Pelakon : Nicholas Saputra, Ariel Tatum, Poppy Sovia, Iwa K., Edward Akbar, Aden Bajaj
Syarikat Produksi: Maxima Pictures, Denny Siregar Production
Pengedar : Netflix
Genre : Drama / Aksi
Durasi Tayangan : 110 minit
Tarikh Tayangan : 18 Ogos 2022
Trailer :
Filem Sayap Sayap Patah diangkat dari kisah benar yang berlaku di Lokap Mako Brimop, Kota Depok, Indonesia pada 2018 apabila sekumpulan tahanan pengganas merusuh. Naskhah yang bertemakan sekumpulan polis di jabatan anti-terrorism, Datasemen Khusus 88 (Densus 88) menjejak Murod (Edward Akbar) yang dipercayai membunuh undercover police mereka.
Kerana Murod ditahan lalu dibawa ke Jakarta, ibu pejabat polis Surabaya diancam serangan bom berani mati lantas mengorbankan dua orang polis dan juga orang awam yang berada di situ. Komander Aji (Nicholas Saputra) bertindak untuk segera menjejak keberadaan Leong (Iwa K.), ketua pengganas di kawasan tersebut.
Kerana berita tragis tersebut juga, isterinya Nani (Ariel Tatum) semakin tertekan hingga menyebabkan keadaan kandungannya berisiko tinggi. Nani membentak ingin pergi ke Jakarta kerana Surabaya berbahaya untuk dia.
Naskhah Sayap Sayap Patah dibikin dengan harapan generasi muda sedar tentang pengorbanan anggota polis yang ditugaskan untuk membanteras jenayah pengganas. Modus operandi sama seperti ekstremis agama yang lain di mana mereka akan mengorbankan ahli keluarga atau orang awam atas nama perjuangan untuk ke syurga. Sama seperti Leong yang menghasut Rosyid (Aden Bajaj) untuk korbankan anak buahnya di balai polis Surabaya.
Perasaan ahli keluarga barisan hadapan negara dipaparkan dengan baik oleh Ariel menerusi Nani bila dia menjerit ‘mau siapkan selimut atau kain kapan’ untuk suami dia sebab setiap hari Aji akan hilang. Ada pun sekejap saja di rumah. Plan yang dia rancang belum tentu lagi menjadi walaupun cuma bersiar di taman pada waktu petang.
Boleh kata penulis berjaya hidupkan elemen melodrama melalui pasangan muda yang baru ingin membina keluarga. Bukan mudah untuk barisan hadapan pertahankan negara, sama juga ahli keluarga mereka. Sebak bila dengar isteri mangsa letupan menangis ‘aku pikir aku sudah siap’ kemudian rangkul erat si anak. Tak ada sesiapa pun yang kuat terima berita kematian orang tersayang.Masa Aji cakap dia perlukan Nani untuk temankan dia tu rasa sayu hati tengok sebab dia baru hilang kawan-kawan depan mata, tiba-tiba isteri dengan anak pun nak pergi mengejut. Dia pun tak kuat, dia pun takut jugak.
Walaupun mesej yang disampaikan kuat dengan barisan pelakon utama dan sampingan yang bagus namun skrip filem ini terbatas. Genre kedua naskhah Sayap Sayap Patah adalah aksi tapi tak banyak pun aksi yang dipaparkan oleh peran utama, Komander Aji selain ambush lokasi rahsia Leong itupun tak ambil masa yang lama sebab musuh tak bersedia.
Tak faham juga kenapa Aji, Ruslan (Ariyo Wahab) dan Gendis (Poppy Sovia) pergi ke tingkat bawah sedangkan tak cukup senjata dan manpower untuk kawal kumpulan pengganas tersebut. Sepatutnya lari keluar kemudian call minta backup melainkan pengganas sudah halang pintu keluar. Memang ini diinspirasi dari kisah benar tapi olahan Rudi Soedjarwo buatkan klimaks filem ini tampak lemah.
Keputusan Aji pun nampak merepek juga sebab dia kata nak balik dah tapi dia stay sampai malam soal siasat Murod sedangkan AKP Sadikin (Nugie) dah bagi izin untuk teman isteri di hospital. Dah boleh start paternity leave. Lainlah kalau rusuhan tu terjadi masa dia tengah berbincang dengan AKP, boleh faham lah kenapa dia stay.
Masa skuad khas masuk pun nampak merepek sebab tempat rusuhan tu berlaku di ibu pejabat yang mana selok-belok bangunan tu AKP dah tahu. Lagi satu, kenapa tak arahkan sniper untuk shoot on sight when dealing with terrorist? Macam Leong tu cakap terrorist ni dari awal diorang join perjuangan tu pun diorang dah siap untuk mati jadi bagi kata dua untuk menyerah adalah benda merepek.
Nevertheless, Sayap Sayap Patah ada isinya cuma olahan saja lemah kerana terlampau fokus pada drama yang tak perlu. Mungkin sebab I dah biasa tengok filem bertemakan terrorist dari Bollywood so my expectation a bit high.
1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.8, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 7/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Tengok trailer macam filem cinta je, tu yang malas nak tengok. Rupanya ada aksi jugak ye
ReplyDelete