Movie Review | Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal (2019)

Saturday, 24 December 2022


Pengarah: Ahmad Razuri Roseli, Adam Amiruddin, Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim
Penulis Skrip: Haji Burhanuddin Md Radzi, Hajah Ainon Ariff 
Dubber: Asyiela Putri Bt Azhar, Muhammad Fareez Daniel, Muhammad Musyrif Azzat, Rufaidah Bt Mohamed Fadzil, Tang Ying Sowk, Andhika Astari, Irfan Fahim Bin Mohd Irman
Syarikat Produksi: Les' Copaque Production 
Pengedar : Golden Screen Cinemas, Netflix  
Genre : Pengembaraan / Aksi  
Durasi Tayangan :  minit
Tarikh Tayangan : 21 Mac 2019 (Malaysia, Singapura, Brunei), 26 April 2019 (Vietnam), 9 Mei 2019 (Indonesia), 28 Ogos 2019 (Filipina), 9 November 2019 (Los Angeles)
Trailer :


Filem animasi pertama yang berjaya mengharumkan nama Malaysia apabila dihantar ke Oscar ke 92, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal membawa peminat animasi bersiri Upin dan Upin beserta rakan-rakannya mengembara ke zaman Kesultanan Melayu di negari Inderaloka. Bila tahu nama tempat tu Inderaloka automatik teringat franchise filem Suatukala. 

Pengembaraan mereka bermula gara-gara Tok Dalang (H.J. Burhanuddin) minta Upin (Asyiela Putri Bt Azhar) dan Ipin (Asyiela Putri Bt Azhar) kemas stor bawah rumah kemudian terjumpa koleksi keris lama yang dibeli di pasar. Ada satu keris yang menarik perhatian beradik kembar tersebut kerana peti yang menyimpan keris itu bergegar. Mail cuba untuk ambil dari pelantar tapi ternyata keris tersebut sangat berat. 

Anehnya bila Upin dan Ipin yang ambil, keris tersebut jadi ringan. Di kepala keris tersebut ada tulisan jawi ‘Dua sinar sebagai petanda. Hilang gelap, datang cahaya’. Disebabkan kalimat tersebut, mereka semua dibawa masuk ke alam Inderaloka. Upin, Intan Payung (Muhammad Fareez Daniel), Jarjit dan Mei Mei (Tang Ying Sowk) terjumpa Mat Jenin sementara Ipin, Fizi (Rufaidah Bt Mohamed Fadzil), Susanti (Andhika Astari) dan Mail (Muhammad Musyrif Azzat) yang jatuh di kawasan lain berjumpa dengan Belalang (Irfan Fahim Bin Mohd Irman) ketika diserang oleh Reriang. 

Dalam pengembaraan Upin dan Ipin di Inderaloka, bukan saja mereka perlu mencari jalan pulang ke dunia mereka malah mencari jalan untuk selamatkan Inderaloka dari cengkaman Raja Bersiong (Ahmad Mawardi Bin Abdul Rahman). Uniknya dalam filem animasi ini Les Copaque ketengahkan watak kisah dongeng rakyat seperti Tanggang, Mat Jenin, Bawang Putih Bawang Merah, Raja Bersiong, Batu Belah Batu Bertangkup dan Nujum Pak Belalang. Memang wajar lah nama-nama ini diangkat kerana semakin lapuk ditelan zaman. 

Bukan saja visual yang menarik seperti pekan Inderaloka, kedai Pisang Salai Mak Deruma atau Pulau Angan Makanan malah lagu-lagu yang didendangkan juga enak didengar seperti lagu Keris Sakti ataupun lagu Buai Laju-Laju yang dinyanyikan oleh Ernie Zakri. Merdu sangat suara Ernie, beruntung betul anak dia selalu dengar suara sedap mak masa dodoikan. 



Action stunt yang diketengahkan dalam filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal memang menarik sampai tak berkelip mata tengok masa Siamang berlawan dengan Raja Bersiong. Cuma terkejut lah tengok avatar Siamang tu sebab hilang terus raja yang kacak bergaya tu. Tak pasti kenapa penulis pilih siamang sebab tak ada diceritakan kenapa haiwan tersebut yang diangkat sebagai ikon kepada Inderaloka. Lebih menarik kalau ada simbolik atau kelebihan siamang. Nak kata siamang paling kuat pun tak mampu juga dia nak lawan reriang. Nampak reriang lebih kuat dan banyak kelebihan dalam pertarungan. 

Filem animasi Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal ini diterbitkan selepas 10 tahun filem pertama, Geng : Pengembaraan Bermula (2009) ditayangkan dan menelan belanja sebanyak RM20 juta. Tak hairan lah penerbit sanggup berbelanja banyak kalau hasilnya memuaskan. Masuk pula dekat Netflix, makin ramai lah yang boleh ulang tayang sementara filem animasi ketiga pula keluar. Dekat credit scene, Raja Inderaloka dapat surat dari Puteri yang sedang bertarung dengan raksasa jadi besar kemungkinan filem Puteri pula akan keluar dalam masa terdekat. Sama ada Upin dan Ipin akan buat cameo tu tak pasti lah pulak tapi kemungkinan tu tinggi. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.2/10

2 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.