Playing Tourist at Elmina City Park

Saturday, 31 December 2022

Hari terakhir 2022 kononnya nak berjalan dekat Elmina City, ambil gambar lepastu dinner dengan Domino's tapi bila beberapa minit lagi nak sampai ke taman tu tiba-tiba jalan jam. Pelik lah sebab tak pernah jam tau kawasan tu. Lepastu bila dah bergerak sikit ke depan nampak ada RELA dengan polis bantuan. Jalan masuk pula ditutup. 

Sudahnya kena buat u-turn. Masa tu baru nampak Elmina City ada New Year Festival. Baru teringat ada konsert malam ambang tahun baru. Pelik juga macam mana nak masuk sebab nampak kat dalam Elmina macam meriah, alang-alang dah datang join je lah kan? Nak park kereta dekat Sales Gallery tapi dah penuh jadi gamble je lah park dekat Temu kemudian jalan kaki ke showroom untuk naik shuttle bas atau van persiaran. 


Masa kitorang beratur tu pukul 5 petang jadi tak ramai sangat tapi sebelum naik shuttle van tu barisan dah sampai ke luar showroom dah. Barisan pun dah berlapis. Masa menuju ke Elmina pun jalan dah sesak teruk. Ada yang park tepi highway kemudian jalan kaki ke Elmina. Banyak juga la energy diorang sebab dekat dalam Elmina tu nak kena berjalan jauh juga lah. Dekat luar pun dah nampak macam mana diorang susun attractions untuk New Year Festival. 


Sebelum masuk kena register dulu dekat Registration Booth untuk dapatkan tiket. Sampai dekat booth tu kena scan QR untuk register. Jadi lama dekat sini sebab internet slow. Kalau dah ramai orang masuk dalam satu sistem pada satu masa yang sama memang lembab lah jadinya. Nasib baik lah seorang je yang perlu register, kalau semua yang datang kena register memang masak nak tunggu. 

New Year Festival di Elmina ni berlangsung selama 2 hari dan memandangkan kami datang pada 30 Disember 2022 maka pilih kalendar tarikh tu lah untuk dapat jemputan digital. Lepastu buka email dan verify attendance. Dah settle baru boleh dapat wrist tag Elmina dan juga brochure berwarna biru gelap. 



Dalam brochure tu kena dapatkan semua setem di setiap negara yang kitorang pergi supaya dapat merasa pengalaman naik belon udara panas tapi tiketnya dah sold out. Baru pukul 6 petang dah sold out padahal event mula jam 4 petang. Jadi kitorang jalan-jalan sambil bergambar je lah dekat Elmina. 

Negara pertama kitorang pergi ialah Finland untuk merasa pengalaman salji dekat situ. Salji dekat Finland diperbuat dari buih tebal tapi kitorang tak merasa pun sebab salji keluar ikut masa yang ditetapkan oleh penganjur. Tak tahu macam mana penganjur pilih masa sebab to be honest, acara dia agak caca marba. 



Elmina ni luas tapi tak banyak tempat pun digunakan macam dekat Finland ada igloo buatan untuk bergambar tapi limit satu keluarga saja boleh masuk dalam satu masa. Nak beratur untuk ambil gambar semata memang tak lah. Buang masa kat situ je. Nak bergambar dengan hiasan dekat Finland pun susah sebab negara ni adalah negara pertama dari pintu masuk jadi susah untuk bergambar tanpa orang. Budak-budak main lari sana sini pun ramai sebab energy tengah banyak. Salji pun tak ada apatah lagi rasa sejuk dari kipas. Sudahnya kitorang ambil gambar dengan sunset sebab lagi cantik. 



Lepas habis bergambar kitorang pergi ke Korea Selatan pula untuk nikmati Autumn Colours sebab dari bawah dah nampak meriah dengan api besar dan pokok berwarna oren. Nak pergi ke Korea kena guna titi batu macam dekat sungai Han. Dihiasi dengan kayu beserta tanglung berlogo Korea juga. 



Happy dapat tengok sunset masa lalu dekat titi ni sebab cantik sangat. Bukan selalu dapat tengok sunset sebab malas nak keluar rumah walaupun jarak rumah dengan Elmina 10km je. Bila dah nampak cantik macam ni jangan pelik lah kenapa selalu ada dekat Elmina lepas ni. Temu pun dah mula banyak kedai, tak lama lagi Elmina Lakeside Mall pula nak naik. 

Dah sampai seberang kena rabat tangga pulak tapi seronok sebab tangga dia cantik dengan rimbunan pokok ketapang. Kalau betul lah ni pokok ketapang, kalau bukan tolong betulkan dekat bahagian komen hshshs


Sampai je dekat atas boleh tengok persembahan api dekat situ tapi sakit mata siapa yang duduk dekat sebab bara api bertebaran sana sini. disebabkan tak tahu pukul berapa performance mula, pukul berapa juga habis, so kitorang dapat tengok sekejap je lepastu habis dah. Tiba-tiba emcee bagitahu pukul 7 ada snow dekat Finland. Masa dia announce tu pukul 6.59pm, dia expect semua pengunjung nak berlari ke Finland dalam masa seminit tu ke? So kitorang ignore je dia dan bergambar dekat rumah buatan yang terletak di hadapan tempayan. 

tsskkk asian mom bila ambil gambar mesti blur


Lama jugak lah nak dapatkan gambar kosong dan tak ada orang macamni sebab malas nak follow photography tricks ambil gambar 20 keping tempat yang sama dan edit tu. Malasssss. I pun bukannya ada ilmu photography pun, lebih kepada fotogedik je. Tapi tu lah, dah beratur tunggu nak bergambar tiba-tiba ada orang potong queue, memang sakit hati lah kan. Just because you ada anak, tak semestinya boleh potong line orang. 


