Setelah Ambar (Caitlin Halderman) dan adiknya, Dika (Jovarel Callum) kehilangan orang tua mereka, Oma Ida (Rina Hasyim) panggil mereka tinggal di rumah kebajikan yang jauh terpencil dari kawasan bandar. Mereka menerima pelawaan tersebut memandangkan tiada lagi tempat berteduh. Di situ Ambar bertemu kembali dengan Agus (Shandy William), kawan baiknya sejak kecil.
Kakek Farid (Yayu Unru) dan Nenek Ani (Yati Surachman) antara yang tidak pulang beraya kerana sebatang kara. Arthur (Junior Roberts) pula teman Oma Ida beraya di situ. Semasa bermain frisbees, Dika terjumpa ruang bawah tanah di bagunan sebelah rumah kebajikan tersebut. Bangunan tersebut sudah using dan tidak terjaga namun tiada sesiapa yang tahu ada patung tanpa kepala disorok di situ.
Arthur tertarik dengan gramophone lama di ruang bawah tanah tersebut dan juga bawa pulang sebuah peti yang berisi jurnal peribadi Ivanna van Dijk (Sonia Alyssa). Nenek Ani melarang mereka menyentuh barang tersebut kerana tak mahu diganggu tapi kata-katanya tak diendahkan. Akibatnya patung tanpa kepala bergerak ke dalam rumah tersebut dan memburu setiap pribumi. Baginya pribumi lah yang menghancurkan seluruh keluarga dan hidupnya dan menuntut dikembalikan kepala yang dibuang entah ke mana.
Naskhah seram thriller Ivanna diadaptasikan dari novel karya Risa Saraswati, "Meruntih Berang Ivanna Van Dijk" dan juga spin-off dari universe Danur. Selalu sangat baca review atau nampak ramai penggemar filem seram cadangkan filem Danur tapi sampai sekarang pun tak berani nak tengok. Bila tengok filem Ivanna, seram dia tak lah menakutkan sangat. Memandangkan penulisnya sama, ada masa nanti boleh buat marathon Danur Universe pula.
Kisah Ivanna yang dipenggal pada zaman pemerintahan Jepun mempunyai kisah cliché oleh mana-mana kisah seram pun. Tak ada yang baru pun dibawa oleh hantu tanpa kepala ini kerana dendam dan mangsanya sama. Bezanya, Ivanna adalah orang yang tidak waras dan berdarah penjajah. Jadi hantu dia pun sama level juga tidak warasnya.
Dekat awal cerita pengarah Kimo Stamboel letak babak Ivanna marah Matsuya (Hiroaki Kato) yang tikam belakang Ivanna sedangkan dia adalah sumber intel di Indonesia. Sepatutnya Matsuya balas budi tapi sebaliknya pula bila dia bunuh semua orang Belanda termasuklah keluarga Ivanna. Ikutkan hantu Ivanna balas dendam pada orang Jepun tapi dia balas dendam dekat orang pribumi sebab belasah dia.
Dia jajah negara pribumi, makan hasil tanah pribumi, perhambakan orang pribumi, khianat orang pribumi dari generasi ke generasi tapi dah jadi hantu balas dendam pula dekat orang pribumi sebab tak berani lawan hantu Jepun. Naissss!
Konsep Ivanna sama macam filem The Doll 3 iaitu slasher tapi tak muncul kreativiti pada cara pembunuhan tu sebab hantu Ivanna cuma tahu satu cara saja, dengan mencabut kepala manusia. Sekali dua buat macam tu seram lah, masuk kali ketiga dah mula bosan. Tak ada cara pulak tu nak hapuskan keganasan Ivanna. Sakit hati tengok pengarah bunuh ramai pelakon dalam filem ni terutamanya Arthur. Jangan expect happy ending lah sebab I dah kata tak ada method untuk hapuskan Ivanna. Kalau dia terhapus takkan lah dia muncul dalam Danur 2 kan?
Sinematografi Ivanna antara kekuatan filem seram ini dengan props yang menghidupkan suasana retro dan juga 90-an. Suasana Hari Raya tampak suram dalam naskhah ini sedangkan hari raya ada momentumnya tersendiri kerana perayaan yang sarat dengan perasaan untuk orang Nusantara. Tak pasti kenapa penulis pilih latar masa Hari Raya kalau tak ada impak apa pun pada penceritaan. Filem Ivanna boleh jadi menarik namun plot dan dialog menjadikan penceritaan Ivanna tampak lemah dan dangkal.
1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.2, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0.4 = 5.5/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Ala.. tak bestlah kalau Ivanna tak boleh dikalahkan.. Kesian ramai yang mati..
ReplyDelete