Mee Kari Kaw Kaw Special

Thursday, 22 December 2022

 'Hang nak makan apa?'

Soalan ni mesti muncul setiap petang sebab adik I akan order dinner. Jawapan selalunya haruslah entah tapi bila scroll Foodpanda, kadang tu jumpa jugak menu makan malam. Kadang kena dengan selera, kadang tidak. Kali ni kita sembang pasal menu yang kena dengan tekak - Mee Kari Kaw Kaw Special. 


Kedai mee kari ni memang jual mee kari sahaja, pilihannya pada bahan utama sama ada kerang, udang ataupun special. Alang-alang dah order dekat Foodpanda, ada voucher free delivery untuk sekian amount, order terus lah yang special punya. Semua bahan lambak dekat dalam tu. Hasilnya jadi lah macam ni....


Menangis nak habiskan sebab bekas dia dalam, bila tuang semua bahan dan kuah dalam tu jadi menimbun. Semua bahan yang dia guna pun fresh lagi, kuah kari dia pun kaw! Kena lah dengan nama business dia tu. For me, berbaloi lah harga RM15 untuk mee kari special dengan bahan banyak dan segar macam ni. Mi pun tak rasa kapur. Lepas makan rasa kenyang dan happy bukannya sakit perut. Confirm repeat order!

*Mee Kari Kaw Kaw! : 018-6637540

9 comments

  1. mee kari memang faveret ammi...kena cuba ni

    ReplyDelete
  2. MashaAllah, sedap sungguh Mee Kari tu.

    ReplyDelete
  3. Makan mee kari ni 1 je kena jaga, dia punya percikan ke baju! Haha

    ReplyDelete
  4. sedapnya nampak..dah lama tak makan mee kari ni

    ReplyDelete
  5. Fuh... semua seafood ada dalam tu... kalau kuah kari sedap confirm sedap kan? apatah lg mee pun x mengecewakan xde rasa kapur mmg puas hati order

    ReplyDelete
  6. tengok yang ada mee tu je nampak cam biasa sekali dah tuan kuah hambik, penuh seafood puas hati betul

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.