ASTRO ORIGINALS BONGKAR BUDAYA “HIGH COUNCIL” KEGIATAN GENGSTERISME YANG PERNAH MENGGEMPARKAN NEGARA

Thursday, 12 January 2023


ASTRO ORIGINALS BONGKAR BUDAYA “HIGH COUNCIL” KEGIATAN GENGSTERISME YANG PERNAH MENGGEMPARKAN NEGARA | Diinspirasikan daripada kisah benar kegiatan buli, diskriminasi & perkauman dalam kalangan pelajar sekolah berasrama penuh.

Selepas kejayaan drama ‘One Cent Thief’ dan ‘Kudeta', Astro Originals terus mengorak langkah bagi tahun 2023 menerusi sebuah drama siri premium terbaru iaitu High Council bermula 14 Januari melalui platform strim Astro On Demand atau Astro Go dan di saluran linear, Astro Ria saluran 104 bermula 23 Januari, setiap Isnin, jam 9.00 malam.

Menariknya, drama premium High Council mempersembahkah sebuah kisah fiksyen yang diinspirasikan daripada kisah benar yang pernah terjadi di Malaysia. Negara pernah digemparkan dengan isu kumpulan gengsterism ‘High Council’ di sebuah sekolah berasrama penuh dan isu tersebut menjadi fenomena apabila melibatkan satu kumpulan pelajar yang berkuasa menjalankan aktiviti salah laku termasuk dalam aktiviti membuli pelajar. Berdasarkan maklumat, budaya High Council ini telah wujud sejak tahun 1992 dan kegiatan seperti ini tidak berlaku dalam satu sekolah sahaja.

High Council yang merupakan francais "Projek" selepas drama premium popular, Projek Anchor SPM (2020) berkisarkan tentang dua beradik, Fakri dan Naim yang telah terpisah sejak mereka masih kanak-kanak dan bertemu semula di KUDRAT, sebuah sekolah asrama berprestij tinggi. Mereka berdua memasuki gelanggang “Pilihanraya”, sebuah pertandingan tradisi yang dilangsungkan secara sulit dan diseliakan oleh “High Council”. Pemenang “Pilihanraya” akan dianggap sebagai pelajar paling berkuasa di KUDRAT.

Jika terdahulu, francais Projek: Anchor SPM mempersembahkan sisi-sisi ideal kehidupan di sekolah berasrama; High Council pula tidak segan membongkarkan aspek-aspek gelap yang sehingga kini, menjadi realiti sebahagian besar pelajar-pelajar sekolah berasrama.

Meskipun bergenre aksi fiksyen remaja serta membawa isu tentang buli dan diskriminasi, banyak mesej positif yang ingin disampaikan kepada penonton. High Council menggabungkan isu-isu gangsterism yang dihadapi pelbagai jenis sekolah. Diharapkan kehadiran naskhah ini dapat membantu pihak tertentu mengkaji punca, kitaran dan langkah yang boleh diambil untuk menamatkan budaya tersebut.

Bagi memastikan jalan cerita dan lakon layar yang dihidangkan dapat memenuhi selera penonton, proses penyelidikan dan story development mengambil masa selama 11 bulan bermula Ogos 2021, sebelum memulakan penggambaran pada bulan Julai 2022 selama 55 hari.

Idea asal drama premium ini dicetuskan oleh Show Runner (pencipta) yang juga pengarah Projek Anchor SPM iaitu Anwari Ashraf bersama pengarah baru berbakat besar, Zulaikha Zakaria. Menerusi 10 episod, penonton dapat menyaksikan jalan cerita dan konflik berbeza, aksi pertarungan penuh debaran serta permainan emosi sehingga membuatkan penonton tidak senang duduk pada setiap episod.

