Production Companies : Balaji Motion Pictures, NH Studioz, Northern Lights Film
Distributor : Disney+ Hotstar
Genre : Psychology / Thriller
Running Time : 124 minutes
Release Date : 2 December 2022
Trailer :
Dr. Freddy Ginwala (Kartik Aaryan) merupakan seorang doktor gigi yang pemalu dan introvert. Dia lebih banyak menghabiskan masa dengan Hardy, kura-kura peliharaan yang juga merupakan kawan baiknya. Sudah 3 tahun dia cuba untuk mencari kekasih tapi semuanya tidak berjaya.
Satu hari Freddy jatuh cinta pandang pertama dengan Kainaaz Irani (Alaya Furniturewala) di sebuah majlis kahwin. Malangnya Kainaaz sudah pun berkahwin dengan Rustom Irani (Sajjad Delfrooz), pemilik restoran yang baran dan abusive. Tak ambil masa yang lama pun untuk Kainaaz balas cinta Freddy hingga Freddy percaya bahawa Kainaaz adalah teman sehidup sematinya.
Freddy cuba untuk tolong Kainaaz dengan bunuh Rustom secara langar lari tapi setelah usaha tersebut dia dapat tahu dia cuma dipergunakan oleh perempuan tersebut. Kainaaz rupanya bercinta dengan chef di Blue Café kegemarannya, Raymond (Karan A. Pandit). Freddy yang patah hati cari jalan untuk balas dendam terhadap Kainaaz.
Walaupun naskhah psikologi thriller dari pengarah Shashanka Ghosh mempunyai plot yang mudah dijangka melalui trailer dan separuh masa pertama namun kekuatan watak Freddy buatkan cerita dia patut ditonton sehingga selesai. Root for him and he need that justice. Masa dia peluk badan dia dekat lantai tu rasa kesian sangat dengan watak Freddy yang cuba untuk hidup secara normal dalam dunia yang agak kejam buat dia. Ironi lah bila Freddy ada board 'Home is where the heart is' tapi meringkuk meratap dalam rumah tu.
Music album hasil gubahan Pritam mencuri perhatian dengan 3 buah lagu yang dicipta khas untuk menceritakan dunia Freddy. Lagu romantik Tujhse Pyaar Karta Hoon dan Tum Jo Milo dibikin untuk menggambarkan perasaan jatuh cinta pertama kali buat Freddy. Manakala lagu Kaala Jaadu lebih terarah pada sisi psiko Freddy.
Masa tengok babak Veer murung dengan kata-kata Zoe dalam filem Love Aaj Kal 2 (2020), I was like maybe psycho thriller or mental illness theme will suit Kartik. And Freddy happened. Masa tengok Freddy ni terus lupa Kartik Aaryan yang suka berlakon filem komedi dan rasa selesa dengan genre komedi.
Kalau dalam Dhamaka (2021) ada few hiccups pada lakonannya sebagai news anchor tapi tidak untuk Dr. Freddy. Untuk jayakan watak Freddy, Kartik tambah 14kg berat badan supaya dia boleh berjalan macam Freddy, keluar dari fizikal cantik dunia glamor. Walaupun facial expression dia tampak tenang tapi bahasa badan dia yang banyak mainkan peranan sepanjang movie.
Sayangnya Kartik Aaryan sahaja yang galas filem ni dari awal sehingga habis bila genre berubah pada separuh masa kedua. Dia macam skrip asal boleh je bila masuk episod balas dendam sebab banyak details macam diendahkan oleh penulis. Masa Kainaaz kena alergik tu kenapa cuma muka yang terkesan?
Dalam babak Kainaaz kena marah dengan mak dia, ada mention dekat situ baru 10 hari Rustom meninggal, jadi kenapa tak ada majlis pengebumian atau tempoh berkabung? Masa Raymond tanya jiran tak pelik ke dia datang rumah Kainaaz dan Kainaaz dah ada jawapannya. Dekat situ nampak jiran memerhati tapi kenapa tak ada yang pelik kenapa gaya pakaian Kainaaz berubah secara drastik?
Polis pun macam endah tak endah saja dengan kes langar lari Rustom Irani. Untuk I yang selalu layan movie Hindi, I faham lah yang Mumbai memang ada banyak kes jenayah jadi polis lebih suka tutup kes dari buang masa dan tenaga untuk siasat. Keluarga pun tak kisah langsung untuk cari siapa pembunuhnya jadi memang selayaknya lah polis buat kertas laporan tu sebagai alas samosa sahaja.
Filem Freddy ni ada banyak ruang untuk plot dikembangkan supaya jadi lebih menarik namun pengarah lebih selesa pilih untuk tetapkan pace perlahan dalam menceritakan kehidupan Freddy yang malang. Lakonan Alaya tak cukup kuat sebagai heroin yang manipulatif, I expect dia akan jadi macam Kareena Kapoor Khan dalam Fida (2004) dengan gandingan yang kuat macam Fardeen Khan tapi rupanya tidak. Karan A. Pandit juga tak mampu nak galas watak Raymond tambah pula bila duduk dalam satu skrin yang sama dengan Kartik. Kalau pengarah panggil Tahir Raj Basin ataupun Vijay Varma mungkin Freddy ada saingan yang sengit.
Sinematografi yang digunakan oleh Ayananka Bose juga dibikin malap untuk menghadirkan suasana dan elemen misteri thriller pada cerita. Ada beberapa babak yang tenggelam dalam visual tersebut. Babak silhouette Freddy tarik mayat tu seram dan I rasa Kartik Aaryan perlu cari skrip yang betul-betul bagus untuk tema ni.
Anyway, kudos to team production yang ambil langkah untuk perbanyakkan lagi koleksi filem dari genre psychological thriller walaupun ada kekurangannya. Thanks to Kartik for making my Saturday feels great, Untuk fans Kartik memang wajib tonton Freddy and baba, I am so proud of you!
1. Team Production +0.8, 2. Visual +0.5, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought + 0.4 = 6/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Halah Halah.. Tergoda lagi.. Makin bertambah list filem untuk ditonton.. Tak sempat nak sedih.. hehehe..
ReplyDelete