Penulis Skrip : Syafiq Yusof, MF Kencana, Effindi K
Pelakon : Zizan Razak, Johan Raja Lawak, Elizabeth Tan, Maya Karin, AC Mizal, Shuib Sepahtu, Kazar Saisi, Ozlynn Waty, Tania Hudson, Wak Doyok dan Daniella Sya
Syarikat Produksi : Skop Productions, Astro Shaw
Pengedar : Astro First
Genre : Aksi / Komedi
Durasi Tayangan : 116 minit
Tarikh Tayangan : 8 September 2022
Trailer :
Kejayaan filem Abang Long Fadil 2 (2017) membawa Fadil (Zizan Razak) bertemu dengan Chief Kazar(Kazar Saisi), Ketua National Secret Service yang dibantu oleh anaknya, Ejen Maya (Maya Karin). Nasib Fadil tak berubah dari dulu, keluar dari mulut buaya masuk pula mulut naga. Kali ni Fadil kena bantu NSS halang Chow Han (Johan), ketua S.S.O. (Secret Society Organization) dengan misi rahsia yang baru.
Alice (Elizabeth Tan) akan bantu Fadil sepanjang operasi tersebut kerana dia menyamar sebagai tukang urut peribadi Chow Han. Chief tahu Fadil nak hidup kaya jadi ganjaran kepada dia adalah kereta dan rumah yang dilengkapi dengan gadget khas untuk ejen NSS. Prof Joey (Joey Daud) dan Prof Amirul (Jay Iswazir) juga sediakan alat penyembur tidur dan spek mata hitam yang boleh mengimbas X-Ray.
Selain belajar untuk adapt sebagai Ejen Jefri dalam masa yang singkat, Fadil terpaksa jelaskan kepada Yana (Tania Hudson) yang selalu saja muncul setiap kali dia buat kerja. Kembar ketiga, King Cobra (Dato AC Mizal) datang untuk lunaskan dendam terhadap Fadil yang sudah membunuh dua orang kembarnya sebelum ini.
Bermula dari watak seorang budak kampung dalam Abang Long Fadil 1 (2014) kemudiannya masuk ke dunia mafia, kali ni skala yang lebih besar untuk Fadil bila dia dibawa masuk ke dunia risikan. Bajet yang digunakan pun dua kali ganda lebih besar sebab lebih banyak aksi dan letupan yang digunakan dalam installment ketiga franchise Abang Long Fadil kepunyaan Syafiq Yusof ni.
Set Khidmat Risikan Malaysia juga tampak meyakinkan dengan design yang serba canggih juga skrin berteknologi seperti yang kita lihat dalam filem antarabangsa. Kostum yang digunakan juga tampak menarik. Tak hairan lah kenapa bajet yang digunakan lebih besar sebab props yang digunakan memang membantu menghidupkan penceritaan.
Masa sidang media lagi Johan dah bagitahu yang filem Abang Long Fadil 3 terbitan Skop Productions ni adalah stress reliever dan bukannya filem yang serius jadi pergi tengok untuk ketawa saja. Maka tak hairanlah kalau pengarah tak tekankan sangat bab logik atau lakonan lemah pada watak sampingan seperti Shuib dan Tania Hudson. Filem abang Long Fadil 3 juga jadi reunion platform kepada pelawak JoZan yang pernah popular dulu. Walaupun berbeza peranan, seorang protagonist manakala seorang lagi antagonis tapi tak menghalang mereka berdua untuk wujudkan unsur komedi yang menghiburkan.
Patutnya penulis buang watak Inspektor Shuib dan Inspektor Sahab (Siraj Alsagoff) sebab polis tak lah membantu sangat. Watak Inspektor Sahab seeloknya jadi ejen NSS sebab watak dia kelakar. Rasanya Syafiq pay homage untuk Kluang Man sebab watak inspector polis seakan sama.
Bab komedi ada hit and miss moment lah macam watak Prof Amirul yang sengaja dibikin gagap untuk elemen komedi. Dah masuk 2022 pun penulis masih rasa disability ni sesuatu yang kelakar. Watak kembar yang muncul pun dah mula kelihatan jelak sebab tak berhenti muncul. Kalau setiap kali muncul semakin kuat, best lah juga nak tengok.
Tertarik dengan babak aksi yang dipamerkan dalam Abang Long Fadil 3 terutamanya babak pertarungan antara Sherina (Daniella Sya) dan Alice. Sebelum ni dah pernah tengok potential Daniella dalam KL Gangster Underworld (2018), dalam filem ni nampak energy Elizabeth Tan pula. Setahun lebih Lizzy prep role dengan join training seni pertahankan diri dan usaha tersebut buahkan hasil bila stunt dia terlihat cantik pada setiap babak yang memerlukan.
Selain lakonan, Lizzy dan Zizan sama-sama come up dengan single Payung sebagai lagu tema Abang Long Fadil 3. Untuk installment kali ni pengarah tak spend banyak pada lagu sebab Abang Long Fadil 2 dulu ada 3 buah lagu untuk promosikan filem tersebut.
Tengok pada ending, boleh nampak aka nada Abang Long Fadil 4 walaupun Syafiq kata mungkin akan berhenti di installment ini. Kalau dah berjaya raih kutipan sebanyak 32 juta, kenapa berhenti kan? Kalau buat spin-off atau kembalikan watak Malik pun menarik juga.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.7 = 7.8/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Ada masa nanti boleh tonton
ReplyDeleteHaaa, nampak menarik! Belum tengok lagi ni..Huhuhu...
ReplyDeletebetul tu, rugi kalau berhenti. Zizan kena mantain fit lah kalau nak buat ALF4 pulak
ReplyDeletePart babak pertarungan tu memang cun.. Suka tengok..
ReplyDelete