Movie Review | Satria Dewa: Gatotkaca (2022)

Saturday, 17 December 2022

Pengarah : Hanung Bramantyo 

Penulis Skrip : Rahabi Mandra, Hanung Bramantyo

Pelakon : Rizky Nazar, Yasmin Napper, Omar Daniel, Ali Fikry, Yayan Ruhian, Cecep Arif Rahman, Sigi Wimala, Edward Akbar, Jerome Kurnia  

Syarikat Produksi : Satria Dewa Studio 

Pengedar : Netflix

Genre : Aksi  

Durasi Tayangan : 129 minit

Tarikh Tayangan : 9 Jun 2022 (Indonesia), 18 Ogos 2022 (Malaysia)

Trailer :


Kisah bermula dengan sebuah keluarga diserang oleh sekumpulan kuasa jahat yang mencari Brajamusti. Tenaga Arimbi (Sigi Wimala) tidak mampu melawan mereka hingga adiknya, Ratri terbunuh (Sekar Sari) lantas bawa anaknya sembunyikan diri sehinggalah 20 tahun kemudian.

Bergerak ke masa sekarang, Yuda (Rizky Nazar) runsing mencari wang untuk menyara hidupnya dan juga ibunya yang hilang ingatan selepas serangan tersebut. Kawan baiknya, Erlangga (Jerome Kurnia) upah Yuda jadi jurugambar pada hari konvokesyen kerana bakat Yuda dalam fotografi bagus namun tak diberi peluang. Malangnya pada hari membanggakan tersebut, Erlangga dibunuh oleh lelaki bertopen, dipercayai dari keturunan Korawa. 

‘Pandawa, Kurawa, Raksasa dan Dewata. Mereka wujud 3,000 tahun Sebelum Masihi. Mereka anak cucu Adam, sama seperti kita. Bezanya, mereka ada hubungan dengan Kadewatan (dunia para dewa). Pada masa itu, manusia dan dewa boleh berhubung secara terus. Gen yang baik adalah Pandawa. Mengambil, merebut, mencuri dan memaksa adalah keturunan gen Kurawa.’ – Prof Arya Laksana (Edward Akbar)

Yuda bersama Agni (Yasmin Napper), anak kepada Prof Arya mencari pembunuh Erlangga dan secara tidak langsung bertemu dengan kumpulan Pandawa yang pernah bekerja bersama Erlangga dalam satu misi. Kumpulan kecil tersebut dianggotai oleh Dananjaya (Omar Daniel), veteran Pandawa, Gege (Ali Fikry), adik Dananjaya, dan Ibu Mripat (Yati Surachman) yang bersembunyi di kedai antik. 

Dari pertemuan tersebut, Yuda dan Agni secara tak langsung dapat tahu mengenai identiti mereka yang mempunyai darah keturunan Pandawa dan juga kuasa dewata seperti Erlangga. 

Baru saja selesai menonton Brahmastra (2022) yang menceritakan kisah mitologi kuasa dewa, layan pula naskhah Satria Dewa: Gatotkaca yang mengambil kisah perang dalam kitab Mahabrata. Malah nama Yuda tu sendiri diambil dari bahasa Sanskrit, Yodha (pendekar, pejuang) dan Agni juga bermaksud api. 

Uniknya Gatotkaca (2022) adalah installment pertama untuk Universe Satria Dewa maka sebab tu lah filem ini diterbitkan di bawah production house Satria Dewa Studio yang diwujudkan khas untuk menghasilkan naskhah yang berkisar superheroes. Lebih kurang macam Marvel lah yang diterbitkan khas di bawah Marvel Studios. Planning untuk universe ni adalah Arjuna (2023), Srikandi (2024), Kurusetra (2025), Yudhistira (2026), Bima (2027), Bharatayudha (2028) dan Bharatayudha II (2029).

Kagum dengan industri perfileman Indonesia yang semakin hari semakin berkembang dan meletakkan industri mereka tak jauh beza dengan Hollywood. Semangat nak tengok Satria Dewa : Gatotkaca sebab naskhah Sri Asih akan ditayangkan rupanya berbeza universe. Gundala dan Sri Asih saling berkait tapi bukan Satria Dewa Semesta. 

Jalan cerita Satria Dewa : Gatotkaca menggunakan ramuan asas kisah superhero yang mencari identiti diri melalui konflik keluarga dari orang tuanya. Kisah cinta antara Yuda dan Agni juga diselitkan sebagai bunga hidup dan juga penyeri naskhah aksi dari Hanung Bramantyo. Chemistry antara Rizky dan Yasmin jelas menghidupkan suasana kehidupan dunia anak muda. 

Casting director antara yang patut diberi pujian kerana mengambil barisan pelakon utama yang segak. Filem dengan jalan cerita biasa wajib lah ada penyeri kan? Bersinar mata tengok Dananjaya dengan aksi memanah dia. 

Sayangnya babak aksi antara Yayan Ruhian dan Cecep Arif Rahman tenggelam oleh visual yang gelap. Filem ni jadi tumpuan kerana dua pelakon aksi yang popular namun tercela kerana minor mistakes yang boleh diubah. Kostum Gatotkaca antara yang mengecewakan kerana tak menarik dan tutup wajah Rizky. Kostum Gatotkaca dalam game Mobile Legends lagi cantik dengan keunikan details yang melambangkan seni budaya setempat. 

Babak Prof Arya di penghujung cerita juga agak meleret sedangkan karakter dia jelas. Mungkin penulis cuba hidupkan elemen dramatik namun elemen tersebut tampak lemah kerana naskhah ini sejak awal lagi tak terlalu menyentuh tentang perasaan atau cuba untuk connect dengan audience. Dia macam bersifat lebih kepada untuk bercerita. 

Anyway, I do have fun with my family watching this movie. Tak sabar nak tengok Arjuna pula tahun depan sebab ada plot twist di hujung cerita. Agaknya siapa yang jadi Arjuna? Jefri Nichol? Randy Pangalila? Angga Yunanda? Reza Rahadian dengan Bront Palarae dah join universe Gundala so terpaksa cross nama diorang T.T

1. Team Production +1, 2. Visual +0.5, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.7/10

1 comment

  1. Pergh!! dia punya perancangan untuk sekuel tu dasyat.. tq tau review, terus rasa nak tengok..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.