High Council membariskan para pelakon baru dan berpengalaman daripada pelbagai latar seperti Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Naim Daniel, Yusof Hashim, Daiyan Trisha, Sazzy Falak, Ben Tan, Sathisvaran M Magesvaran, Kahoe Hon, Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Ameer Asyraf, Muzayyin Mahyuddin, Hazeeq Dean, Aida Aris, Azhar Sulaiman dan Edika Yusof.

Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, Raja Jastina Raja Arshad, juga merangkap sebagai Penerbit Eksekutif berkata “Buat konten di bawah jenama Astro Originals, kami terus komited mempersembahkan kandungan yang segar dan subjek luar dari kebiasaan. 

Kali ini Astro membawakan High Council yang mengetengahkan isu yang pernah menggemparkan negara iaitu kemunculan kumpulan gengsterism di kalangan pelajar sekolah berasrama penuh. Naskhah ini membawa penonton menyelami permasalahan dalam kalangan remaja. Sorotan itu bukan sahaja dari sisi luaran tetapi juga dari sudut emosi dalaman remaja yang berdepan dengan kepincangan sistem kekeluargaan, konflik serta isu seperti buli, psikologi dan pengaruh rakan sebaya di sekolah yang mungkin tidak dibincangkan secara terbuka.

High Council telah mendapat kerjasama Flash Sukan yang menyokong usaha dalam memerangi isu buli yang terjadi dalam kalangan remaja dengan menaja aktiviti pemasaran lapangan (on-ground promotion).

Flash Sukan merupakan platform terbaharu berita sukan tanah air dengan sentuhan tempatan bagi berkongsi informasi, berita serta isu-isu terkini dunia sukan tanah air dan antarabangsa. Flash Sukan turut menyediakan pelbagai kandungan untuk semua golongan merangkumi isu panas sukan semasa, sukan komuniti, personaliti atlet, kelab serta sukan luar negara. Daripada liputan acara, ulasan permainan, wawancara pemain, perkongsian media dan banyak lagi.

Mengulas mengenai mengapa tidak menyambung sahaja Projek: Anchor SPM, Pengarah & Show Runner Projek: High Council, Anwari Ashraf, berkata, “Tiada lagi yang mampu saya karangkan untuk watak-watak Anchor SPM, tanpa menzalimi perkembangan watak-watak mereka di penghujung siri tersebut buat masa ini. Namun, ini tidak bermakna kami kehabisan kisah-kisah pendewasaan (coming-of age) untuk diceritakan. Jadi, saya memutuskan bahawa jalan yang terbaik untuk meneruskan antologi ‘Projek’ adalah menerusi sekolah-sekolah fiksional, watak-watak, dan tema-tema yang baharu. Terdahulu, Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) menjadi latar tempat watak-watak

PASPM menempuh kematangan. Kali ini, watak-watak 'Projek: High Council' bakal menempuh rintangan-rintangan yang lebih ‘kasar’ di Kolej Ungku Deramat (KUDRAT), dalam usaha mereka untuk mendalami, erti sebenar di sebalik menjadi seorang ‘lelaki’.

Terdapat dua lagu runut bunyi yang akan memeriahkan High Council, iaitu lagu utamanya adalah ‘Kudrat’ nyanyian Sekumpulan Orang Gila featuring Naim Daniel dan ‘Test drive’ nyanyian Firdaus Rahmat.

Mungkin ada yang mempertikaikan siri ini bakal memberi gambaran yang tidak baik seperti satu ‘galakan’ kepada golongan remaja, tetapi Astro Originals bukanlah menghidangkan hiburan semata-mata tetapi sebagai naskah yang memberi pengajaran dan lebih kefahaman tentang apa yang berlaku. Ini seterusnya akan menjadikan kita lebih peka dan mampu mengawalnya dari terus terjadi. Setiap nilai positif boleh dijadikan tauladan dan yang buruk itu boleh dijadikan iktibar.

Saksikan High Council secara strim di Astro On Demand atau Astro GO bermula 14 Januari ini atau di saluran linear, Astro Ria saluran 104 bermula 23 Januari, setiap Isnin, jam 9.00 malam. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, TikTok, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.

