang tiba-tiba sakit. Didi berdegil dan akhirnya mengambil keputusan untuk pergi ke Dunia Muzika seorang diri. Tetapi Nana dan Jojo mempersoalkan keputusan Didi untuk pergi sendiri dan kemudian mereka juga menyertainya. Berbagai cabaran menanti mereka di dalam Dunia Muzika, termasuk bahaya besar berdepan dengan lanun langit yang menakutkan bernama Torra. Siapakah Torra? Apakah penyakit yang dihadapi oleh Pak Beruang? Dapatkah Didi, Nana dan Jojo mendapatkan penawar tersebut? Jawapannya di pawagam pada 23 Februari 2023.

Inilah saat yang ditunggu-tunggu. Dibawakan khas untuk semua, Didi & Friends The Movie! Sama-sama kita melangkah ke dunia baharu, di pawagam 23 Februari 2023 ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw, Astro Gempak dan Didi& Friends.

*************************************

PRODUCTION NOTES

Tajuk : Didi & Friends The Movie

Genre : Flem Musikal 3D Animasi Pengembaraan

Pengarah : Akmal Aziz Asmawi | Roshfaizal Ariffin

Penerbit : Raja Jastina Raja Arshad | Hairul Sofian

Terbitan : Warnakala Studios | Astro Shaw | Digital Durian | MDeC

Syarikat Penerbitan : Warnakala Studios | Astro Shaw | Digital Durian | MDeC

Bahasa : Bahasa Melayu

Durasi Filem : 104 minit

Tarikh Tayangan di Pawagam : 23 Februari 2023


PELAKON SUARA

Nur Insyeerah sbg Didi

Adilia Myra sbg Nana

Adam Muqri sbg Jojo

Dato’ Awie sbgTok Chip

W.A.R.I.S sbg Torra

Amelia Henderson sbg Kapten Zee

Ruminah Sidek sbg Nek Kura

Khairul Ammar Jamal sbg Pak Atan

Akmal Aziz Asmawi sbg Pak Beruang

TUNGGAK UTAMA

Dipersembahkan oleh : Astro Shaw | Warnakala Studios

Syarikat Penerbitan : Astro Shaw | Warnakala Studios | Digital Durian

Penerbit Eksekutif : Raja Jastina Raja Arshad | Hairul Sofian | Lily Yusof | Akmal Aziz Asmaw | Khairul Ammar Jamal | Sinan Ismail | Chedd Eddie Yusof

Penerbit Bersekutu : Shemad Al-Jufri | Nadim Hisham

Penerbit : Raja Jastina Raja Arshad | Hairul Sofian

Penerbit Penyelaras : Sheikh Fadhil Sheikh Ishak

Pengarah : Akmal Aziz Asmawi | Roshfaizal Ariffin

Skrip : Sumie Azil | Roshfaizal Ariffin | Akmal Aziz

Cerita Asal : Khairul Ammar Jamal

Lakon Layar : Sumie Azil I Roshfaizal Ariffin

Pengurus Produksi : Hariz Aizuddin Adnan

Pengarah Fotografi : Roshfaizal Ariffin

Penyunting : Helmi Syafiq I Sheikh Fadhil Sh Ishak

Pereka Produksi : Adifitri Ahmad

Pengarah Seni : Azlin ‘Aura’ Zabery

Pengarah Audio & Muzik : Saiful Ridzuan Sharafuddin

Penata Bunyi : Hafiz Ahmad

Pereka Watak : Ruzaini Kamarudin

Jurugambar Di Sebalik Tabir : Rasyiqah Fauzi | Amirul Arshad Abdullah

Penyelaras Produksi : Sheikh Fadhil Sheikh Ishak

Penyunting: Helmi Syafiq I Sheikh Fadhil Sh Ishak

Pengarah Teknikal : Aditia Amukti Pratama

Ketua Animasi : Arsyad Adnan

Ketua Pencahayaan : Faizal Ramli

Ketua Render : Dianah Rosli

Kesan Simulasi : Fakhri Muzaki Ramadhan

Ketua Audio : Saiful Ridzuan Sharafuddin

Ketua Aset : Muhammad Rahmat Mohd Shabri

Ketua Kompositor & Visual Khas : Firdaus Radzi


OFFICIAL SOUNDTRACK

Lagu : Hora Horey

Artis : Nur Insyeerah | AdamMuqri | Adilia Myra | Voice Actors Didi & Friends

Durasi : 2:53 minit

Komposer : Yuri Wong / Saiful Ridzuan


OFFICIAL SOUNDTRACK

Lagu : Luar Biasa

Artis : Hael Husaini

Durasi : 3:28 minit

Komposer : Hael Husaini


OFFICIAL SOUNDTRACK

Lagu : Kembali Bersama

Artis : Modescape

Durasi : 3:22 minit

Komposer : Shah Modescape


Sinopsis

(Versi Pendek)

Tahun ini, Pak Atan melantik Didi, Nana dan Jojo untuk mengelolakan Konsert Hora Horey. Didi sangat teruja dan menjalankan tugasnya sebagai ketua dengan serius. Semuanya berjalan lancar hinggalah pada suatu hari Didi melakukan kesilapan besar, menyebabkan Pak Atan dan Pak Beruang perlu mengembara ke Pulau Legenda yang jauh di Muzika untuk membetulkan keadaan. Bahaya menanti mereka apabila Torra - lanun langit yang misteri, menjejaki mereka demi mendapatkan peta ke Pulau Legenda. Mampukah Didi & FriendsTM menghadapi ancaman Torra?

(Versi Panjang)

Didi, Nana dan Jojo adalah tiga sekawan rapat dari Pekan Horey yang aman damai. Semua penduduk pekan mengenali mereka yang sukar dipisahkan dan sentiasa bersama! Tahun ini, Pak Atan dan orang-orang besar pekan bersetuju melantik mereka bertiga untuk mengendalikan Konsert Hora Horey. Didi sangat teruja dan menjalankan tugasnya sebagai ketua dengan serius. Semuanya berjalan lancar, hinggalah pada suatu hari Didi melakukan kesilapan besar dan menyebabkan Pak Atan dan Pak Beruang perlu mengembara ke Pulau Legenda di Muzika untuk membetulkan keadaan.

Akan tetapi Didi dapat tahu bahawa Pak Atan dan Pak Beruang dalam bahaya kerana ada lanun langit misteri bernama Torra yang sedang menjejaki mereka untuk mendapatkan peta ke Pulau Legenda. Didi nekad untuk ke Muzika demi memberi amaran kepada mereka. Nana dan Jojo turut serta.

Bagaimanakah Didi, Nana dan Jojo akan menemui Pak Atan, Pak Beruang dan Pulau Legenda? Apakah ujian yang bakal menimpa persahabatan mereka? Dan yang paling penting sekali, mampukah mereka menghadapi Torra si lanun bengis itu?

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.