Kisah bermula dengan Amato (Armand Ezra Ezal) yang menjalani rutin harian menghadiri kelas silat bersama Tok Sah (Mohd Fazreen Mohd) kemudiannya habiskan masa bersama Pian (Ielham Iskandar) untuk finalize projek sains mereka. Pian dan Amato perlu present di hadapan kelas untuk dapatkan A++ dengan ciptaan unik Cocoway 3000 yang boleh membancuh minuman mengikut apa yang diidamkan.
Dalam perjalanan pulang ke rumah, Amato ternampak meteor besar jatuh ke kawasan bukit. Kerana sifat ingin tahu, Amato secara tak sengaja masuk ke dimensi lain. Di situ lah dia berjumpa dengan Mechabot (Muhamad Noradzlan Mohamad Nazir), sebuah robot pemusnah dari angkasa lepas dengan kuasa ‘Mechanize’ yang mampu menukarkan objek-objek lain menjadi peralatan canggih.
Mechabot bersembunyi di rumah Amato untuk larikan diri dari robot jahat dan juga Grakakus (Fadhli Mohd Rawi), alien jahat yang obsesif dan ingin memiliki kesemua robot Power Sphera untuk mengawal dunia. Dia sanggup melakukan apa saja untuk mencapai impian tersebut termasuklah membunuh.
Walaupun awalnya Mechabot tak mahu jadikan Amato sebagai tuannya kerana trauma kehilangan tuan yang lama kerana dibunuh oleh Grakakus, kepintaran Amato dan rasa setiakawan Amato mengubah pendirian Mechabot. Selain Mechamato, Bandar Hilir juga dijaga oleh adiwira terkenal iaitu Maskmana.
Selepas kejayaan siri animasi adiwira, Boboiboy yang telahpun menyambut ulangtahun ke-10, Monsta terbitkan seorang lagi adiwira dengan konsep yang lebih menarik. Filem ini sepatutnya dijadualkan tayangan pada penghujung 2019 tetapi terpaksa ditangguhkan kerana pandemik Covid-19. Dalam tempoh tersebut, MONSTA telah membuat penambahbaikan bagi memastikan kualiti cerita yang dipersembahkan dapat memenuhi citarasa penonton.
Mechamato Movie berlatarkan sebuah bandar fiksyen yang diinspirasikan dari Bandar Hilir di Melaka. Ia juga menampilkan keunikan budaya Malaysia seperti silat, budaya peranakan dan makanan tempatan yang digabungkan dengan elemen futuristik seperti robot dan kapal angkasa. Terpegun dengan senibina syarikat En. Aman yang menggunakan reka bentuk tengkolok beserta hiasan.
Bandar Hilir juga mempunyai keretapi tergantung untuk memudahkan penduduk dan pengunjung bergerak di bandar cantik tersebut. Maskmana pun tak kurang hebatnya kerana sut yang dicipta mampu belajar dari manusia. Ilmu mempertahankan diri, kepintaran dan juga kekuatan tenaga lelaki dewasa. Dron keris yang dicipta antara kehebatan teknologi yang perlu ditonton oleh peminat Monsta.
Tak ada masalah untuk yang belum pernah menonton siri animasi Mechamato di akaun Youtube rasmi Monsta ataupun Netflix kerana filem Mechamato menceritakan bagaimana Amato berjumpa dengan Mechabot buat pertama kali. Dalam filem ini juga memaparkan bagaimana Amato belajar beberapa kelebihan yang dimilik setelah menjadi tuan Mechabot.
Penceritaan Mechamato lebih kurang dengan Boboiboy yang mempunyai elemen komedi menghiburkan kerana adiwira yang masih lagi bersekolah rendah. Sesuai sangat untuk tontonan kanak-kanak dan keluarga. Selain mengajar tentang semangat setiakawan, Mechamato juga ketengahkan rasa tanggungjawab dan tugas adiwira untuk menjaga orang awam. Lagu tema Temaniku nyanyian Yonnyboii mengukuhkan lagi mesej yang dibawa oleh Mechamato.
Walaupun banyak perkara menarik dalam Mechamato Movie namun babak di hujung cerita, masa Mechamato berlawan dengan Grakakus dibikin agak panjang. Kalau yang memang suka Mechamato mungkin akan suka atau tak kisah langsung nak tengok strategi Amato mengalahkan Grakakus. Please stay hingga ke hujung cerita sebab di bahagian selepas credit scene ada cameo comel untuk peminat adiwira Monsta.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.6/10
Ala.. Ala.. Nape dia dah tengok.. Kak Sha baru nak gi tengok.. Booking awal tiketnya risau penuh.. hehehe.. Anak-anak pun teruja nak gi tengok.. Kak Sha tengok anime bersiri dia, memang suka bila dia mechanize mechanize tu..
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Ala.. Ala.. Nape dia dah tengok.. Kak Sha baru nak gi tengok.. Booking awal tiketnya risau penuh.. hehehe.. Anak-anak pun teruja nak gi tengok.. Kak Sha tengok anime bersiri dia, memang suka bila dia mechanize mechanize tu..
ReplyDeletehahaha rezeki dapat tengok awal sikit. syok tengok maskmana dengan mechamato lawan grakakus. lepas tengok asyik ulang mechabotttt, mechanize! haha
Delete