Production Companies : Zee Studios, Outsiders Films, Echelon Productions
Distributors : ZEE5
Genre : Horror / Thriller
Running Time : 126 minutes
Release Date : 9 December 2022
Trailer :
Official remake dari filem Spain, Julia's Eyes (2010) arahan Guillem Morales mengisahkan tentang Gayatri (Taapsee Pannu) mencari punca kematian adik kembarnya Gautami. Inspektor Chandel (Sumit Nijhawan) sahkan Gautami meninggal kerana bunuh diri akibat kemurungan walaupun tiada nota yang ditinggalkan.
Kes akan ditutup kerana tiada langsung tanda pergelutan pada mayat Gautami tapi Gayatri yakin adiknya dibunuh bila dia dapat rasa kehadiran seseorang di rumah tersebut. CD yang dipasang di radio juga bukan lagu kesukaan Gautami seperti yang dia bagitahu pada awal filem. Namun suaminya, Neel (Gulshan Devaiah) minta supaya tutup kes supaya roh dapat bersemadi dengan tenang.
Neel juga larang Gayatri melakukan perkara yang akan buat dia stress sebab kedua-dua kembar tersebut mempunyai masalah penglihatan yang sama, progressive vision loss dan doktor nasihatkan supaya elakkan stress yang melampau. Tapi Gayatri yakin ada seseorang yang sedang memerhati dan cuba untuk tutup jejak bersama Gautami. Jiran sebelah, Ira (Nitya Mathur) juga sering memerhati tindak-tanduk Gayatri tapi menghindar apabila dia cuba untuk berbual.
Naskhah Blurr menghidangkan genre thriller dengan misteri yang cuba untuk disembunyikan oleh si pembunuh. Keupayaan watak utama juga bagi kelebihan untuk si pembunuh selangkah di hadapan. Dari awal lagi penulis dah tunjuk kehadiran si pembunuh jadi setiap kali Gayatri panik sebab lelaki tersebut, kita akan tercari-cari siapa.
Kelebihan Blurr bila pengarah bijak bermain dengan visual yang disetkan kelam untuk menjelaskan lagi keadaan penglihatan Gayatri yang terhad. Hint pun pengarah simpan sampai masanya sampai.
Walaupun Blurr menarik untuk ditonton namun ada beberapa faktor yang boleh diperbaiki seperti jalan cerita yang kurang logik. Semua sedia maklum bila penglihatan terhad, deria yang lain akan bertambah supaya manusia dapat melindungi dirinya. Kalaupun tak bertambah, sesiapa pun akan terhidu bau Gayatri yang mendengar perbualan sekumpulan wanita buta di pusat pemulihan. Tambah pula bila mereka semua dapat bau lelaki yang bersembunyi di hujung tangga.
Masa Ira datang berjumpa dengan Gayatri di second half pun menimbulkan tanda tanya juga macam mana dia dapat masuk dan sorok kehadirannya dari pengetahuan si pembunuh. Kuat sangat Gayatri menjerit serupa tak ada hari esok. Cara Gayatri tu macam tak berada dalam situasi tegang pun, masa dia buka bandage pun tak nampak langsung perit buka mata lepas 12 hari tertutup. Smooth je dia buka mata sedangkan ada lampu terang depan dia. Dekat second half juga pengarah terlampau stretch babak Gayatri dengan pembunuh walaupun polis dah sampai. Patutnya cut off je dengan buat polis serbu pembunuh tersebut.
Kebanyakan watak tak dikembangkan dengan baik sampaikan watak hanya watak dan tak menambahkan impak. Dekat watak Gayatri ada la juga berhubung kait dengan kerjaya dia tapi untuk Gautami, langsung tak nampak gaya seorang pianist terkenal. Plot twist pun tak berjaya mengejutkan, cuma menjawab soalan kenapa watak tersebut bersifat sebegitu di awal cerita.
Pendek kata Blurr mempunyai idea yang menarik namun lemah pada olahan cerita dan juga skrip yang tak dikembangkan sepenuhnya. Boleh kata cerita tanpa jiwa yang boleh buatkan kita connect dengan konflik masing-masing. Setiap watak ada drama dan konflik tapi tak boleh nak rasa simpati dengan mana-mana pun. Yang penting berjaya habiskan naskhah 126 minit.
Kalau ada lagu romantik antara Gulshan dengan Taapsee mungkin lebih membuai kot sebab chemistry diorang comel. Masa tengok filem ni perasan juga semua watak sampingan mentioned pasal being invisible. Macam nak simpati tapi macam tak connect dengan cerita.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.2, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.4 = 5.4/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
tengok poster tu nampak thrill gila, baca review macam meh, i'll pass
ReplyDelete