Writer : Yoshiki Watabe, Yasuko Kuramitsu, Shinsuke Sato
Cast : Kento Yamazaki, Tao Tsuchiya, Yūki Morinaga, Keita Machida, Ayame Misaki, Nijirō Murakami, Yutaro Watanabe, Sho Aoyagi, Ayaka Miyoshi, Dori Sakurada, Aya Asahina, Shuntarō Yanagi, Mizuki Yoshida, Kina Yazaki, Tsuyoshi Abe, Nobuaki Kaneko, Riisa Naka, Tomohisa Yamashita, Ayumi Tanida, Hayato Isomura, Kai Inowaki, Maiguma Katsuya, Honami Sato, Yuri Tsunematsu, Chihiro Yamamoto, Jun Hashimoto, Aimi Satsukawa, Wakato Kanematsu
Production Companies: Robot Communications Inc.
Distributor : Netflix
Genre : Sci-fi / Adventure / Thriller
Running Episodes : 8 episodes (41–80 minutes per episode)
Release Date : 22 December 2022
Trailer :
Sekuel drama Alice In Borderland (2020) yang diadaptasikan dari manga "Imawa no Kuni no Arisu" karya Haro Aso membawa Arisu (Kento Yamazaki), Usagi (Tao Tsuchiya), Chiciya (Nijiro Murakami), An (Ayaka Miyoshi), Kuina (Aya Asahina dan Tata (Yutaro Watanabe) ke peringkat lebih tinggi bila mereka semua perlu bertarung dengan ketua setiap bentuk kad terup.
Sama ada permainan berbentuk individu mahupun berkumpulan, mereka semua perlu menang untuk cari tahu jalan keluar dari dunia tersebut sepertimana yang diberitahu oleh Hatter, pengasas The Beach. Dekat Episod 1 pun dah gerun dengan kehadiran shooter kejam. Merepek juga babak ni sebab shooter seorang je tapi boleh tembak dari pelbagai direction. Baik Arisu mahupun Chisiya yang tampak bijak tak analyze langsung musuh mereka sebaliknya lari selamatkan diri.
Masuk Episod 2, Arisu berjumpa dengan King Clover di mana mereka perlu kumpul mata dalam tempoh masa 2 jam. Permainan Osmosis memang mudah tapi kena pandai atur strategi untuk menang. Dekat permainan ni memang makan masa yang lama untuk habis walaupun permainan cuma berlangsung selama 2 jam sahaja.
Rasanya pengarah nak naikkan views dengan guna pelakon kacak Tomohisa Yamashita dalam keadaan berbogel. Memang tak nampak bahagian bawah tapi macam tak perlu langsung idea ni. Dah lah rengsa tengok keadaan dia, lama pulak tu sampai makan 2 episod bila penuh dengan dialog tentang kehidupan.
Sementara tu Chisiya join permainan Jack of Hearts di mana dia perlu mencari siapa Joker yang akan memperdayakan setiap pemain untuk kekal hidup sehingga ke hujung permainan. Sesiapa saja yang berjaya mencari Joker akan menang dan berpeluang untuk hidup. Game ni menarik sebab reflect much of reality in life. Overthinking and wild assumptions definitely kills. Joker tak payah susah buat kerja pun, manusia sendiri akan berbunuhan sebab paranoid.
Kemudian Chisiya berjumpa pula dengan King of Diamond dalam perlawanan yang menggunakan ilmu statistik. Stress tengok game ni sebab tak suka subjek statistik. Chisiya explain macam mana pun otak tetap tepu untuk hadam.
Dalam musim 2 ni ada banyak watak yang muncul untuk team up dengan Arisu dan Usagi. Sebelum tengok musim 2 ada eloknya tengok balik musim pertama untuk elak kekeliruan. Tak lah keliru tahap tinggi cuma tak seronok lah bila watak tersebut muncul tapi reaction kita flat je sebab dah lupa.
Elemen saspen dalam musim kedua ni tersangatlah sedikit nak dibandingkan dengan musim pertama sebab dari Episod 1 lagi dah boleh nampak yang kesemua watak ada immortal life. Kalau sebelum ni kita ada kejutan bila kedua-dua kawan baik Arisu meninggal dalam permainan yang sama tapi dalam musim kedua, nyawa memasing liat kemain. Memandangkan semua Ketua adalah pelakon yang cantik dan kacak, cara diorang mati pun cantik je, berbeza betul dengan pelakon ekstra yang bersepai sana-sini.
Pengarah kuatkan elemen saspen pada jawapan macam mana untuk keluar dari dunia tu sebab ramai yang tertunggu-tunggu hasil pencarian Arisu and the gang. Dekat pertengahan cerita penulis cuba untuk distract dengan watak Ann bawa jawapannya kemudian hidupkan balik harapan tu pada watak Arisu. Ibarat macam main passing bola lah kejap jumpa jawapan lepastu hampa lepastu jumpa lagi kemudian hampa lagi.
Tapi yang pastinya macam mana mereka dipilih masuk ke dunia tu dan kenapa dibawa masuk masih lagi tak dijawab sampai lah ke hujung cerita. Tengok pada hint di hujung macam ada potensi musim ketiga. Not sure if I’m excited for that but I’m still gonna watch it lah since I’m curious with the big why and who's the Mastermind in Borderland.
Memang Mira Kano (Riisa Naka) ada jelaskan pada Episod 8 tapi kata-kata dia bukannya boleh percaya sangat pun. Dari Season 1 hingga Season 2, watak dia adalah manipulator. Mungkin dunia Borderland adalah dunia yang wujud antara hidup dan mati. Macam dunia yang dialami oleh orang koma apabila roh berada di tengah, tidak di bumi dan tidak juga di barzakh.
Semua watak yang masuk adalah watak yang lelah dengan hidup macam Arisu yang penat jadi loser dalam keluarga, Usagi yang kehilangan ayah ataupun Chisiya yang fed-up dengan privilege T20 tapi watak Heiya, budak lelaki dalam game Checkmate, Kyuma dan geng dia ataupun Karube (Keita Machida) happy je dengan life diorang. Mira ada kata dunia Borderland dikawal oleh rakyat tersebut jadi realiti di penghujung cerita dalam musim kedua mungkin bukan realiti sebenar. Perempuan dalam van tu pun bagitahu dia tahu macam mana semua orang ditarik masuk ke dunia Borderland tapi dibunuh sebelum sempat cerita. Jadi ada banyak lagi yang belum diketahui oleh semua watak yang selamat di Episod 8.
Stunt action yang diketengahkan mantap, naikkan adrenalin terutamanya masa car chasing, game Checkmate ataupun masa semua watak team up untuk kalahkan King of Spade. Watak Heiya (Yuri Tsunematsu) adalah tribute kepada Katniss dalam The Hunger Games. Sayangnya screentime dia tak banyak sebab tak puas tengok dia jadi sparring partner kepada Aguni (Sho Aoyagi). Sinematografi mantap dengan background music yang menarik antara kekuatan pada drama Alice in Borderland.
p/s: I just found out that Alice in Borderland is actually Arisu in Borderland. Pronounce Alice in Japanese slang and you'll get it.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.8/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
tak suka watak Mira, dia punya putar alam sampai i langsung tak percaya satu benda pun yg dia cakap. tapi ending dia memang best dan make sense la.
ReplyDelete