Movie Review | Brahmāstra: Part One – Shiva (2022)
Sunday, 4 December 2022
Director : Ayan Mukerji
Writer : Ayan Mukerji
Cast : Amitabh Bachchan, Ranbir Kapoor, Alia Bhatt, Nagarjuna Akkineni, Shah Rukh Khan, Dimple Kapadia, Mouni Roy
Production Company : Star Studios, Dharma Productions, Prime Focus, Starlight Pictures
Distributors : Star Studios (India), 20th Century Studios (North America), Walt Disney Studios Motion Pictures (International; except Latin America & Europe), Disney+ Hotstar
Genre : Fantasy / Action / Adventure
Running Time : 167 minutes
Release Date : 9 September 2022
Trailer :
Dikatakan pada kurun lampau, terdapat sekumpulan penjaga di gunung Himalaya yang dianugerahkan pelbagai jenis kuasa Brahm-shakti untuk melindungi dunia menggunakan kuasa astra. Antaranya ialah Kuasa Api (Agnyastra), Kuasa Air (Jalastra), Kuasa Angin (Pawanastra) dan banyak lagi kuasa lain yang diambil dari binatang dan juga tumbuhan.
Tapi di sebalik kekuasaan semua kuasa tersebut, ada kuasa yang besar juga muncul bila mana kekuatannya sama seperti Mata Ketiga Dewa Shiva (Dewa Kemusnahan). Ia boleh mencipta dan juga memusnahkan. Setelah berbulan lamanya para penjaga kuasa mengawal kuasa tersebut, akhirnya muncul lah Brahmastra.
Semakin dunia berevolusi, semakin berkurang lah manusia bergantung harap pada penjaga yang mempunyai kuasa dan kehebatan mereka juga semakin dilupakan. Tapi Dev perlukan Brahmastra untuk keluar dari penjara yang dicipta untuknya dan Junoon (Mouni Roy) telah diberi kuasa untuk mencari 3 kepingan Brahmastra yang dijaga oleh penjaga Astras.
Shiva (Ranbir Kapoor) mula dapat bayangan jelas tentang bagaimana Junoon, Zor (Saurav Gurjar) dan Raftaar (Rouhallah Gazi) mencari kepingan tersebut. Saintis Mohan Bhargav (Shah Rukh Khan) bagitahu dalam bayangan tersebut yang Anish Shetty (Nagarjuna Akkineni) pegang kepingan kedua.
Walaupun Shiva tak faham apa yang berlaku dan kenapa dia dapat bayangan tersebut, dia rasa penting untuk dia selamatkan Anish supaya dia dapat jawapan kepada persoalan tersebut. Shiva tahu dia bukan orang biasa kerana dia tak pernah terbakar oleh api sejak bayi dan rahsia itu diceritakan kepada Isha (Alia Bhatt). Dari Anish, Shiva dapat berjumpa dengan Raghu (Amitabh Bachchan), ketua penjaga Astra juga Savitri Devi (Dimple Kapadia).
Lama betul tunggu Brahmastra keluar ke pawagam sebab filem ni memerlukan khidmat kesan khas yang banyak kerana bertemakan superheroes. Even dah announce tarikh tayangan, filem ditangguhkan beberapa kali sebab Ayan tak berpuas hati dengan final product Brahmastra. Ada beberapa babak yang terpaksa dibikin semula lepas perintah berkurung berakhir.
Walaupun kuasa yang diceritakan dalam Brahmastra diambil dari kuasa para dewa dalam kisah mythology India tapi tak susah pun untuk faham sebab Ayan explain dengan bahasa mudah. Kuasa yang digunakan pun diambil dari kuasa alam jadi tak ada isu terpesong akidah ataupun seangkatan dengannya bila layan dari awal sampai habis cerita.
Sebelum ni dah pernah up entry tentang easter eggs yang Ayan letak dalam trailer dan ada yang betul, ada juga yang meleset. Betul bila SRK adalah Dewa Hanuman yang mempunyai Vanarāstra, kuasa monyet dan Deepika pula ialah Dewi Air. Tak betul bila Isha ada kaitan dengan penjaga Astra sebab dia completely stranger dan ditakdirkan menjadi peneman hidup Shiva.