Sudahnya ambik gambar dekat port ni yang tak ada apa-apa kaitan dengan Korea pun. Senang, tak ada orang, cantik pun cantik. Lagi satu attraction dekat Korea ni ialah tirai lampu tapi haihhh tak cantik sebab bersepah dengan generator pastu nampak macam kolong bawah rumah atok je. Nasib baik lah adik I pandai sembunyi dan nasib baik juga masa ni tak ramai orang. 


Mungkin waktu malam cantik lah kot sebab tak nampak kolong dengan wayar berselirat dekat bawah tu. Dah stress asyik susah nak ambil gambar, kitorang makan aiskrim. Sambil makan aiskrim, ambil gambar dekat lalang cantik di bahagian tepi taman. Ingatkan nak ambil gambar macam Junkyu tapi katak banyak sangat dekat bahagian lalang tu. Takut ular pun ye jugak so ambil gambar macam ni je hihu


Dah habis makan aiskrim, kitorang menuju ke Netherlands pula untuk tengok bunga tulip. Walaupun buatan dengan menggunakan lampu LED tapi cantik lah sebab ada banyak warna. Kalau pergi tengok bunga tulip betul mesti lagi cantik. Satu hari habiskan masa dekat padang bunga tulip pun tak sedar sebab me and my mom suka bungaaaaa. 

 

Dekat Netherlands ada Merry Go Round dengan buaian tinggi tu tapi limit satu keluarga seorang saja yang dapat main. Tak faham kenapa Elmina sediakan attractions yang kecil dan sedikit sedangkan ramai pengunjung bekeluarga yang datang. Dan kalau Elmina nak tahu, setiap keluarga ada anak remaja juga bukan anak kecil semata. I rasa orang yang datang tak kisah pun kalau kena bayar daripada percuma tapi terhad. Jadi emosi sebab attractions tak banyak lepastu nak bergambar pun asyik kena kacau. 

Dekat Netherlands ada juga booth yang jual makanan, badut tinggi dan khemah untuk makan tapi panas dan ramai orang. Ikutkan nak pergi ke Morocco tapi macam tak menarik attractions dia. Lagipun adik dah bising nak tengok hot air balloon dekat bahagian bukit sana. 


Tak pasti lah tiket belon udara panas ni kena bayar ataupun semata kumpul setem dekat brochure tu sebab either way pun siapa yang dapat peluang malam tu memang rugi lah. Api tak boleh hidup sebab angin kuat. Nasib baik lah dapat tengok juga dua belon besar ni 'hidup' depan mata. Rehat kejap sambil tengok kegigihan staff hidupkan api. Good to know we don't have to struggle like that on last day of 2022. Ada masanya staff terpaksa tambah beban supaya bakul berisi pengunjung tu tak terbang dek angin kuat. 

Bila dengar adik dah mengadu lapar, it's time to go home lah sebab taknak beratur lama tunggu shuttle bas satu hal, tak nak perut pedih tak dapat makan satu hal juga. Masa naik jambatan oren Elmina tu sempat lagi bergambar sebab tak pernah ada gambar dekat situ. Bila dah sampai ke seberang nampak ada bazaar kecil. 



Ada kraftangan, homeemade scented candles, kerepek, perfume, kopi, akuarium dan banyak lagi lah. Booth makanan yang berat dekat belakang tapi sebab kitorang plan nak makan dekat tempat lain jadi tak pergi lah ke sana. Silap tak tanya RELA dekat mana kena tunggu shuttle bas sebab tak ada checkpoint pun dekat area tu. I dengar driver van kata tunggu dekat Parking Gate C tapi tak ada pun. 

Dekat situ ada bazaar dengan Terowong Masa Elmina. Malas nak masuk juga yang tu sebab ramai beratur dan kitorang tak plan nak beli rumah dekat Elmina untuk tempoh masa sepanjang 50 tahun ni unless I dapat kerja baru dengan kenaikan gaji yang tinggi lah. Please say amen to that because I do have a hope to live in this city despite whatever happening that night hehe

Disebabkan adik dah bising nak makan dan tak jumpa pun shuttle bus point, terpaksa juga pergi ke deretan food truck tapi sedihnya tak ada langsung pun makanan yang barisannya pendek. Kitorang nak alas perut je tapi kalau kena tunggu lebih lama dari shuttle bus, baik tahan je. On positive side, kitorang berjaya tambah satu ribu langkah dekat situ. 


Syukur juga lah bila dah habis round dekat situ shuttle bus sampai dan semua berjaya naik bas untuk balik dengan selamat. Sampai je show room berjalan balik ke Temu dan pergi makan dekat Maghi Raso. Lega. 

Sepatutnya New Year Festival tu ada konsert dan pertunjukan bunga api tapi cancel last minute. Tahun 2023 nanti memang tak lah nak pergi Elmina lagi, kita cari pengalaman ambang tahun baru dekat tempat lain pula. Berbayar pun tak apa asalkan perut kenyang dan selesa. 

2 comments

  1. Ada jugak nampak iklan event ni di FB tapi sebab agak jauh so tak pergi lah kan. Gambar dekat kincir angin Netherlands tu cantik

    ReplyDelete
  2. Patut la meriah dan ramai orang ke sana hari tue...

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.