Kalau disimpulkan tahun 2022 adalah tahun di mana YG Entertainment keluar dari gua sebab semua idol group dapat buat comeback. Bermula dengan TREASURE yang cemerlang dengan lagu Jikjin dan Darari kemudiannya konsert pertama, TRACE pada bulan April dengan kehadiran Yang Hyunsuk, founder YG Entertainment.
Pada bulan Mei, iKON dengan mini album Flashback yang menampilkan lagu But You disusuli dengan WINNER dengan mini album HOLIDAY menampilkan lagu I Love You sebagai lagu utama. Kang Seungyoon juga release single track balada hasil gubahan Bang Yedam - Born To Love You. WINNER juga mengumumkan konsert mereka selain membuat penampilan istimewa di gig dan konsert lain.
Terpalit dengan kontroversi dengan kehilangan seorang ahli juga tak menghalang BIG BANG muncul dengan single track balada berjudul Still Life. Bukan saja Big Bang menang di carta musik, TREASURE dan WINNER juga buat official cover dan live reaction di akaun Youtube rasmi masing-masing. iKON juga aktif dengan Japan Tour untuk promote album Flashback Japan version.
September pula digegarkan dengan album BORN PINK oleh Blackpink yang menampilkan lagu Ready To Love, Pink Venom dan Shut Down lantas mengumumkan world tour sehingga 2023 di pelbagai negara. Oktober pula giliran TREASURE sekali lagi tampil dengan mini labum kedua dengan lagu utama HELLO juga VolKNo (sub-unit rapper HyunHaYo) dan umumkan konsert domestik HELLO di Korea dan juga HELLO Tour di Jepun untuk Disember kemudian HELLO World Tour untuk 2023. Chanhyuk AKMU release solo comeback dengan album ERROR yang menampilkan main track, Panorama.
Ramai yang terkejut sebab jarang YG Entertainment keluarkan semua idol group dia untuk buat comeback sampaikan masa schedule yang diterbitkan pada pihak media pada awal tahun 2022 pun diabaikan oleh para peminat YGE juga casual listener yang lain sebab benda tu kelihatan kelakar. Rupanya betul, kecuali debut launch Baby Monster walaupun ada sneak peak dalam iKON On Air.
Masa ramai yang happy dengan comeback single Big Bang, ramai juga sedih bila TOP buat keputusan untuk keluar dari YG Entertaiment tapi masih lagi di dalam Big Bang. Alasan T.O.P keluar disebabkan impian dia untuk pergi ke bulan macam dalam lagu Still Life. Member dah bagitahu, kita je lalai.
Masuk bulan Jun, Bang Yedam dan Takata Mashiho pula hiatus sehingga tahun 2023 bila Yedam ingin teruskan pengajian dalam bidang producing music sementara Mashiho berehat kerana masalah kesihatan. Ramai Treasure Maker tak puas hati dengan YG Entertainment sebab tak umumkan dengan jelas tentang hiatus dua member TREASURE ni sebab semua ahli dilarang untuk sebut nama Yedam dan Mashiho dalam mana-mana aktivit rasmi mahupun tidak rasmi.
Berbeza sangat dengan company lain yang benarkan idol di bawah kelolaan mereka berehat atas masalah kesihatan atau peribadi. Tup tup bulan November, YG Entertainment umumkan Bang Yedam dan Takata Mashiho secara rasminya keluar dari TREASURE dan tamatkan kontrak bersama YG Entertainment. Ramai yang susah untuk terima kenyataan sampai lah nampak sendiri barang-barang kepunyaan Yedam dan Mashiho sudah dikeluarkan dari dorm TREASURE dan juga studio di bangunan YGE.
Masuk bulan Disember, berita Taeyang dengan Daesung pula keluar dari YG Entertainment tapi masih lagi kekal dalam Big Bang. Taeyang berpindah ke The Black Label untuk bekerja dengan Teddy sementara Daesung masih berfikir mengenai kerjayanya. GD pula masih dalam pertimbangan sama ada keluar ataupun stay dalam YG Entertainment.
Tapi ikutkan Taeyang dengan GD tak akan keluar terus dari YG Entertainment sebab YG dah trademark nama TAEYANG dan juga G-Dragon. GD juga akan jadi main producer untuk Baby Monster sepertimana Teddy yang jadi main producer untuk Blackpink. No wonder lah dalam music video Still Life ada satu kerusi je tinggal, ingatkan kerusi Seungri rupanya kerusi GD dalam YG Entertainment.
Dari bulan September ramai iKONIC yang tertanya-tanya tentang status iKON bila kontrak mereka selama 7 tahun akan berakhir. Ditambah dengan khabar angin Bobby akan keluar dari YG Entertainment, makin ramai yang bertanyakan hal kontrak iKON kepada YGE.
YG Entertainment menafikan tentang kontrak iKON dan bagitahu masih terlalu awal untuk bincangkan hal tersebut. Namun pada 30 Disember 2022, YG Entertainment umumkan bahawa 6 orang ahli iKON - Jinhwan, Bobby, Yunhyeong, Junhoe, DK dan Chanwoo akan keluar dari YG Entertainment dan teruskan sebagai ahli kumpulan iKON.
Walaupun WINNER dah renew contract dengan YG Entertainment pada tahun lepas, kesemua ahli akan berehat seketika kerana Hoony akan masuk military. AKMU juga ambil keputusan untuk hiatus. Bukan saja idol group ambil keputusan untuk tamatkan kontrak dan hiatus malah pelakon di bawah YG Stage juga keluar antaranya Kang Dong-woon yang terkenal dengan filem Peninsula, Broker dan banyak lagi.
Apa yang jadi dengan YG Entertainment bila ramai idol group yang setia dengan YGE ambil keputusan untuk keluar? Yedam yang selalu cakap YG is like home pun keluar. Makin kecoh bila keluar berita Blackpink akan keluar dari YG Entertainment dan pergi The Black Label tapi YG Entertainment dengan pantasnya menafikan khabar angin tersebut.
Yang tinggal dalam YG Entertainment adalah Sechskies, AKMU, WINNER, Blackpink, TREASURE dan juga idol group baru, Baby Monster yang akan debut pada Januari 2023 ni. TREASURE dah banyak kali menyebut New Movement of YG dalam lagu VolKNo jadi kita tengok lah macam mana rentak new movement yang dibawa oleh barisan idol group baru oleh YG Entertainment. By the way, dalam teaser video BaeMon, Yang Hyunsuk dah kembali masuk ke YGE. Welcome back? Tsskkk
Tudia lama dah tak follow-up sekali baca panjang sejarah dia hahaha.. anyways, thanks for the update!
ReplyDelete