Gula Batu

Friday, 9 December 2022

Me : Mengantuk lah lepas lunch ni, I nak pergi 7E lah, siapa nak ikut? 

Wani : I nak ikut lah, I nak cari gula batu. Tekak I berkahak lepas makan tadi. 

Me : Wani, you sakit ke? Kenapa tekak you jadi macam tu lepas makan? 

Wani: Entahlah Ana, lepas makan je jadi macam tu, it's nothing serious pun cuma tak selesa lah. Lepas makan gula batu okay dah. 

Dalam kepala masa tu, sejak bila 7Eleven jual gula batu? I tak pernah nampak sepanjang kerja dekat sini. Macam rare wei ada gula batu dekat 7Eleven. 

Me : Wani, you sure ke dekat 7E jual gula batu? You memang selalu beli dekat situ ke? 

Wani: Eh sure! I memang selalu beli dekat 7E pun. I turun lepas makan tengahari sebab nak pergi beli gula batu lah bila stock gula batu I habis. 

Conversation pasal gula batu ni dari office membawak sampai ke 7Eleven sebab I tak puas hati 7E selama ni ada jual gula batu. Bila masuk 7E terus Wani tunjuk gula batu dia selalu beli. Lahhhhh gula batu ni rupanya....



Dekat Sarawak, gula-gula diorang panggil gula batu

Gula batu ni dalam fikiran I sebab tu I pelik kenapa 7Eleven ada jual gula jenis ni rupanya orang Sarawak panggil gula batu ni, gula kristal 😩😩😩

4 comments

  1. Bukan kata Farhana je, Kak Sha baca pun pening fikir.. Sejak bila 7E jua gula batu.. Rupanya panggilan untuk sesuatu tu berbeza mengikut tempat.. hahaha.. Nasib baik baca sampai habis..

    ReplyDelete
  2. Saya pun ingatkan gula batu tu macam dalam gambar yang kedua😂

    ReplyDelete
  3. La kisahnya Mrs. A pun sama fikir gula batu yang putih keras tu hahahaaa...

    ReplyDelete
  4. terbayang gula batu yg kecik2 tu kan... dulu2 suka je kalau takde gula2 hisap2 gula batu pun jadi

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.