Tajuk: Projek: High Council

Genre: Aksi, Fiksyen Remaja

Terbitan: Astro Shaw Sdn Bhd

Penerbit Eksekutif: Raja Jastina Raja Arshad

Pengarah : Anwari Ashraf; Ika Zakaria

Penerbit: Anwari Ashraf; Amirr Shahlen

Syarikat Penerbitan: Pasal Productions Sdn Bhd

Bahasa: Bahasa Malaysia

Durasi Filem: 45 minit x 10 episod

Jumlah Hari Penggambaran: 50 + 5 hari

Lokasi Penggambaran: Kolej Tuanku Jaafar, Mantin, Negeri Sembilan; Paya Indah Wetlands, Dengkil

Tarikh Tayangan di Astro OnDemand & Astro Go: 14 Jan 2023 (Bermula Tengah Malam), Astro Ria (Linear) 23 Jan 2023 (Setiap Isnin, 9 malam)

Barisan Pelakon




Nadhir Nasar sbg Naim

Mierul Aiman sbg Fakhri

Amir Ahnaf sbg Kahar

Naim Daniel sbg Ayam

Yusof Hashim sbg Amirr

Daiyan Trisha sbg Mia

Sazzy Falak sbg Pn. Faniza

Ben Tan sbg Mr. Sin

Sathisvaran M Magesvaran sbg Prakash

Kahoe Hon sbg Jay Tan

Fadhli Masoot  sbg Hakeem

Fazziq Muqris  sbg Zahrin

Ameer Asyraf sbg Fahmi

Muzayyin Mahyuddin sbg  Ikhsan

Hazeeq Dean sbg Ariz

Aida Aris sbg Idah

Azhar Sulaiman sbg Firdaus

Edika Yusof sbg Harun

Tunggak Utama 

Dipersembahkan oleh: Astro Shaw Sdn Bhd

Syarikat Penerbitan : Pasal Productions Sdn Bhd

Penerbit Eksekutif : Raja Jastina Raja Arshad

Penerbit: Anwari Ashraf; Amirr Shahlen

Penerbit Penyelaras: Fadzlie Musthafa

Pengarah: Anwari Ashraf; Zulaikha Zakaria

Skrip: Anwari Ashraf; Zulaikha Zakaria; Amira (Mya) Nasiruddin; Luqman Ghazali; Zaharin Zabir; Zulaikha Zulhaimi; Samuel Sin

Penolong Pengarah: Hazim Hisham

Pengarah Fotografi: Zulkefli Mohamed Zain

Pereka Busana: Marlia Ieryani Ghazali

Penata Tatarias: Marlia Ieryani Ghazali

Sinopsis 

Demi niatnya untuk berubah pada usia 15 tahun, Fakhri, seorang pelajar yang bijak tetapi sering terlibat dalam pergaduhan, telah diterima untuk memasuki sebuah sekolah asrama berprestij tinggi. Namun, apabila Fakhri merungkai rahsia di sebalik tradisi sekolah tersebut, secara tidak langsung telah menjadikan dia sasaran utama pelajar-pelajar yang ingin memanjat heiraki “High Council”. 

Nekad untuk menghentikan segala ketidakadilan dan salah guna kuasa yang berlaku di kalangan pelajar, Fakhri memasuki gelanggang “Pilihanraya”,  pertandingan yang dilangsungkan secara sulit untuk menentukan “Kepala” di sekolah tersebut.  Walaupun dia tahu pilihannya ini bakal berdepan dengan sesuatu yang terlalu sukar buatnya, berjayakah Fahkri merebut takhta menjadi "kepala"? Apakah yang kesukaran yang bakal dia depani demi mencapai matlamatnya?

3 comments

  1. menarik..boleh la tengok kat on demand nanti

    ReplyDelete
  2. Just saw the first 3 episodes. Excellent acting rivetting storyline and realistic fight scenes. Hats off to Astro for this superb production

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.