Masa full movie keluar ada kompilasi video Alia menjerit panggil nama Shiva sebab banyak sangat sampai ramai turn off nak pergi tengok Brahmastra dan alasan tu adalah yang paling bodoh sekali sebab Brahmastra memang selayaknya ditonton di pawagam. Sembang pasal SRK, terpegun tengok lakonan dan fighting scene sebab sebelum ni tak berapa gemar SRK dalam genre action. Tapi dalam Brahmastra nampak kemas dan sharp dengan signature playful dialogues dia. Lepas tengok scene SRK terus semangat nak tengok Pathan nanti sebab SRK berlakon jadi ejen risikan untuk WAR Universe under YRF.
Sinematografi yang dibikin oleh V. Manikandan, Pankaj Kumar, Sudeep Chatterjee, Vikash Nowlakha dan Patrick Duroux menghasilkan visual luar biasa cantiknya. Belum pernah lagi filem Bollywood atau India menggunakan VFX yang mantap. Filem Ra.One ada tapi bukan pada skala sebesar Brahmastra. Dalam lagu Deva Deva boleh nampak macam mana Shiva bermain dengan kuasa api yang dimilikinya sejak kecil. Ayan guna kuasa api berwarna biru sebab api berwarna biru adalah api yang paling panas sekali dalam kitaran pembakaran. Cantik tapi berbahaya.
Lighting pun mainkan peranan pada beberapa babak macam masa Shiva bercerita tentang orang tua dia. Masa dia sembang pasal ayah dia yang menghilangkan diri, lighting berwarna merah jadi kita tahu lah Shiva benci dengan ayah dia sementara ibu dia pula berwarna biru, yang banyak tenangkan Shiva. Dan lighting ni juga sebenarnya bagi hint siapa sebenarnya ibu bapa Shiva.
Kekuatan Brahmastra juga terletak pada music album hasil gubahan Pritam yang menampilkan lagu romantik seperti Rasiya dan lirik yang dikarang oleh Amitabh Bhattacharya. Kalau ada nama Pritam dekat poster, nama Amitabh pada bahagian lirik, suara Arijit yang dendangkan, dah boleh agak macam mana mantap soundtrack filem tu. Walaupun timbul meme dan isu bila Amitabh guna perkataan ‘love storiyan’ dalam lagu Kesariya tapi makin lama perkataan tu makin melekat dalam kepala.
Dalam trailer tak nampak sangat chemistry Ranbir Kapoor dan Alia Bhatt walaupun mereka adalah pasangan kekasih di dunia sebenar tapi bila tengok full movie, chemistry diorang tu slowly build up dan tampak kuat sehingga ke akhir cerita. Alia nampak cantik sangat dalam Brahmastra sebab muka berseri terutamanya bila satu skrin dengan Ranbir. Siapa tak happy dapat berlakon dengan crush, boyfriend dan suami sendiri kan? Cuma tak faham kenapa Isha beria sangat nak teman Shiva padahal baru saja kenal, dekat situ nampak macam forced sikit lah tapi kalau dah namanya cinta kan, apa lagi rasional dan relevan yang diperlukan.
Plot Brahmastra boleh kata ringkas dan cliché seperti filem superheroes yang lain tapi sesuai lah dengan plan Ayan sebab filem Brahmastra ada 3 part jadi Ayan nak semua orang kenal siapa Shiva dan kebolehan penjaga kuasa yang ada di dunia ni.
Tak sabar nak tengok Part 2: Dev pula dan mungkin screentime SRK, Deepika dan Nagarjuna lebih panjang sebab berpatah balik pada zaman Raghu waktu muda. Siapa yang akan pegang watak Dev masih lagi dirahsiakan cuma Ayan bagitahu bersedia untuk lihat filem yang penuh dengan barisan pelakon yang ramai. Lama nak tunggu 2025 tapi tak kisah sebab tahu Ayan akan hasilkan yang terbaik. Finger crossed!
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
banyak pelakon best ni, kene layan jugak ni filem ni
ReplyDeleteWah.. ada3 part.. Semoga yang kedua akan lebih ohsem lagi.. Yang ini nak kena tengok juga nie..
ReplyDeleteWahhh menarik pula movie ni
ReplyDelete